Tiga Belas

3.6K 52 3
                                        

“You, tetiba rasa rindu plak nak makan lontong mak you. Erm… minggu ni boleh?” Zul bertanya kepada Wani yang ralit bersama telefonnya.
“Eh.. you boleh terasa eh I nak balik kampung…”Jawab Wani semula sambil tersenyum.
“OK, Jumaat lepas kerja lah…terus…”balas Zul memulakan perancangan.
Hari yang di tunggu pun tiba. Usai bekerja, mereka berdua bertolak menuju ke kampung Wani. Trip kali ini menaiki kereta Wani pula. Walaupun kecil tapi tetap dipandu secara berhemah oleh Wani.
“Best betul jalan macam ni. I boleh rileks kat sebelah. U drive elok-elok ye..” kata Zul sambil tersenyum sinis kepada Wani yang masam mencuka kena memandu.
“Hah… jangan ngada nak tido. I penat tau ni. Dah la tadik kena 2 round dengan you. Lenguh tau pinggang ni.” Wani mengomel.
 
Zul membatukan dirinya sengaja mengenakan teman wanitanya itu. Tangannya menguatkan sedikit radio yang mendendangkan lagu betterman dari Robbie Williams. Kerusinya direbahkan sedikit. Matanya dibuat-buat pejam untuk sengaja menyakitkan hati temannya itu.
 
“You..! Jangan pejam mata!” Berang Wani melihat kekasihnya itu. Dia mencubit peha Zul namun tiada reaksi. Di lihatnya wajah lelaki yang duduk disebelahnya. Tenang raut wajahnya. Inilah cintanya. Moga kekal ke akhir hayat.
 
Mereka tiba di kampung Wani pada jam 1 pagi dan terus menuju ke bilik masing-masing.
 
Kesokkannya, Wani terkejut melihat Ibunya sedang menyiapkan makanan dalam kuantiti yang banyak.
“Wah! Mak, ni siapa yang tempeh nak makan ni semua? Sedap betul Nampak ni.” Tanya Wani kepada ibunya.
“Eh ni untuk Haji Husin tuh. Dah pegi hiding makanan sana tu. Ajak Zul sarapan dengan Abah tu..” Arahan yang jelas dari ibunya.
 
Wani terus  melangkah cepat mengatur meja makan untuk mereka semua bersarapan pagi itu. Bapanya dipanggil dan terus diajaknya untuk makan bersama.
 
“Ha.. Wani, kamu ni abah tengok dah elok pun kalau nak berdua. Zul ada apa-apa halangan ke?” Bapa Wani membuka bicara.
 
“Uhuk…!!” Zul tersedak.
“Ish! Abah ni… nak Tanya pun soalan lain la…” Geram Wani memberitahu abahnya itu.
 
“Tunggu kejap lagi…” Jawab Zul tenang sambil menendang kaki Wani dibawah meja.
 
Ibunya hanya memerhati telatah suami dan anaknya itu. Zul ditenungnya dengan penuh pengharapan.
 
“Makcik, Pakcik. Tengahhari ni saya nak keluar dengan Wani pegi ke bandar kejap. Wani ni kata dia nak beli barang-barang untuk rumah ni. Sambil tu boleh la pegi jenguk Kamal kejap..” Tanya Zul kepada ibubapa Wani.
 
“Assalamualaikum.. Wah bila Abang Zul sampai?” Suara Kamal terpacul sambil dia tercegat dihadapan pintu dapur.
 
“Waalaikumsalam. Hah! Panjang umur kamu Kamal. Baru je Zul Sebut nama kamu.” Bapanya membalas sambil menyambut anak bongsunya.
 
“Wah! Acik berseri pagi ni. Dahsyat. Apesal macam gemuk sikit?” Tanya Kamal sambil tergelak mengejek Wani.
 
Wani mencebikkan muka dan membalas, “Dah meh makan ni. Baru nak melawat kau nanti.”
 
Selesai mereka bersarapan. Zul duduk dimeja luar sambil berborak-borak bersama ibu dan bapa Wani. Perbualan agak serius dan sekali sekala terpecah gelak tawa dari ibubapa Wani. Lengkap berpakaian Wani muncul dan mengajak Zul untuk bersama ke Bandar.
 
“Mak, Abah ada nak pesan apa-apa ke?” Tanya Wani.
Mereka kedua menggeleng,
 
“Ok. Nanti telefon lah bagitau kat mana. Ikut je location tu..” Jawab Zul pada telefon bimbitnya. Dia melambaikan tangan kepada ibubapa Wani.
 
Kereta Iriz Wani meninggalkan kawasan rumah tersebut.
Selang setengah jam.
 
“Assalamualaikum!!” hon juga turut dibunyikan
“Waalaikumsalammm,” balas ibu Wani sambil keluar ke pinyu hadapan.
“Ada orang sampai ni abahnya… marilah..” Sambung ibu Wani sambil melaung kepada suaminya yang didalam rumah.
“Ye.. Nak carik siapa?” Bapa Wani tercengang melihat tetamunya dihadapan itu.
 
“Abang Wan? Wan Ahmad?” Ujar tetamu itu yang turut terperanjat melihat susuk tubuh sasa itu sambil terus menhulurkan tangan untuk bersalaman.
 
“Mat Din!” terus diambilnya dan dipeluknya.
 
Isterinya hanya tercengang sambil melihat sahaja aksi kedua lelaki itu yang berpelukan.
 
“Eh.. maknya… Ini lah budak nakal yang abah selalu cerita kat awak masa saya duduk di Pahang dulu..” terang Wan Ahmad kepada isterinya.
 
“Eh, ni isteri saya bang Rosnah… Allah dah dekat lebih 30 tahun tak jumpa tapi saya masih kenal lagi Abang,” Ujar Mat Din.
 
Isterinya menghulurkan tangan bersalaman dengan isteri Wan.
“Panggil Kak Yam je,” Jawab ibu Wani kepada Rosnah.
“Hah.. tunggu apa lagi? Meh sini salam sini. Ni menantu saya, Mustafa,” Ujar Mat Din. Tangan menantunya dihulur dan bersalaman dengan Wan.
 
“Namanya Mat Din ni maknya, Tapi nama penuhnya Mohammad Jamaluddin Bin M.S. Hassan, satu kem panggil dia ni Mat Din. Kalau buat salah je bapak dia suruh berkawat satu kem dengan adiknya.” Gelak Wan Ahmad.
 
“Jemputlah minum Rosnah, Mustafa…” Lawa isteri Wan.
“Macam ni bang, saya ni mengikut cakap anak saya ni je, disuruhnya saya kealamat ini.” Mat Din memula bicara.
“Lah, Zul tu anak kamu ke?” Tanya Isteri Wan Ahmad.
“Ye kak! Satu-satunya anak lelaki kami,” Sambung Rosnah yang kelihatan seronok.
 
“Alhamdulillah lah bang, tak lama cerita ni,” Sambung Yam sambil tersenyum.
 
Wan bermuka kelat. Walaupun tadi dia kelihatan ceria kini reaksinya berubah.
 
“Aku ni bukan tak suka kat Zul tu. Tapi kalau boleh biarlah kita ni ikut kata budak-budak tu. Alah, nanti kita Tanya sendiri. Eh makan! Penat Yam masak ni nak jamu tetamu tu…”
 
Bunyi kereta kelihatan masuk ke kawasan rumah.
“Mak…Abah… Wani dah puuu..”Matanya bulat terperanjat melihat Mama Zul ada disitu.
 
Zul yang tiba dari belakang terus melutut dan bersedia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Wani memusingkan badan untuk melaporkan keadaan itu tergamam apabila melihat Zul melutut dan menghulurkan kotak kecil di tapak tangan kanannya.
 
“Wan Ilwanie Binti Wan Ahmad. Sudikah kamu mulai saat ini menjadi permaisuri hidup saya sehingga ajal memisahkan kita?” Lamaran Zul kepada Wani sambil diperhatikan oleh kedua ibubapa mereka.
 
Wani hanya menitiskankan mata sambil mengangguk kecil lemah.
 
“Ok. Mama dah boleh dah sarung cincin ni kat Wani,” pinta Zul sambil menghuluirkan kotak kecik itu kepada Mamanya.
 
Mamanya pantas menyarungkan dijari Wani. Seterusnya dia terus memeluk Wani dan mencium kedua pipi gebu Wani itu.
 
“Aku dah cakap dah Mat Din, macam ni aku terpaksa setuju..” Seloroh bapa Wani kepada bakal besannya itu.
 
Kedua orang tua itu meninggalkan Wani dan Zul di verandah luar dan meneruskan pebincangan didalam sambil disulami gelak ketawa.
 
“Kak, Betullah cakap Zul, mak kamu punya lontong ni memang terbaik. Mama suka ni,” Ujar Rosnah kepada Ibu Wani.
 
“Hish.. you nak mintak bekal ke?” Perli suaminya.
 
“Alah Ros, jangan segan-seganlah. Nak nanti kami bekalkan,” Balas Isteri Wan kepada Rosnah yang marah dengan kata suaminya.
 
“Alhamdulillah, dah selesai. Kiranya bulan 11 ni lah majlisnya nanti kan?” Soal Wan Ahmad kepada ibubapa Zul.
“Insha Allah bang. Kiranya begitulah. Lega hati saya. Harap dapatlah mereka bahagia ke akhir hayat. Dapat jugaklah kita merapatkan kembali hubungan kita yang lama terpisah,” Ujar Papa Zul.
 
 


Suatu PerjalananTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang