Atuk dan Nima mohon diri untuk balik. Kami semua menemani mereka ke depan beranda. Sebelum bertolak mereka berdua sempat mengucapkan tahniah kepada aku dan isteri. Nima sempat membisikkan sesuatu kepada isteriku. Entah apa benda dibisikkan, aku tak tahu. Hal gosip orang perempuan. Cepatnya mereka mesra dengan masing-masing.
"Kirim salam dengan mereka bertiga di sana ya" ucapku pada Nima dan Atuk. "Tak sabar nak jumpa Tiko la tu" sakat isteriku pada Nima. Nima tersipu malu. Atuk memandang Nima dan kepala Nima terus jadi mangsa ketukan tongkat atuk. Nima tersipu merah pipinya menahan malu kantoi dengan atuk. Kami yang ada di situ tumpang gelak saja. Kemudian, atuk dan Nima pun berlalu pergi diperhatikan kami berempat sehingga mereka berdua tidak kelihatan.
Ayah dan ibu mertua kembali ke dalam rumah. Tinggal aku dan isteri yang ada kat beranda tu. Aku memegang bahu isteri dan ku hadap bertentangan denganku. Aku pandang wajah ayu isteriku. Memandang wajah yang tidak pernah jemu ku pandang. Anak matanya bersinar fokus melihat mataku. Anak mata itu bergerak-gerak seperti mengungkapkan sesuatu perasaan yang hanya kami sahaja yang memahaminya.
Tatapan itu berlaku dalam beberapa ketika tanpa menuturkan kata-kata. Hanya saling berpandangan. Leka dan asyik dengan tatapan masing-masing. Mulut terasa berat berbicara. Cuma mengungkapkan sesuatu dari pandangan mata. Pipi isteriku kemerahan. Kerana dia mendengar ucapan dari mindaku yang aku sangat bahagia mencintainya. Kedua-dua tangan segera merangkul pinggangku. Makanya kami berdua berpelukan. Dunia kini hanya milik berdua.
Dengan perlahan isteriku merebahkan kepalanya di dadaku. Ku usap rambutnya dengan lembut. Dapatku rasakan dari lengannya bulu romanya naik seperti mana aku. Meremang. Seperti ada listrik mengalir dalam badan pada saat itu. Wow, dapatkah anda merasakan aliran listrik yang meremangkan itu? Kedua-duanya bagai lemas dengan perasaan cinta yang indah itu.
"Degupan jantung awak laju la sayang" ujar isteri memecahkan suasana sepi tanpa suara tadi. "Degupan tu untuk awak sayang" balasku. Dia terus leka mendengar bunyi degupan jantungku. "Dah-dah, bukan kita nak rancang sesuatu ke pagi tadi?" tanyaku sambil cuba meleraikan pelukan isteriku. Dia tak bagi aku leraikan. Dia memeluk tubuh ku lebih rapat lagi. Aku biarkan dia selesa begitu. Aku akui si dia Nia Isteriku ini semenangnya manja. Tapi aku suka. Hermmm...
Setelah beberapa ketika dia sendiri yang leraikan. Setiap kali berpelukan dia takkan bagi aku lepaskan dulu sehingga dirinya benar-benar puas. Ada can jadi 'queen control' ni, nak menang saja dia bisik hatiku. "Aippp, sayang jahat, orang benar-benar nak lepas rindu kat dia, dia cakap macam tu" ujar si dia yang membaca mindaku. Adeh...payah betul la, dapat isteri mistik yang dapat baca minda suami ni.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular III
RomanceSambungan Isteriku Siluman Ular II. Kisah mistik percintaan antara dunia yang berbeza. Apakah yang berlaku di siri ketiga ini? Bersama kita hayati kisah percintaan yang unik dan mistik ini.