Pening memikirkan apa yang harus dilakukan untuk langkah seterusnya. Saban hari hutang semakin bertambah. Duit gaji tetap habis licin belum sampai pun waktunya. Ikutkan gaji aku bukan kecil.
Nak kata pakai kereta mewah, cuma pakai proton Iriz yang dibeli 5 tahun lepas.
Nak kata berjoli sakan, tidak pula.....
Begitulah realiti kehidupan kini.
"Haihhhhhhh......," keluh panjang Wani.
"Buzzzz....Buzzzz..." telefon Wani bergegar untuk kesekian kalinya....
Nombor t
Satu pesanan dari whatsapp muncul...
"Kami menawarkan kemudahan pinjaman melalui skim bayaran ansuran yang mudah dan fleksibel. Ikut kemampuan anda...
pinjam 1000 bulan2 hanya RM80 untuk 16 bulan
Pinjam 10000 bulan2 hanya rm200 untuk 60 bulan..
SEMUA LAYAK MEMOHON!!!"
Terpana mata Wani melihat whatapp itu. Dia mula berkira-kira untuk melangsaikan segala hutang piutang yang makin menghimpit hidupnya. Tenang sahaja. Dalam otaknya ligat mengira berapa baki yang tinggal untuk meneruskan perjuangan hidup. Ada senyuman sinis terukir.
"Buzzzz....Buzzzz..." telefon Wani bergegar lagi. Pantas dibuka dan dibaca.
“Acik, nak minta tlg sikit nak duit sebab nak bayar yuran dengan bil rumah. Semua dalam RM800.00”
Terbuntang mata Wani membaca mesej itu.
“Mana nak cekau duit RM800.00 ni… Aduhhhh!!” ngomel Wani sendirian.
Mata dan jarinya masih berlegar2 di skrin telefon pintar yang baru dibelinya. Jarinya ligat menekan-nekan skrin telefon pintar.
“Abg Sham, nak Tanya ni… agak2 boleh tak dapat duit sy balik dalm 2-3 hari ni. Ada nak pakai duit lah ni…. 😔” Jarinya lantas menekan ikon sent.
“yahoo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Blue tick dah…” girang hati Wani bila melihat mesej yang dihantar sudah dibaca.
“ 😔 maaf Wani tak dapat full… kalau suku dulu bole la…” balas Abang Sham.
Tekak Wani terasa kelat…. Jarinya menaip kembali….
“ Boleh la dari takde😏…” kini senyuman manis tadi telah bertukar menjadi masam.
“ Dulu kata nak bayar habis dalam sebulan…. Ni dah 6 bulan… kalau tak mesej tak de lah nak bayar… Pinjam 3 ribu. Bayar baru 300. Kali ni berapa pulak lah nak bayar” bebel Wani dalam hatinya….
Otaknya mula ligat mengira….
Kalau dihitung pinjaman yang pernah diberi olehnya kepada kenalannya dah dekat RM30,000.00. Tapi yang baru dibayar Cuma tak sampai RM1000.00. Baik sungguh Wani ni.
*First time tulis. Kugagahi untuk berkarya.
Komen pls!
YOU ARE READING
Suatu Perjalanan
RandomPercubaan pertama... Persahabatan.. realiti kehidupan... Kebijaksanaan... keputusan dalam mengharungi kehidupan... persekitaran...