Part 3: Si Becok Nima

144 4 0
                                    

Aku bukan nak berdegil sebenarnya. Sudahlah aku meninggalkan mereka begitu sahaja. Aku tidak pernah berjasa kepada mereka. Kalau dulu ayah menyuruhku menyambung persekolahan, aku sendiri yang tidak mahu. Kerana merasakan masa depan aku adalah di sungai. Akhirnya urusan aku bersama sungai tidak pergi ke mana-mana. Dan sekarang aku merasa bersalah kepada kedua-duanya.


Apapun keputusan sudahpun ditakdirkan. Aku tidak dapat menunjukkan diriku secara fizikal kepada mereka. Kalau ikutkan hati, sekarang juga aku nak jenguk mereka. Sebelum itu aku perlu berguru dengan atuk dan ayah mertua untuk menyediakan tonik dan ramuan untuk pelbagai kegunaan.


Sambil minum pagi tersebut. Kami bersembang tentang ibu dan ayah yang terpaksa menerima kematianku. Itupun, terima kasih kepada Nima yang membuka topiknya. Kalau ikut atuk dan ayah mertua, mereka tidak mahu ceritakan. Nima menceritakan keadaan ibu yang beberapa kali pengsan. Memang jelaslah mereka berdua dan orang kampung menyangka aku benar-benar mati mengejut ketika tidur.


Nima menjelaskan dia agak cemas kerana jasad batang pisang itu hampir bertukar kembali. Kalau tak, pemalsuan kematianku itu berkemungkinan gagal. Dalam situasi itu, atuk bertindak cepat membuatkan hari mendung seperti seakan-akan nak hujan. Menyebabkan proses penguburan jasad batang pisangku dilaksanakan dengan segera.


Atuk dan ayah mertua membiarkan saja Nima menceritakan segalanya. Barulah aku perasan, yang si Nima ini kaki popep. Mulutnya tak reti diam. Aku tidak ambil hati pun, cuma aku sedar atuk dan ayah mertua tidak mahu aku bersedih dan terkesima dengan perkara tersebut. Si Nima menyembung lagi, sekali lagi dia cemas, mereka nyaris kantoi kerana kesan tonik yang mereka minum hampir hilang kesannya. Kalau kelihatan, atuk kantoi masih hidup, Nima dan ayah mertua pula kantoi sebagai siluman. Dahla atuk punya tonik tertumpah. Nyaris terkantoi, nasib baik Nima membawa tonik lebihan. Mereka bertiga terpaksa berkongsi tonik tersebut.


Apapun ayah mertua memuji kecekapan Nima menolong atuk di sana. Kalau tak, banyak kali mereka kantoi. Nima menunjukkan muka bangganya. Aku dan isteriku hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Apapun, Nima nakal membisik pada kami berdua, yang kami berdua perlu menolongnya mendapatkan cinta Tiko, sebagai balasannya. Hampeh punya budak, cepat dan bijak betul dia mengambil kesempatan.

Isteriku Siluman Ular IIIWhere stories live. Discover now