Tiga

7K 80 17
                                    

Tengahhari itu.
 
Telefon pintar Wani bergetar. Applikasi Whatsapp dibuka setelah mendapat mesej dari adiknya.
 
“Acik, Duit tu kalau boleh nak hari Isnin Depan. Kamal dah cuba delay. Tolong yer Acik..” Itulah Kamal Adik lelaki Wani yang menuntut di Kolej Kemahiran berdekatan dengan kampungnya di Mentakab.
 
“Acik cuba la ye Kamal. Along dengan Angah tak bantu ke?” Soalnya kepada adiknya.
 
“Fuh kalo dapat memang hebatla dari along ngan angah tu. Mak telefon pun dia tak balas. Malas ah cakap dengan dorg. Nanti gaduh..” balas Kamal.
 
Wani teringat kepada abang dan kakaknya dan terus menghantar broadcast mesej.
 
“Salam, Acik nak tanya ni, agak2 boleh ke bayar sikit duit Acik. Ada nak pakai duit sket..” dengan berat hati dia menghantar mesej itu.
 
Gaji bersihnya Cuma RM2257.40.
Sewa RM 500.00 (Api + Air)
Telefon RM250.00 ( 3 line termasuk mak, dirinya dan Kamal)
Kereta RM600.00
Makan Minum RM350.00
Simpanan RM100.00
Pinjaman Peribadi : RM450.00 (untuk RM15,000.00 – Along RM6000.00, Angah RM5000.00, Abg Sham: RM3000.00)
 
“Adalah jugak baki RM7.40..” sengihnya kelat.
“Woiii! Jauh menung tu Wani. Tulis Apa tu meh tengok sikit..” Sergah Zul yang tiba-tiba muncul di kubikalnya.
 
Dengan pantas dia menutup kertas yang tertulis perbelanjaannya.
 
Telefonnya berbunyi serentak.
 
“Alah Acik bulan ni Along sesak jugaklah. Nanti2 Along bayarlah. Kau tak de anak lagi takpe. Nanti kawin Aku jugak tolong. Kira bulan ni Along tak bayar dulu” Wani terpempan dengan mesej dari Alongnya itu
 
“ Acik, Angah tak dapat nak bayar lah lagi. Alah kau bayar bulan2 je pun bukan bayar sekelepuk. Anak2 ni nak makan apa…. Nanti Angah Bayar semua kasi setel.” Air mata Wani Bergenang, Ditahan dari menitis.
 
“ Toilet kejap, Zul Tunggu sinilah…” Wani melangkah terus kerana dia tidak mahu airmatanya menitis.
 
Sudah tiada siapa diperhatikan dikawasan mejanya. Tiba-tiba Zul menjerit, “weh jom la makan, Kak Ika ngan Abang Man ada sekali tu”.
Dengan berat hati dia terpaksa mengikuti rakan sekerja untuk makan tengahari. Telefon pintarnya tidak lepas dari matanya sewaktu makan tengahari. Zul perasan dengan perubahan Wani pada hari itu. Bukan sehari dia mengenali Wani.
 
Setiap gerak geri Wani tidak lepas dari pandangan ekor mata Zul.
 
Jam sudah pukul 5.00 petang. Wani sedang bersiap-siap untuk pulang. Mejanya dikemas rapi. Sementara menanti kehadiran Zul dia mencari semula kertas yang ditulisnya tengahari tadi. Puas diselongkar dibawah timbunan kertas. Dia mahu menyambung pengiraannya.
 
“Wani, petang ni Zul nak pegi beli barang sikit. Jom lah ikut sekali,” Tiba-tiba Zul muncul didepannya.
 
“Aduh… bala apa yang nak datang! Mamat ni tak tau ke aku tengah sengkek.” Gumamnya. Tetapi Wani hanya mengangguk sambil tersenyum.
 
“Ha.. sebab senyum cantik Zul belanja la Wani makan… Eh Jomlah!” Tegas Zul dan memulakan langkah kearah pintu keluar.
 
Otaknya ligat berfikir sepanjang perjalanan. Mana nak dicarinya RM800.00 untuk Kamal. Kasihan. Nak meminjam dia sendiri tak tahu nak pinjam pada siapa. Dia berkira-kira untuk membuat pinjaman dari mesej Whatsapp. Untuk Pinjaman berjumlah RM15,000.00 dia hanya perlu membayar RM300.00 untuk 60 bulan. Berbanding dengan keadaan sekarang dia terpaksa menyerahkan sejumlah RM450.00 sebulan. Pinjamannya maish berbaki 5 tahun. Dan dia tersenyum bila melihat dia bakal mempunyai lebihan RM150.00
 
“Hah! Senyum sorang pulak. Ingat ke siapa lah tu…” Soal Zul yang sedang memandu.
“Ish, takde lah… teringat mak kat kampong ngan adik… nak sambung belajar pulak… harap-harap tercapai cita-cita adik” balas Wani.
 
“Ha… kalau senyum macam ni barulah cantik…. Dah balik kerja baru Nampak cantik” Balas Zul
“ Hahaha… Eh Zul pagi tadi kenapa awak macam marah je kat Kak Zah ngan Abang Sham tu?” Tanya wani.
 
Zul mengambil nafas dalam. Terus dia menceritakan bahawa dia tidak suka cara Abang Sham tu. Rupanya Abang Sham itu adalah kenalan kepada Pakcik Zul. Beberapa kali dia telah terjumpa Abang Sham berpoya-poya dengan peempuan. Wani hanya mendengar luahan Zul sepanjang perjalanan pulang.
 
“Huih.. Kak Zah tuh comel dan cantik macam tu pun takan Abang Sham carik lain..” bisiknya dalam hati.
 
Destinasi telah tiba. Wani melangkah keluar longlai dari kereta Zul. Langkah gemalainya menjadi perhatian mata-mata nakal dari pondok pengawal apartment. Dia hanya meneruskan perjalanan ke rumahnya tanpa sebarang syak wasangka.
 
Sementara itu Zul tersenyum puas dapat meluangkan masa bersama Wani. Sesuatu akan berlaku malam ini.

Suatu PerjalananWhere stories live. Discover now