Teruja dan rasa penuh semangat nak mendirikan rumah sendiri. Aku berbincang dengan ayah mertua tentang citarasa aku dan isteri tentang rekabentuk. Ayah mertuaku menyokong penuh. Tu yang lagi menyebabkan keterujaan. Tapi segala isi perabot dalam rumah kena usaha sendiri la.
Ayah mertua kata, kalau kita menebang pokok hendaklah ditanam semula semaiannya. Biar ia tetap menunjukkan kesemulajadiannya. Sistem aliran air pula perlu dibuat mengikut cara dan budaya yang ada di dunia itu. Tak boleh sembarangan. Kumbahan perlu meresap semula ke dalam tanah dan jadi bahan baja semula jadi. Penapisan air menggunakan arang batu, batu kelikir, pasir kasar, pasir halus dan bahan lain supaya air yang masuk ke rumah sentiasa bersih.
Sekitar rumah, perlu dihiaskan dengan bunga-bungaan, agar dapat menjadi habitat serangga kunang-kunang. Kunang-kunang ada dua fungsinya, mencegah sejenis penyakit endemik selain menjadi sumber cahaya di malam hari. Sekitarnya juga, perlu ada pelbagai jenis bunga yang menghasilkan nektar, untuk jenis serangga seperti kelulut mudah menghasilkan madu. Sekeliling rumah perlu ada parit air yang sentiasa mengalir, supaya menjadi habitat katak. Tujuannya memakan serangga perosak selain memakan nyamuk.
Jika berkebun pula, semua perkara tadi perlu ditanam dengan rapi dan kemas. Ulat sutera juga salah satu serangga yang perlu dibiakkan untuk menghasilkan kapas untuk tenunan. Oleh kerana, di dunia ini, racun serangga tidak dibenarkan sama sekali, kerana ia boleh menjejaskan kesuburan tanah. Cacing tanah perlu dijaga, dengan cara menyusun batu bata sebagai jalan mengelakkan kita berpijak terus dengan tanah.
Jika berjaya menyediakan kebun yang berbentuk semulajadi, kebun akan lebih subur dan cepat menghasilkan buah yang ukup lazat, kerana ia adalah hasil pendebungaan semulajadi oleh serangga dan burung-burung. Wow, aku kagum dengan penerangan ayah mertua, ternyata dia seorang yang hebat dalam ekosistem semulajadi. Begitu rupanya mereka mengekalkan keindahan alam semulajadi.
Walaupun banyak kerja yang perlu dilakukan, bila nampak hasilnya kita tidak akan bersusah payah nanti. Hasil tuaian itu boleh ditukar dengan barangan lain di pasar. Semua yang ditukar itu mengikut keperluan. Apa yang paling penting mengekalkan ekosistem dan hiduplah dengan bahagia dengan orang yang kita sayang.
Begitulah budaya dan cara hidup yang diterapkan di dunia ini. Di sini duit tiada nilai, paling penting adalah kebahagian setiap pasangan. Konsepnya, makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Sangat menarik, banyak benda lagi aku perlu belajar dengan mertuaku, maklumlah pengalaman hidupnya adalah ratusan tahun dah. Aku perlu akur dan sentiasa bersedia belajar budaya alam ini.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular III
RomanceSambungan Isteriku Siluman Ular II. Kisah mistik percintaan antara dunia yang berbeza. Apakah yang berlaku di siri ketiga ini? Bersama kita hayati kisah percintaan yang unik dan mistik ini.