“Abang, Jom kita keluar kejap. Mama dengan Kak Icha nak makan durian. Jom carik?” Zul mengajak abangnya yang sedang mengelap kereta.
“Jom! Kita bawak kereta Papa lah. Dah seminggu tak berjalan tu..” Sambil abangnya memuncungkan kepada kereta Pajero di hadapan itu.
“Hehehe…. Cantekkkk!!! Jap Zul ambik kunci dia..” Zul masuk kedalam semula.
“Zul…Mus kalau korang nak start motobot tu jangan tekan minyak dia. Karang marah jiran-jiran. Start terus jalan…” Laung Mamanya dari dalam.
Bising memang bising bunyi kereta kesayangan bapanya. Dua beradik itu terus keluar dari perkarangan rumah itu dan meneruskan misi mencari hajat ibu dan juga kakaknya itu.
“Mama, kita nak masak apa besok?” Tanya Icha Kakak Sulung Zul,
“Ntah la.. Beriya pulak Zul tu nak suruh buat macam-macam. Bubur kacang durian la.. masak gulai ikan masin nenas lah…. Macam-macam…” Bebel Mamanya.
“Ada apa-apa ke besok?” Duga Icha.
“Dia kata nak ajak kawan dia makan kat sini. Perempuan Cha. Kali ni biarlah berjenis sikit. Jangan la yang tak senonoh sangat. Mama tak kisah pun tapi biarlah dari keluarga yang elok…” tambah Mamanya.
“Aik.. apesal Icha tak pernah tau? Bila masa dia pergi dating? Tak de pulak dia keluar sana sini dah? Ada pun bawak budak-budak ni jalan…” Beritahu Icha kepada Mamanya.
“Ntah la Cha. Ikut je dia. Kita tengok je macam mana…” Tambah mamanya.
Kedengaran bunyi motobot telah kembali. Zul dan Mus kembali bersama beberapa plastik durian. Dilaungnya semua orang dari depan pintu masuk rumahnya agar turun bersama-sama untuk menikmati raja buah itu.
“Abang, besok Zul nak bawak perempuan makan kat rumah kita,” Suara Icha kepada suaminya.
“Tau. Dah lama tau. Abang kenal pun budaknya,” Jawab abangnya selamba sambil memasukkan isi durian ke mulutnya.
“Aik, kenapa tak bagitau Mama?” Tiba-tiba Ibu mertuanya mencelah.
“Siapa dia tu? Budaknya macam mana?” Tanya Icha lagi.
“Kalau Icha dengan dia, cantik Icha lagi. Tapi kalau dengan Zul pdan la sebab tak hensem adik ipar saya ni” Terburau ketawa besar anak beranak yang sedang menikmati buah itu.
Besoknya.
“Haaa… ok macam ni simple je nak jumpa Mama..” Tegur Zul.
“Tudung OK tak? Tanya Wani.
“ Ok, awning dia tak tajam sangat. Nanti langgar Kakak nanti luka plak!” Zul membuat lawak bagi menghilangkan keresahan.
Sesampainya dia rumah itu dia melopong.
“Heh tutup sikit mulut tu. Nanti lalat masuk,” Zul tergelak.
“Ni rumah siapa ni?” Tanya Wani.
“Ohh… Rumah kami kat belakang tu. Share pintu masuk je,” Zul menjawab selamba.
Setibanya dipintu masuk, pintu dibuka oleh Icha dan ibunya turut menanti.
“Ha ni kenalkan.. yang muda sikit ni tuan rumah ni.. Kak Icha… Yang paling cantik tu Mama saya merangkap bibik besar kat rumah ni….” Ketawa Zul sambil menerangkan kepada Wani.
“Haihhh… tak hehabis nak sakat orang.” Sergah Mamanya.
Wani menghulurkan tangan serta memperkenalkan dirinya kepada Icha dan Mama Zul.
“Kak Icha ngan Makcik sihat?” Tanya Wani.
“Tak yah bermakcik-makcik. Panggil Mama je dah..” Tegur Mama Zul sambil tangannya dicium oleh Wani.
Senyum Mama Wani kepada Icha.
“Ha ni Abang Mus, Tuan punya kereta yang saya pinjam tu…” Kenal Zul kepada abang Iparnya.
“Eh bang, jom kita g amik Papa…” Dia dah landing tu. Tengah tunggu luggage katanya.
Wani hanya tersenyum. Dia rasa dia pernah lihat Icha dengan Mus. Tapi dia tidak dapat mengingatinya dimana mereka pernah bertemu.
“Dah Wani, jom masuk. Biarlah Zul pegi ambil papa dia kat airport tu. Nanti kita siap-siapkan meja,” Ajak Icha sambil menarik tangan Wani,
“Assalamualaikum…” Pintu dibuka.
Terdengar gelak tawa perempuan dari arah meja makan didapur. Kelihatan mesra. Tersenyum lelaki itu melihat Isterinya dan juga Anaknya.
Dia segera melangkah ke bilik permainan di bawah dan dipanggil cucu-cucunya dan berpelukan sambil memberikan bungkusan.
“Eh Papa, kenapa tak panggil kami?” Ujar Icha yang melihat kelibat ayahnya pulang.
“Dah rancak tengok korang berbual. So tak payah kacau. Siapa tu?” Tanyanya kepada Icha.
“Wani… kawan Zul..” Jelas Icha.
“Zul?” Papanya terus melangkah.
“Assalamualaikum..” Tegurnya kepada Wani.
“Waalaikumsalam… er.. Pakcik..” Ketar Wani…
“ Dah… dah pa… jom kita makan… Zul suruh masak special…” Mamanya mencelah.
Terus disalam tangan suaminya dan dipimpin ke meja makan.
Selesai makan. Papa Zul dudul bersama anak dan menantunya dia verandah rumah sambil menghirup kopi panas yang dibuat Wani.
“Zul, confirm ke yang ni..” Tanya Papanya serius.
“Insha allah Papa. Zul Nekad. Dah nak tua dah rasa…” Balas Zul.
“Cuma ada sedikit plan…” sebaik kata Zul begitu Papanya terus memberikan perhatian kepada penerangan Zul. Mus tidak terkecuali sambil menganggukkan kepalanya. Sesekali perbiincangan anak beranak itu diselangi dengan gelak kecil.
“Deal?” Tanya Zul kepada papanya dan Mus.
“Ok, Papa ikut kamu.
Mus meminta diri bersama Icha dan anak-anaknya sebentar kerana anak sulungnya ada kelas renang pada petang itu. Wani pula bersama Zul.
“Pa, ok ke trip?” Tanya isterinya sambil duduk disebelahnya.
“Trip ok je Ma. Lepas ni kita akan ke Johor…” Ujarnya sambil tersenyum.
“Apa pandangan awak?” Tanya isterinya lagi.
“Biar budak-budak ni tentukan. Awak selesa?” Ujarnya tegas.
“Untuk hari ini saya rasa selesa. Orang kampung. Budi bahasa pun elok. Insha Allah baik semua tu..” Jawab isterinya.
“Nampak berjenis la Zul ni. Takde dah macam dulu. Kerja pun tak pernah lewat dah sekarang. Dah dah ada perubahan banyak” Ujar Papa nya.
Mereka hanya melihatkan pasangan itu dari jauh dan beredar kedalam untuk merehatkan diri.
“Awak cakap rumah kat belakang..” Tanya Wani.
“Kenapa nak kena tipu?” Soalnya tegas
“Nantilah… Awak suka saya sebab saya? Saya suka awak sebab awak… So tak kisah siapapun awak dimasa lalu, Awak tetap oaring yang sama. Dah tua pun tetap sama…” Jelas Zul.
“Dah jom hantar saya balik lah. Takut saya nak duduk rumah besar-besar macam ni…”Wani segera berlalu kearah keretanya.
Ting!!
Mesej wasap masuk.
“Wani, ni Kak Icha ni, eh besok jom ikut Kak Icha ngan Mama ke Jalan TAR. Nanti Kak Icha amik kat rumah. Sent Location ok..” Mesej dari Kak Icha.
“Boleh je…,” Wani membalas mesej dan memberikan alamat rumahnya kepada Kak Icha.
“Besok saya keluar nak gi KL dengan kawan-kawan baru saya,” Kata Wani kepada Zul yang serious dalam pemanduan.
“Nak buat apa?”Tanya Zul kehairanan apabila Wani tersenyum-senyum.
“Shopping la apa lagi. Nak ikut ke? Kalau nak ikut jangan mengomel dan membebel..” Balas Wani sambil mencebik.
Zul memberhentikan kereta dihadapan pondok pengawal.
Wani Menjeling kearahnya.
“Dah saya nak masuk ni…” Kata Wani kepada Zul.
Zul seolah-olah mahu mengatakan sesuatu tetapi tidak terluah.
“Dah kenapa ni…Saya balik dulu lah..”kata wani lantas menarik tangan Zul dan menciumnya.
“Bye saying..” bisiknya ketelinga buah hatinya dan melangkah keluar.
Dia terus berlalu. Masuk kerumahnya dan masuk kedalam. Telefonnya diambil dan dia menghantar mesej.
“Awak dah balik ke?”
“Belum masih kat depan lagi…” Zul menjawab.
“Blok B 608”
YOU ARE READING
Suatu Perjalanan
RandomPercubaan pertama... Persahabatan.. realiti kehidupan... Kebijaksanaan... keputusan dalam mengharungi kehidupan... persekitaran...