Rupanya mereka dari dunia ini pakar gunakan bahan kimia. Tapi tak heranla, mereka hidup ratusan tahun, malah ada yang sudah cecah ribuan tahun. Memang logik la mereka hebat mencipta semua tu. Aku sebenarnya di antara budak yang bijak juga di sekolah. Tapi aku malas membaca buku dan malas belajar. Nak kata aku kategori genius bukan la juga. Tapi ada kemungkinan, sebab DNA datuk dan nenek bunianku sudah bercampur dalam diriku.
"Cucu Lana, sebenarnya atuk yang tidak mahu kamu meneruskan persekolahan dulu, atuk menyuruh ayah kamu membiarkan kamu bermain di sungai" tiba-tiba atuk menjelaskan sesuatu yang tidak pernah aku tahu. Atuk memang tak mau aku jadi pandai. Dia menceritakan lagi.
Atuk tidak mahu aku belajar sehingga mendapat pengiktirafan dalam sistem persekolahan manusia. Kerana atuk tahu aku akan pergi lebih jauh rosak sebagai manusia. Sebab itu juga, ayah tidak pernah menghalang aku bermain di sungai, ayah tahu beberapa rahsia sebenarnya. Atuk memecahkan rahsia, yang ayah tahu aku masih hidup sama seperti dia tahu atuk masih hidup. Tetapi tidak ibuku.
Atuk pernah mengajak ayah tinggal di alam bunian. Tetapi ayah tidak mahu, kerana dia sangat menyayangi ibu. Dia tidak akan pernah meninggalkan ibu. Atuk menasihatkan ayah supaya aku dibiarkan selalu bermain di sungai. Sebab atuk akan jaga aku di sungai. Cuma atuk tidak dapat menunjukkan dirinya.
Tapi tentang pertemuan aku dan Nia isteriku, atuk tidak tahu menahu. Itu adalah takdir kami sendiri. Atuk sebenarnya boleh saja memberi kami sekeluarga dengan segala kekayaan. Tapi atuk memang tak mahu berbuat demikian, kerana itu akan menjadikan kami akan lebih tamak dan angkuh dibuai kekayaan.
Barulah aku sedar, apa yang aku lakukan adalah salah. Aku telah memberikan sesuatu yang tidak sepatutnya ayah dan ibuku. Patutlah ayah tidak hairan dengan semua tu. Ayah memilih makan untuk hidup. Bukan untuk kekayaan. Cukup baginya dia bahagia hidup bersama ibuku. Aku memang sudah salah anggapan, memikirkan kekayaan yang harus dipilih oleh orang tua ku di sana.
Atuk menceritakan bahawa ayah cuma mahu hidup bersama ibuku, hanya bersamanya. Aku adalah bonus dalam kehidupan mereka. Sebab itulah, kalau ayah nak kaya, lama dah atuk berikan ia benda yang aku berikan. Rupa-rupanya ayah memilih kebahagian bersama ibuku dari memilih harta. Wow, ayah sangat hebat. Aku kagum dengan ayah.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular III
RomanceSambungan Isteriku Siluman Ular II. Kisah mistik percintaan antara dunia yang berbeza. Apakah yang berlaku di siri ketiga ini? Bersama kita hayati kisah percintaan yang unik dan mistik ini.