Tujuh

5.4K 69 9
                                    

Dingin suasana kampung pada pagi itu. Ketenangan yang begini amat disukai oleh Zul. Awal lagi dia telah bangun dan dia baring dikatil dan merehat-rehatkan badannya. Dia melangkah keluar dan menuju ke bilik air. Tuala mandi disangkutkan ke bahunya. Boxer pendek berjalur itu tidak dapat melindungi sepenuhnya alat kelelakiannya. Mujur bilik air hanya berada beberapa langkah dari katilnya. Kedengaran Air bercucuran dari bilik air bersebelahan bilik airnya. Wani agaknya desusnya dalam hati.

Selesai urusaan dibilik air Zul menyiapkan diri dan sebaik sahaja membuka pintu biliknya. "Ha Zul, sarapan meh. Makcik buatkan lontong ni. Kuih-kuih puna ada ni pakcik beli tadi. Macam nilah sarapan orang kampung," Sapa Mak Wani.

"Special lah ni makcik. Bukan senang nak dapat lontong lagi-lagi yang sedap. Kat sana semangkuk dah Empat hengget!" Balas Zul sambil melangkah ke meja makan.

"Abang Zul, suka ke lontong? Special tau mak punya lontong ni. Satu kampung nak tempah kalau mak bukak order," Kamal mencelah secara tiba-tiba.

"Hah.. Kamal, pegi panggil abah kat luar tu ajak dia makan sekali ni.. Wani kau buatkanlah air untuk Zul ni. Mana la tau dia nak minum kopicino ke.." Ujar mak Wani kepada kedua anaknya.

"Ha, apa lah yang riuh anak beranak kat dapur ni..." Abah Wani menyoal mereka semua. "Dah Zul.. jangan dilayan sangat makcik kau tu... kalau angin dia datang macam hari ni... kenyang la kita sampai ke malam nanti... kalau tak makan kat warung Timah lenggang la kita sehari. Dah.. duduk Zul... pakcik tau dah lapar dah..." Suara abah Wani mencelah dari pintu dapur.

Mereka menikmati masakan ibu Wani dengan penuh selera. Terutamanya Zul yang sangat berselera. Sambil-sambil makan Ayah dan ibu Wani menanyakan beberapa soalan kepada Zul.

Zul menerangkan semua pasal dirinya dan keluarga. Biasalah orang tua, ingin mengetahui serba sedikit juga latar belakang kawan anak perempuannya itu.

Zul Khairy Bin M. Jamaluddin. Pemuda berusia 28 tahun merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Seorang buak Bandar yang suka melakukan sesuatu mengikut apa yang difikirnya baik untuk dirinyaSesuatu mengenai keluarganya amat dirahsiakan dan dia tielah merancang semua ayat dan penerangan sekiranya ditanya oleh sesiapa mengenai latar belakangnya.

Ibu Wani mencuit suaminya dan memberikan isyarat untuk mereka memberikan ruang kepada anak-anak itu untuk bermesra. "Kamal, kau tolong hantarkan abah pegi carik kelapa ngan pucuk meranti." Arah Mak Wani kepada anak dan suaminya. "Uih... dah boleh agak dah nak masak apa.... Betullah abah... kenyang la kita sampai malam..." Balas Kamal sambil tersenyum.

Setelah 3 beranak itu beredar dari dapur. Wani bersuara. "Sedap ke masakan tu...." Tanya wani sambil menghirup air kopi.
"Sedapla... eh.. kalau nak lagi sikit ni boleh tak?? Mak ngan Abah awak tak kata saya lahap ke?" Tanya Zul.
"Ambik la..." terang Wani sambil menghulurkan lontong kepada Zul.
"Ayah saya suka ni... nanti boleh ajak dia datang terus meminang...." Seloroh Zul sambil mengambil pinggan lontong dari tangan Wani dan dia menyentuh tangan Wani.
Wani duduk disebelah Zul dan semakin rapat. Tangannya lantas mencubit lengan Zul. Dia tersipu malu apabila mendengar Zul berkata demikian. Berbunga-bunga hatinya.

"Abah, perasan tak anak dara kita tu berseri-seri je semenjak balik. Itu ke pilihannya? Abah macam mana," Soal Mak Wani kepada suaminya.
"Rasanya lah... Tertib dan sopan budaknya. Tunggu sahaja perutusan rasmi. Insha Allah itulah yang terbaik kalau jodohnya," balas suaminya sambil tersenyum. Dalam kepalanya sudah berkira-kira sesuatu.

Jari Zul pantas membalas mesej di telefon pintarnya. Dia tersenyum sambil melihat Mak Wani di halaman rumahnya. Ada meja diluar dan dia melabuhkan punggungnya dikerusi kayu dan memerhatikan lincah perempuan yang sebaya dengan ibunya itu di halaman rumahnya. Luas halaman rumah kampung ni. Sebuah kereta proton saga masuk.

"Zul nak ikut saya pegi pekan tak? Ni air awak. Saya nak pergi dengan Kamal kalau tak..." Soal Wani yang sudah siap.
"Eh, saya malas pulak nak keluar... Best betul dok sini.. sejuk.... Awak pegi je lah. Lagipun dok balas mesej dengan family ni dalam group ni. Habislah nanti kalau semua nak makan masakan kampung ni...." Senyum Zul bila menerangkan kepada Wani. Matanya tidak memandang pun pada Wani.

"Kamal jom hantar Acik gi pekan jap... kau nak kan benda tu? Kata Wani apabila Nampak Adiknya mula masuk kedalam rumah untuk menghantar barang. "Set! Acik tuang minyak keta full... minyak moto full. Deal?" Sengih Zul membuat tawaran. "Jom..." Balas Wani.

Mereka melambai-lambai kepada Zul yang ditinggalkan bersama Mak dan Abah.

"Zul minumlah," Lawa Abah Wani kepada Zul sambil menarik kerusi untuk isterinya duduk.

"Zul....pakcik nak Tanya ni .." Ujar Abah Wani. Mukanya kini serius.

"Kamal... Acik dah masukkan dalam akaun pembayaran tu. Tuh dah wasap detail dia kat kau. Ada lebih tu buat duit belanja. Tuh akak pinjam tu duitnya..." Jelas Wani sambil matanya berkaca.

"Eh..Acik.. Kamal ada la duit. Nanti Kamal bayar. Jangan la Acik Sedih. Sebenarnya Ada sebab kenapa Kamal cakap macam tu..." Balas Kamal.

"Nah, Acik tengok ni.." Ujar Kamal sambil menghulurkan telefonnya kepada kakaknya itu.

"Angah! Wah jauhnya dia jalan..."Wani mencemburui keadaan itu.

"Along ngan Angah ni dah lama pun tak jenguk. Telefon pun tak ke mak ngan Abah..." Kata Kamal.
Wani membatukan diri. "Tapi Abang Zul tu Nampak seronok je. Gila la Acik macam tak pernah makan Kamal tengok.." Ujar Kamal kepada Wani.

"Ha... dia tu jimat cermat la. Tuh Pinjam kete abang. Bergaya pun tak. Dari Acik mula masuk keje kat tempat sekarang ni, Takde pulak dia bermewah tengok.. " Jelas Wani mengenai Zul.
Macam-macam yang dibualkan oleh kakaknya itu.


Selepas makan malam, Zul memberitahu kepada Wani yang dia terpaksa balik kerana ada kecemasan keluarga. Namun dia hanya akan bertolak keesokan paginya. Abah dan Mak Wani akur dengan keputusan Zul yang mementingkan keluarga. Abah Wani menyuruh Wani bersiap untuk mengikuti Zul besok dan menemani Zul sehingga tiba dirumahnya.

Reaksi wajah Zul tidak menunjukkan dia dalam kecemasan. Dia kelihatan sangat tenang. Wani mencapai telefonnya dan menghantar mesej kepada Zul.

Wanie : Ada yang boleh saya bantu?
Zul : Boleh. Besok dan ....
Wanie : Haaa???

Zul membiarkan sahaja mesej itu. Dia ralit menatap telefonnya. Sambil mencari sesuatu.

"Seronok saya datang sini... Insha Allah saya datang lagi nanti ye makcik," Kata Zul kepada Mak Wani.
"Datanglah Zul. Kami pun seronok. Ada orang makan lontong Banyak.." Balasnya.

Dia bersalaman dengan abah Wani dan buat pertama kali dia melihat abahnya memeluk lelaki asing itu.

Merekamula be redar dan belum pun mereka keluar dari laman rumah itu. Kereta diberhentikan dan Zul melangkah keluar. Dia kebelakang kereta dan mengambil sesuatu. Wani hanya memerhatikan sahaja. Dibuka pintu Wani. Dan dia menghulurkan kotak kecil dan Zul bersuara.

"Awak sayang saya?" Tiba-tiba suara Zul terpacul.
"Saya dah nekad untuk mencintai awak sepenuh raga saya. Hanya takdir mampu menolak saya dari awak..." kata Zul lancar.

Tersedak Wani. Dia mengambil kotak kecil itu dan tersipu malu. "Insha allah.. saya cuba..." Balas Wani perlahan sambil menitiskan airmata.

Segala perasaan ada. Gembira kerana ia bakal ditemani oleh seorang lelaki setelah sekian lama berseorangan. Sedih dan risau juga hadir. Macam-macam dan ianya sukar digambarkan.

"Lagi 2 bulan ye..." Laung Zul kepada Ibu dan Abah Wani dari hujung sana. Dia terus melambaikan tangan dan memberikan salam kepada kedua orang tua itu. Kamal hanya memerhatikan sahaja tingkahlaku itu dan dia terpersona dengan keberanian itu.

"Dialah tuh.." kata abah Wani sambil tangannya digenggam erat oleh isterinya.

Suatu PerjalananTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang