Hari yang dinantikan sudah pun tiba. Cuaca sangat menyebelahi aktiviti hari ini. Dalam perkiraan aku rumah ini dijangka siap dalam minggu itu juga. Sebab bahannya semua sudahpun disediakan dalam minggu tersebut. Tinggal memulakan pembinaannya.
Semua komuniti di situ berkumpul dan bersedia dengan tugas masing-masing. Semua ini berkat dari ayah mertuaku, yang menyeru semua komuniti di situ datang membantu. Sepanjang minggu itu, ada pokok yang menjadi korban, namun ia digantikan dengan benih yang baru. Tanah liat digali dan diratakan semula. Tanah liat itu juga yang akan digunakan membina nanti.
Semua bergerak ke tapak pembinaan. Semua turut menjalankan tugas masing-masing. Bagi yang perempuan mereka menyediakan minuman dan makanan selain membantu tugas ringan. Manakala lelaki pula menjalankan tugas berat. Suatu benda yang aku tidak jangkakan. Mereka semua bernyayi dengan girang sambil melakukan tugas. Semua ceria, semua nampak seronok bergotong royong. Kelihatan seperti sedang bermain-main buat kerja.
Plan rumah, sudah diperlihatkan. Kayu kayan meranti menjadi tiang utama di tengah-tengah rumah, nampak seperti sangat ringan, kerana semua campur tangan. Tiada paku digunakan. Semua kayu atau palang dipasangkan dengan tanggam dan pasak. Rekabentuk rumah unik dan menarik. Pemasangannya umpama pasang siap.
Mereka semua terus menjalankan tugas tanpa henti. Caranya berganti-ganti berehat. Semua orang memberikan kerja sama. Tiada seorang pun mengambil kesempatan mencuri tulang. Gotong royong yang sangat harmonis dan penuh dengan kegembiraan. Wow, sangat seronok.
Sedar tak sedar tidak sampai seharipun semuanya telah siap dibina. Dan boleh di diami. Malah setiap dari mereka mendermakan keperluan seperti pinggan, mangkuk, cawan dan sebagainya sebagai hadiah untuk aku dan isteriku memulakan hidup. Malah ada yang mendermakan belanga. Fuhhh, aku dan isteriku sangat gembira kerana kami tidak perlu bersusah payah mencari keperluan asas tersebut.
Mereka sangat bersikap uniti dan bersikap bermurah hati membantu. Ia suatu amalan komuniti yang sangat mengagumkan aku. "Nak, inilah cara masyarakat di sini berkerjasama menangani tugas berat, kita juga akan membantu sesiapa yang memerlukan seperti ini" ujar ayah mertua. "Sungguh tak sangka masyarakat di sini baik dan saling membantu, Lana sangat berterima kasih dengan semua orang yah" balasku sangat kagum dan terharu dengan mereka semua.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular III
RomanceSambungan Isteriku Siluman Ular II. Kisah mistik percintaan antara dunia yang berbeza. Apakah yang berlaku di siri ketiga ini? Bersama kita hayati kisah percintaan yang unik dan mistik ini.