Ayah mertuaku tersenyum memandangku. Aku tidak paham apakah erti senyuman itu. Atuk masih bermuka serius seperti nak menelanku. Aku diam tidak bertanya apa yang sedang berlaku sebenarnya. Jangan-jangan harta pemberianku kantoi dengan atuk. Itu sahaja yang aku mampu terfikirkan.
Tidak lama kemudian isteriku dan Nima datang bersama hidangan. Mereka berdua menyakitkan hidangan dan menuang air buat kami semua. Isteriku kembali duduk di sebelahku.
"Lana, berapa banyak permata yang kau bagi pada ayah dan ibumu di sana?" tanya atuk membuka topik dengan menunjuk muka bengisnya. "Tak banyak la tuk, apa yang atuk nampak tu saja la" jelasku berbohong pada atuk. Ayah mertuaku gelak. Aku tidak mengerti. Tapi selagi mana tak kantoi yang selebihnya, aku tetap akan merahsiakannya.
"Betul itu sahaja?" tanya atuk lagi. "Betul la tuk" balasku mempertahankan penjelasanku. "Dia masih muda lagi, biarlah tu Lamek, itu kita boleh anggap juga dengan perngorbanan dia memisahkan diri dari orang tuanya" ujar ayah mertua. Barulah kerutan bengis atuk sedikit reda. "Jangan pernah buat macam tu lagi" ujar atuk. "Baik tuk" balasku tidak berani untuk bercakap banyak.
"Ibu awak pengsan beberapa kat sana, kerana tidak dapat menerima yang awak meninggal" si Nima tiba-tiba menyampuk. Aku sempat perhatikan reaksi atuk. Mata kembali bengis Kali ini Nima pula mangsanya. Nima yang kelihatan baru nak menyambung bicaranya terus senyap tidak berkata apa-apa setelah dia perasan muka atuk membengis ke arahnya.
"Lana kamu ada menjual batu permata itu ke Bandar Kan? Apakah ada yang bertanya dan mengekori kamu?" tanya atuk menukar terus topik Yang baru dibuka Nima tadi. "Lana jual di kedai Yang berbeza tuk, dan tiada yang bertanya atau mengekori Lana, kerana Lana cakap hanya itu sahaja warisan moyang" jelasku panjang lebar. Apakah atuk menyangka aku ni bodoh dan bendul sangat kot.
"Ingat Lana, kamu dikira sudah meninggal bagi orang di sana, maka jangan cuba-cuba untuk menjengok dunia sana lagi" tegas atuk. Aku hanya mengangguk. Dalam hati ku berkata, akan banyak lagi batu permata aku kirim ke sana nanti. Aku nak ayah dan ibu jadi kaya di sana. Sepertinya aku tetap berdegil.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular III
RomanceSambungan Isteriku Siluman Ular II. Kisah mistik percintaan antara dunia yang berbeza. Apakah yang berlaku di siri ketiga ini? Bersama kita hayati kisah percintaan yang unik dan mistik ini.