Sebagai seorang suami, ia adalah suatu yang amat mengembirakan jika dapat perkhabaran yang isteri kita sedang mengandung. Ia adalah pelengkap kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Tapi, bagi aku ia adalah lebih istimewa kerana aku bakal menjadi seorang ayah dalam dunia bunian.
"Sayang dapat tau ke jantina anak kita tu apa?" tanya ku pada isteriku. "Kalau sayang tau pun takkan bagitau awak sayang oi" balas isteriku. "Atau awak yang sememangnya tak tau jantina anak kita tu?" sengaja aku mengumpan jawapannya. "Sayang takkan bagi tau" balasnya lagi. "Kalau anak laki, sayang nak namakan dia Lemar, kalau perempuan pula, kita panggil dia Nara" cadangku. "Nampak macam sedap panggil Nama tu, sayang suka, pandai sayang cari nama" balas isteriku. "Mestilah, takkan kita nak bagi nama tak sedap untuk anak kita sayang" jelasku.
Lepas ni aku kena berusaha keras. Kami berdua perlu membina rumah baru. Isteriku mencadangkan kami bina di kebun supaya dapat pemandangan yang menarik. Hurmm..macamana nak mulakan pembinaan rumah ni? Nak ikut rekayasa di sini atau aku nak buat yang aku punya suka!
Kami berbincang dengan ayah mertuaku pasal nak mendirikan rumah. Ayah mertuaku sangat menyokong biarpun dia sebenarnya masih mahu kami berdua tinggal bersama mereka. Isteriku berkeras nak dirikan rumah sendiri, nak berdikari katanya. Isteriku boleh tahan juga degilnya. Akhirnya ayah mertuaku mengalah.
Ayah mertuaku memanggil semua penduduk untuk bergotong royong menyiapkan kediaman baru Aku dan isteriku. Orang kampung di situ setuju meluangkan masa. Tapi mereka faham ke reka bentuk yang aku mahukan?
"Pasal rekabentuk rumah itu nanti terserah anak nak buat macamana, mereka akan membantu" ucap ayah mertua. "Baiklah ayah, kalau macam tu, ayah bantu ya, segan pula nak bagitau mereka" jelasku. "Di sini jangan risau nak, semua orang di sini akan berkerjasama setiap ada kerja berat, begitu juga kita juga perlu ringan tulang bantu sesama" jelas ayah mertua membuatkanku rasa lega.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular III
RomanceSambungan Isteriku Siluman Ular II. Kisah mistik percintaan antara dunia yang berbeza. Apakah yang berlaku di siri ketiga ini? Bersama kita hayati kisah percintaan yang unik dan mistik ini.