Part 7: Bengap

124 4 0
                                    

Selesai makan, aku, atuk dan ayah mertua kembali melepak di ruang tamu. Manakala yang perempuan mencuci pinggan mangkuk. Dalam kepalaku terasa ingin tahu juga apa benda yang mereka berdua tu gosipkan. Ahhh malas lah nak fikir. Mungkin hal Nima dan Tiko kot.


Kami bertiga kembali bersembang. "Kalau anak nak berkebun, anak boleh berkebun di sebelah kebun ayah" ayah mertua memberi cadangan. "Saya ikut jer apa yang Nia ajak lakukan di sini yah, kalau dia mahu ajak berkebun, aku ikut je, lagi pun banyak benda perlu Lana belajar di sini, budaya dan adat masih lagi belum saya kuasai yah" balasku merendahkan diri. "Belajar perlahan-lahan, Nia boleh ajar anak buat apa dan menjalani kehidupan dengan budaya di sini" balas ayah mertua. Aku selaku orang yang baru di sini takkan nak main terjah jer buat kebun ikut suka hati kan.


"Nathir, jangan segan memberi tunjuk ajar pada cucu aku ni, kalau dia buat salah ketuk je kepala bengap dia tu" ujar atuk. Aku tak tahu atuk melawak ke serius. Ayah mertua ku hanya tersengih mendengar ucapan atuk. "Saya percaya, cucu awak ni bijak orangnya, dia pasti lekas menguasai apa yang perlu nanti" balas ayah mertuaku pula. "Ya tuk, saya berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh demi Nia yang saya sayang yah" ucapku. Memang aku dan isteri sedang merancang gaya hidup yang kami bakal lalui.


"Kau jangan main cakap saja Lana, pandai nak kahwin tu pandai lah jaga anak orang" perli atuk. "Ya tuk saya akan berusaha" balasku. "Takpa Leban, saya sudah anggap dia macam anak sendiri, dari mula lagi saya percaya pada hubungan suci mereka, macamana pun halangan, mereka pastikan jumpa penyelesaiannya" ayah mertua menyokongku. Ish bangga pula ada ayah mertua macam ni.


"Lana, jaga isteri kamu elok-elok, kalau ikut firasat atuk, isteri kamu tu mungkin sudah isi" ujar atuk. "Isi apa tuk, tak paham la?" tanya ku tak berapa jelas dengan ucapan atuk. "Sini kamu cu" arah atuk menyuruh aku mendekatinya. Kukkkk...kepala aku kena ketuk dengan atuk dengan tongkatnya. "Adui sakit la tuk" aku mengadu kesakitan. Ayah mertuaku mentertawakan aku. "Macam ni kamu kata bijak Nathir? Banyak benda kamu kena ajar cucu aku ni" ucap atuk. Ayah mertuaku kembali menyambung tawanya.


Nampaknya isteriku dan Nima sudah selesai kerja dapur mereka. Nima membawa buah-buahan dihidang pada kami. Manakala isteriku melambaikan tangannya memanggil aku ke bilik. Apa lagi dia ni, dah la kepala aku baru kena ketuk dengan atuk.


Sampai saja kat bilik, isteriku menghadiahkan aku senyuman. "Apa benda awak gosipkan dengan budak Nima tu sayang? dari tadi aku perasan kamu berdua tersengih-sengih" ujarku padanya. Isteriku mengapai tangan kananku, dan meletakkan tanganku pada perutnya. Sambil dia duduk. "Sayang dengar pula guna telinga tu perut Nia ni" ujarnya pula. Aku yang terpinga-pinga menurut bodo jer arahannya. Aku dekatkan telingaku pada perutnya. "Sayang ada dengar sesuatu tak?" tanya isteriku lembut.

Isteriku Siluman Ular IIIWhere stories live. Discover now