“Hai, Mimi ni. Free? Jom Malam ni kat Hartamas. Jam 9..” Wasap dari Mimi ke telefon Wani.
“Awak, Saya nak pegi jumpa kawan sekolah lama kat hartamas malam ni. Pkol 9. Balik tak pasti jam brp. Tapi tak lebih pukul satu ye..” Wani menghantar mesej kepada Zul untuk memberitahu.
“OK.. Jangan tak bangun pagi besok..” Zul membalas mesej Wani.
Wani memberikan pengesahan kepada Mimi mengenai program mereka malam itu.
Tengahhari itu sewaktu makan tengahhari bersama rakan-rakan, Wani perasan akan kereta yang dikenalinya. Takan Along lagi.
Kak Zah turun dari kereta itu jauh sedikit dari gerainya. Dia kelihatan ceria. Dia menegur beberapa pelanggan tetap kedainya.
“Wah Kak Zah wangi setaman ni.. mandi minyak wangi ke? Berseri Nampak. Sham Mana?” Tegur pelanggan dimeja depan. “Nak buat macam mana. Kalau Akak busuk atau masam-masam nanti korang tan datang sini pulak..” Jelingnya kepada Wani.
“Eh Kak Zah, Abang Sham mana? “ Matanya dileretkan ke punggung Kak Zah.
“Dia takde sini..” Jawab Kak Zah Selamba.
Wani hanya memasang telinga.
Wani : Along, Assalamualaikum. Nak pakai duit sikit boleh tak? Parah dah ni along…
Selang beberapa ketika,
Along : Ala… along kat Ipoh ni kerja. Besokla. RM200.00 jelah dulu. Claim tak dapat ni.
Wani : Ipoh?
Wani tersenyum nakal.
Wani : Ni bukan kereta Along ke kat Sini. Bukan Acik tak tau.
Dihantarnya beberapa keping gambar.
Along : Bak Sini no akaun.
Wani : RM5000.00 lah Along. Nanti ada balance lagi 200 tu kira bulan depan lah.
Along : Mana nak dapat duit banyak tu??
Wani : Ni dapat lah ke Kak Long nanti (bersama 3 keping gambar bersama Kak Zah).
Along : Bak no akaun! Aku ada RM4k je. Balance bulan depan.
Wani membalas mesej akhir kepada abang sulungnya. Wah betul dah macam ah long bukit beruntung.
Wani ketawa kecil dalam hati.
Dia senyum lebar setelah mendapat notifikasi dari sms mengenai kemasukan duit mengikut jumlah oleh Abangnya.
Malam itu Wani bersiap-siap sederhana sahaja. Dia mengenakan tshirt lengan panjang dan sekuar trek sahaja dan memakai sneakers.
Setibanya dia di tempat yang dijanjikan. Dia melambai pada Mimi. Wah seksi perempuan ni. Perangai lama tu tak buang lagi. Singlet yang menayangkan lurah. Seluar low cut yang ketat. Alamak duduk pun Nampak panties. Fuh berani.
“Hai Mimi. Sihat Ke?” Tanya Wani.
“Ok je macam nilah..” Balas Mimi.
Mereka memesan air dan makanan.
“Hows life sekarang Wani?” Tanya Mimi sambil menyuapkan potongan steak kedalam mulutnya.
“Bolehla.. kerja… macam tulah…” Balas Wani.
“Kau ada jumpa Aiman?” Soal Mimi lagi.
Aiman! Nama itulah yang membuatkan hidupnya merana dulu. Silap langkahnya kerana percayakan lelaki durjana itu. Maruahnya tergadai.
“Takde. Hidup ke mati mamat tu?” Jawab Wani keras.
“Harap-harap mati!” Balas Mimi.
Terbuntang mata Wani mendengar jawapan yang lebih keras.
Selepas Aiman meninggalkannya. Dia tahu Aiman mengejar Mimi. Dia dan Mimi adalah rakan dari sekolah yang sama. Sama-sama menyambung pengajian ke Universiti Malaya. Namun saat di tahun akhir pengajian, Wani terpaksa mengambil cuti dan terpaksa menambah tempoh pengajian. Bukan disebabkan tidak belajar. Keputusannya boleh dikatakan bagus, namun kerana Aimanlah hidupnya berubah. Kata-kata manis dan indah ditaburkan kepada Wani dan akhirnya Wani menyerahkan segalanya sehingga keterlanjurannya membuahkan hasil.
10 minggu terpaksa dikandungnya dan pada hari terakhir itu apabila Aiman menolaknya sehingga terjatuh dan mengalami pendarahan menyebabkan emosinya terganggu. Dia mencari Aiman untuk bertanggungjawab atas kelakuannya itu dan akhirnya dia dituduh sebagai jalang. Begitulah cerita Wani kepada Mimi.
Melopong Mimi mendengar pengakuan rakannya itu.
“Kenapa kau tak beritahu awal?” Mimi kesal.
“Aku terpaksa lari Mimi. Aku duduk sendirian. Aku hampir gila sampailah ada seorang abang dan kakak ni bantu aku..” Jelas Mimi.
“Kau pulak? Dulu tutup je. Pakai jeans pun taknak… ni dah meletop dah.. Tetek pun nak terkeluar tu..” Gelak Wani. Terburai ketawa Mimi mendengar kata rakannya itu.
“Aku…”Mimi menundukkan kepalanya.
“Nasib kita lebih kurang Cuma aku lebih teruk..”ujar mimi perlahan.
“Aku bukan perempuan baik dah Wani…”Mimi menjelaskan. Suaranya seperti tersekat-sekat.
“Alah, kau chill la Mimi. Cuba kau story…” Baik ke jahat ke buruk ke kau tetap Shamimi
Mimi menarik nafas. Perkataan keluar sebutir demi sebutir dari mulut Mimi.
Selepas Aiman meninggalkan Wani, cerita Wani menjual maruahnya tersebar. Aiman menjadi rapat kepada Mimi kerana Aiman menceritakan kepada Wani punca masalah yang berlaku. Semakin lama semakin jatuh hati Mimi kepada Aiman. Perasaan simpati kepada rakannya kini berubah. Dia lebiuh percayakan Aiman. Setelah Mimi menghilangkan diri, Mimi pula menjadi bahan pemuas nafsu. Disebabkan rasa sayang yang terlalu menebal dan kepercayaan terhadap Aiman. Mimi telah berubah 100% dari segi penampilan.
Dari seorang gadis yang tertutup dan sederhana menjadi seorang gadis yang hot dihadapan Aiman. Ajakan Aiman untuk keluar masuk kelab malam tidak pernah ditolak Mimi. Sehinggalah Aiman menaburkan kata janji manis dengan menodai Mimi.
Pada Aiman, Mimi lebih ganas diranjang berbanding gadis yang terdahulu. Dia patuh pada setiap permainan yang diatur Aiman. Apabila hujung minggu menjelma sahaja, rumah Aiman dijadikan pengkalan operasi. Kebiasaannya nafsu Aiman lebih memuncak apabila dia berada dalam keadaan mabuk. Mimi pasrah dengan keadaan itu. Aiman adalah lelaki yang pertama baginya yang mengajar beliau tentang nikmat hubungan. Pil khayal, Ganja merupakan teman baik Mimi apabila bersama Aiman. Ubat perangsang seolah menjadi santapan umum pada hujung minggu agar prestasinya ditahap terbaik.
Mimi juga menjadi semakin Liar akibat didikan Aiman.
“Fuh kira kau ni dah jadik Porn Queen dah ni..” Gelak kecil Wani. Mimi turut tertawa.
“You name it… semua dah..” Jawab Mimi. Melopong Wani mendengar penjelasan kawannya itu.
“Semua??” Tanya Wani.
Malam pertama daranya diragut Aiman adalah kira-kira sebulan perkenalan. Aiman mengaku meletakkan ubat perangsang. Disebabkan kesan pengambilan ubat itu, Mimi Berjaya ditakhluki tanpa tolakan yang kasar. Selama 3 malam dia diperlakukan dengan rasa penuh kasih sayang. Ini kerana berbiji-biji ubat perangsang diberi sepanjang tempoh 3 hari tersebut. Mungkin benar, bila dah dapat, kita akan ketagihan. Begitulah pengakuan Mimi. Hari-hari seterusnya dia yang meminta untuk dilayan.
Kawan-kawan serumah Aiman merupakan pemain jemputan sekiranya aksinya kurang hangat. Setiap kali ingin bersama, Aiman akan memberi Mimi ubat perangsang agar prestasi persembahan Mimi berada di tahap kemuncak.
“Lepas tu aku kena jual kat orang sebab Aiman nak duit,” Begitulah pengakuan Mimi.
Wani mengambil tangan Mimi dan menggenggam erat tangan itu dan cuba menenangkan Mimi.
“Hey Mimi, berubahlah. Kau jangan la pakai macam ni lagi. Tutup sikit. Aku tau bukan kau yang terjun kesitu. Kau ditolak. Nasib kita sama Cuma aku tak dijual…”Ujar Wani.
“Aku sedang. Aku harap kita tak putus sahabat..”Kata Mimi.
“Aku sama je macam dulu. Tapi kalau kau buat lagi benda bukan-bukan aku tak nak la kawan dah. Eh aku nak Tanya sikit boleh? Kata Wani.
Mimi mengangguk.
“Malam yang kita jumpa tu kau ada dengan seorang lelaki kan? Siapa dia tu? Pelanggan kau?” Tanya Wani.
“Sham. Dia rakan serumah Aiman dulu. Dia kaki shot tu. Taik judi, aku terpaksa je. Sebab Dia ada deal dengan Aiman. Dia yang ambil kesempatan.” Jelas Mimi.
Jelaslah Wani sekarang bahawa Abang Sham bukanlah orang yang boleh dipercayai. Habislah duit RM3000.00 tu. Kata Wani dalam hati.
Mimi menjelaskan bahawa Sham kina telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana penyalah gunaan dadah. Namun dia ada memberikan dua sampul kepada Mimi sebelum dia ditahan. Satu untuk bekas isterinya dan satu lagi untuk seorang pelanggan tetapnya.
Wani terkejut dengan pengakuan Mimi itu. “Aku rasa kau kena jumpa Kak Zah dan bagi sendiri. Dia ada je kat depan opis aku,” kata Wani. “tapi kalau kau nak pegi jangan la pakai baju tayang tetek ni. Nanti tercabut mata customer Kak Zah tu,” Kata Wani sambil tergelak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Suatu Perjalanan
DiversosPercubaan pertama... Persahabatan.. realiti kehidupan... Kebijaksanaan... keputusan dalam mengharungi kehidupan... persekitaran...