Rumah sudah siap. Sudah pun dihiasi mengikut rancangan. Maka malam ini aku dan isteri bercadang untuk mengadakan majlis sebagai tanda kesyukuran dan berterima kasih kepada semua yang telah membantu kami menyiapkan rumah tersebut.
"Sayang, camna kita nak panggil kunang-kunang tu menerangi rumah ni nanti?" tanyaku pada isteriku. Dia hanya tersenyum dan nampak jelas dia sangat gembira dan ceria hari ini. Aku dapat rasakan kegirangan hatinya. "Serah pada sayang je, apapun malam ni kita bagi semua orang gembira" balas sang isteri.
"Kan seronok kalau dapat jemput atuk dan mereka semua" ujarku teringat kegembiraan itu perlu dikongsikan mereka juga. "Oh ya, mesti lebih meriah kan kalau semua mereka pun ada" ucap isteriku. "Tapi nak pergi rumah atuk makan masa yang lama la nak panggil sayang" ujarku dengan nada yang sedikit kecewa memikirkan mereka jarak dengan rumah atuk yang agak jauh. Isteriku memandangku berserta senyumannya.
"Sayang jangan risau, kita jemput mereka datang juga" ujar Nia isteriku. "Macamana?" cepat aku bertanya. "Burung merpati akan menolong kita menyampaikannya sayang" balas isteriku. Dalam hidup aku cuma dengar saja pasal burung merpati menyampaikan surat. Rupa-rupanya di sini mereka turut menggunakan tradisi itu. Isteriku mengambil daun dan disatukan pada tangannya, lalu ditiupnya sehingga menghasilkan suatu bunyi.
Beberapa ketika, kelihatan beberapa ekor burung merpati memdatangi kami berdua. Isteriku mengambil sekeping kulit, dan diambilnya rumput dan disentuhnya pada sejenis kulat yang seakan menghasilkan dakwat. Dan dia menulis pada kulit tersebut menggunakan rumput tadi. Kemudian diikatnya gulungan kulit tersebut. Dia lalu menadah tangannya ke udara, serta merta seekor burung merpati itu hinggap di tangannya. Dia mengikat gulungan kulit pada burung tersebut dan dibisiknya sesuatu pada burung tersebut, akhirnya burung itu terus terbang.
"Apa benda yang sayang bisik kat burung tu? Sayang boleh bercakap bahasa burung ke?" tanyaku rasa sedikit muskil dan pelik. "Ia adalah bahasa bunian klasik, sayang bagitau supaya dia hantar surat tu pada atuk" balas isteriku. Adeh, pelik ada banyak ilmu yang aku kena belajar di sini.
Dalam pada itu, semua yang ada di situ telah pun kembali ke rumah masing-masing untuk berehat dan mereka akan datang lagi untuk majlis malam nanti. Aku dan isteriku memngucapkan terima kasih kepada mereka. Harmoninya kehidupan di sini. Tambahan kerjasama mereka sangat tinggi dan seronok semasa menjalankan gotong royong tadi. Aku merasa terharu dengan bantuan yang diberikan mereka semua.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular III
RomantizmSambungan Isteriku Siluman Ular II. Kisah mistik percintaan antara dunia yang berbeza. Apakah yang berlaku di siri ketiga ini? Bersama kita hayati kisah percintaan yang unik dan mistik ini.