Umur dah 27 tahun. Kalau aku sambung belajar dulu mungkin aku lebih bijak. Tapi mungkin bukan ini laluan hidupku. Apapun aku sangat bahagia sekarang memiliki isteri yang cantik dan sentiasa membuatkan aku sentiasa leka bersamanya. Takdirku memang berjodoh dengan makhluk bunian ni. Aku akur dan tidak kesah dengan seprimitif manapun aku rela.
Balik kepada isteriku yang menyuruh aku mendengar perutnya. "Kenapa dengan perut awak sayang? awak sakit perut ke?" pertanyaanku sengaja menyakat isteriku wahal aku sudah tahu yang aku bakal bergelar seorang ayah. "Bukan la, awak dengar baik-baik la" ujar isteriku. Aku terus menekap telingaku pada perutnya dan ku usap lembut. Tiba-tiba aku membuatkan kepala aku seperti ditendang dari perutnya sengaja mengenakannya.
"Kenapa dengan sayang ni, buang tabiat ke?" tanya isteriku mengerutkan dahinya sambil mengukir senyuman. "Ada budak nakal tendang kepala sayang tadi" ucapku berseloroh. "Mengada, baru lagi la, mana boleh menendang" balas isteriku. Dia menunjukkan wajahnya yang ceria. Wajah yang membahagiakan aku. Senyuman yang aku sangat suka.
"Aku bakal jadi ayah kan? Agak-agak anak kita ni berupa ular ke apa erk?" aku sengaja menyakat dia lagi. "Ala, awak ni kan! Sengaja main-main" balas isteri ku geram. Aku tahu dan sudah jelas dengan penerangan ayah mertua ku bahawa mereka digelar siluman ular adalah kerana mereka menggunakan tonik yang menjelmakan mereka sebagai ular. Padahal mereka hanyalah sebangsa bunian. Maka, rupa ular itu adalah jelmaan sahaja.
Isteriku yang geram denganku mencubit aku bertubi-tubi membuatkan kami berdua beraksi kejar mengejar dalam bilik tu. Ia adalah aksi kegembiraan bakal jadi ibu dan ayah. Tak tahan dikejarnya, aku belari keluar ruang tamu. Aksi tersebut membuatkan yang ada di situ terpinga-pinga. Serius, macam budak-budak tengah kejar mengejar.
Ibu mertuaku mengeleng-gelengkan kepalanya. Ayah mertua dan Nima pula gelakkan kami. Atuk buat perangai buat bodonya. Suasana itu sangat gembira. Mereka sudah tahu isteriku mengandung awal dari pengetahuanku. Saat gembira itu sangat membahagiakan.
"Wei udah-udah la buat perangai budak tu" tegur atuk. Barulah isteriku berhenti mengejarku. "Padan muka kena marah ngan atuk" ujarku pada isteriku sambil tersengih. "Elehh, awak pun sama" balas isteriku yang masih geram. Geram manja sebenarnya.bersambung...
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular III
RomanceSambungan Isteriku Siluman Ular II. Kisah mistik percintaan antara dunia yang berbeza. Apakah yang berlaku di siri ketiga ini? Bersama kita hayati kisah percintaan yang unik dan mistik ini.