Aku dan isteri setuju membantunya menjalinkan hubungan dengan Tiko. Kerja itu mudah kerana kami berdua memang tahu si Tiko juga memang berkenan dengan Nima. Keletah si Nima memang menghiburkan. Banyak cakap juga budak ni. Menyebabkan kami yang ada di situ semua terhibur. Isteriku dan Nima menghilangkan diri semula ke dapur bersama ibu mertua. Kedengaran gelak tawa mereka bertiga dengan keletah si Nima.
"Ayah, tuk, Lana nak minta bantuan boleh ka?" tanya ku macam budak nerd(bendul). "Apa saja nak, asalkan tidak memudaratkan sesiapa" balas ayah mertua. "Kamu jangan layan budak ni Nathir, karang bukan-bukan pulak dia nak" ujar atuk. "Lana nak belajar cara buat tonik pelbagai guna" jelasku berterus terang. "Owh, kalau yang itu tiada masalah nak, janji anak rajin cari ramuannya" jawab ayah mertua. "Nak belajar tu, sediala buku catatan dan niat tu kena jauh dari memikirkan untuk keburukan" ujar atuk menjeling padaku.
Ayah mertua menceritakan beberapa jenis tonik. Ada tonik yang digunakan untuk stamina. Ada juga tonik untuk halimunan, Ada juga tonik digunakan untuk menyebabkan peminumnya lupa. Tonik anti segala bisa. Dan banyak lagi yang dia jelaskan. Aku dah la jenis malas belajar, nak ingat semua nama tonik dan lagilah nak ingat setiap ramuan tonik. Perhh... macam kembali belajar di sekolah la pula. Belajar kimia.
Antara yang aku minat adalah tonik halimunan dan stamina. Kedua-dua tonik itu aku pernah guna. Tonik stamina tu yang best, kalau berlari memang tak terasa. Rasanya tonik stamina ini, isteriku Nia dapat membantu kot. Tapi tonik halimunan ni, leceh sikit, bahannya banyak juga. Untuk hasilkan beberapa titik jer, makan banyak hari untuk mengekstrak jusnya.
Ada sejenis tonik pula dinamakan sebagai tonik Siluman. Tonik yang ini sangat bahaya, kerana silap ramuannya ia akan menyebabkan penggunanya akan kekal dengan rupanya. Kira selepas meminumnya kita akan jadi seperti ular, buaya, monyet, mengikut jenis yang kita minum. Tonik ini mengandungi unsur dalam binatang tersebut.
"Kalau macam tu, orang kampung ini bukan ular la sebenarnya?" tanyaku pada ayah mertua. "Kami bukan ular sebenarnya, kami digelar sebagai siluman ular kerana dapat menjelmakan diri dalam rupa ular yang sebenarnya kami minum tonik ini, terlebih dahulu, tapi kami bukan golongan manusia, kami adalah bunian nak" jelas ayah mertua. Barulah aku faham.
Dikatakannya lagi, tonik siluman adalah hasil ekstrak daripada bahagian haiwan, seperti kuku, sisik, bulu, tulang dan lain-lain bahagian. Mungkin bahasa manusia ia adalah extrak DNA. Walaupun setakat tingkatan tiga je belajar dulu, markah matapelajaran Sains saya memang tinggi juga, tak kurang 60 markah. Tapi dah keluarga miskin, aku tak mampu menyambung belajar, lagipun aku sendiri yang memilih kehidupan sungai.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular III
RomanceSambungan Isteriku Siluman Ular II. Kisah mistik percintaan antara dunia yang berbeza. Apakah yang berlaku di siri ketiga ini? Bersama kita hayati kisah percintaan yang unik dan mistik ini.