Teringat dengan ayah. Nak kata ayah garang, tak juga, tapi dia selalu memberi galakkan tapi tetap tegas dalam kelembutan bicaranya. Sangat susah nak dengar ayah mengeluh tentang kesusahan hidupnya. Dulu ayah selalu ucap "bila dah dewasa nanti, cari kebahagian bukan kekayaan dan kemewahan". Ucapan tu terngiang-ngiang kembali di telingaku.
Bila difikirkan semula, memang benarlah yang diperkatakan atuk, ayah ni tenang jer walaupun menyimpan seribu satu rahsia. Sampaikan ibu yang dia sayang tu pun dia tidak pernah ceritakan. Pemegang amanat sungguh ayah ni. Berbalik pada ibu pula, Candara itu namanya, nampak garang, hari-hari dia membebel. Tapi hatinya sangat lembut. Masa aku ponteng sekolah dulu, kaw-kaw aku kena dengan ibu, ingatkan ayah marah sekali dengannya, digelaknya melihat ibu mengejarku dengan rotan.
Atuk meluahkan kerisauannya tentang ibu sebenarnya, bukannya ayah, mengalir dalam dirinya adalah darah bunian. Ayah takkan tamak. Tapi risau ibu yang tidak dapat menahan diri dengan harta tersebut. Bukan mengatakan ibu gila kuasa atau harta. Takut ibu tidak dapat menyimpan rahsia dari mana datangnya semua itu. Ayah satu-satunya harapan untuk menjaga mulut ibu. Atuk juga memutuskan hubungan dengan dunia manusia ini juga kerana tidak mahu melibatkan diri. Boleh saja kalau atuk nak hidup mewah di dunia manusia. Dia boleh keluar masuk dunia manusia dan dunia bunian ini. Tapi atuk memilih cara hidup di alam ini. Nampak bodoh kan? Memilih gaya hidup yang primitif. Tapi, bila difikirkan, di sini hidup lebih tenteram berbanding di dunia manusia.
Tidak berasa sudah dekat tengahari mendengar penceritaan atuk yang penuh nasihat secara tidak langsungnya. "Makan tengahri sudah siap, jemput makan semua, tuk, ayah dan abang sayang" ujar isteriku menjemput kami semua di ruang tamu itu. Isteriku sengaja melengahkan sebab nak cakap sesuatu padaku. "Sayang, tunggu jap" bisik dia. "Ada apa sayang?" tanyaku. "Sayang cuma nak cakap..." belum habis dia bercakap. "Nak cakap apa?" tanyaku mendesak. "Tak jadilah, lepas makan jela sayang cakap" balasnya sengaja membuatkan aku tertanya-tanya.
Kami berdua menyertai mereka semua di ruang dapur. Nima menghidangkan makanan sambil tersengih-sengih. Entah apa benda yang disengihkannya aku pun tak tahu. Mungkin rindu dengan mamat Tiko tu la agaknya. Semua tidak banyak bercakap ketika makan. Semua fokus menikmati makanan masing-masing.
Sedang eloknya aku menyuap makananku, terasa pahaku dicubit isteriku. Hampir tercampak makananku dibuatnya. "Sayang tak sabar nak cakap la" bisik dia padaku. "Bagi sayang fokus makan dulu ya" jawab ku bersahaja. Sebenarnya mindaku masih bersama ayah dan ibu. Perbuatan kami berdua diperhatikan Nima, dan dia tersengih memerhatikan. Macam ada suatu tak kena dengan isteriku dan Nima ni. Mereka ni macam tahu sesuatu.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular III
RomanceSambungan Isteriku Siluman Ular II. Kisah mistik percintaan antara dunia yang berbeza. Apakah yang berlaku di siri ketiga ini? Bersama kita hayati kisah percintaan yang unik dan mistik ini.