Part 1: Bersedih

262 6 0
                                    

Aku termenung berdiri di beranda. Suasana di pagi itu kelihatan sangat ceria melihat kanak-kanak bermain di luar. Berbeza dengan perasaanku yang masih berduka kesedihan meninggalkan orang tuaku di kampung. Wajah orang tuaku terbayang-bayang dalam mindaku. Apakah ibu dapat menerima hakikat pemergianku?


Lamunan ku terhenti apabila isteriku menerpa memelukku dari belakang. "Sayang masih teringatkan ayah dan ibu ke?" tanya isteriku di belakangku. "Apakah keadaan ibu dan ayah sekarang ni? Adakah mereka dapat menerima pemergianku?" aku meluahkan kerisauan yang membelenggu fikiranku. "Jangan risau sayang, kita akan jenguk mereka juga, cuma kita tidak boleh menampakkan diri nanti" pujuk isteriku dan dia memelukku lebih kemas.


"Sangat susah untuk sayang meninggalkan mereka, sedangkan sayang sebenarnya masih hidup lagi" ujarku. "Ada masa nanti kita lawat mereka, tapi kita tidak dapat mencampuri urusan mereka, kita datang sebagai melihat sahaja ya sayang" pujuk isteriku lagi. Kalau ikutkan hati, masa tu juga aku nak jenguk mereka. Tapi aku sedar, takut tidak dapat mengawal diri nanti."Sayang, ada apa rancangan tak hari ini?" aku sengaja memesongkan mindaku sendiri. "Nak ke pasar lagi ke?" tanya isteriku. "Ada tempat lain nak pergi tak selain pasar itu?" tanyaku pula tidak berminat pergi ke pasar. "Ada banyak tempat lain, sayang nak yang macamana?" isteriku memberikan aku peluang menetapkan destinasi.


Sedang asyik bersembang dengan isteriku, kami berdua melihat kelibat atuk, ayah mertuaku dan Nima yang baru sampai. Isteriku perlahan melepaskan pelukannya dan bersiap ke dapur untuk menyediakan minuman. Aku nampak muka atuk serius. Sepanjang jalan menuju ke rumah itu, atuk memang merenung tajam padaku. Siaplah aku kali ini. Semacam tak kena jer.


Nak larikan diri ke nak ngadap atuk. Atuk kalau dah tunjuk muka bengis macam tu memang ada benda yang tak kena la. Sesampai saja di beranda atuk terus menuju ke arahku. "Cuba Lana lihat ke arah pokok yang paling tinggi di sana tu" arah atuk. Aku yang lurus bendul terus memandang ke arah pokok yang dimaksudkannya. Pangggggg... Pipi aku kena pelempang dengan atuk. Sakit siot. Atuk terus masuk ke rumah. Mesti ada benda atuk tak puas hati dengan aku ni.


Nima menyertai isteriku ke dapur. Ayah mertua dan atuk berehat di ruang tamu. "Lana duduk sini" arah atuk. Apa benda yang tak kena ni. Apakah rancangan tidak menjadi? Aku sudah ikut rancangan yang diarahkan atuk sepenuhnya? Jangan-jangan.... Alamak...

Isteriku Siluman Ular IIIWhere stories live. Discover now