YowW

157 26 153
                                    


3 tahun yang lalu

Bermulalah kehidupan Highschool 9 orang jejaka (tak termasuk bomin), mungkin sesetengah orang fikir bila dah 17 tahun ni diorang rasa diorang dah besar. Tapi bagi 9 orang jejaka ni, ini adalah permulaan bagi kehidupan yang amat mencabar. 

Joochan POV 

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam Hanlim Multi Art School aku menarik nafas dalam-dalam sebab gugup gile. Yelah aku dah 17 tahun. Aku dah makin tua.

" Semua murid gred 1, anda diminta berkumpul di dewan utama, sila percepatkan langkah anda untuk ke dewan utama. " 

Setelah mendengar pengunguman tadi aku mempercepatkan langkah aku ke dewan utama tanpa aku sedar aku terlanggar seseorang. Aku pun terus memohon kemaafan kepada pelajar lelaki tersebut.

" Ah saya minta maaf, saya tak sengaja nak langgar awak. " kata aku sambil bow.

" Takpe saya okay je awak tak payah la sopan sangat, awak ni pun mesti budak gred 1 kan? " tanya pelajar tersebut.

" Haah, awak pun sama eh? " tanya aku dekat budak ni.

"Haah apa kata kita pergi sama-sama, nak tak? " balas pelajar tersebut. Ni mesti taktik nak dapat kawan tapi takpe lah dia ni baik jugak tapi sepet sikit.

" Boleh, apa salahnyakan. Nama awak sebenarnya siapa ye? " tanya aku dekat dia.

" Nama saya Donghyun. Awak? " balas budak yang bernama Donghyun tersebut.

" Saya Hong Joochan. " balas aku pendek. 

Kitorang pun sampai dewan utama. Sampai-sampai je kitorang disuruh mendaftar dan kebetulan aku ternampak kawan lama aku yang mulut kecoh tu, alah tahu-tahu jelah siapa. Jangjun. Ye, betul, Lee Jangjun. Sebaik sahaja dia nampak aku dia mulalah terlompat-lompat sambil melambai-lambai tangan dia. Macam apatah aku tengok dia ni.

" Joochan! Joochan! Ni aku la Jangjun. Kau ingat tak? " jerit si Jangjun. Malu aku nak ngaku kawan. 

" Joochan tu kawan awak ke? " kata Donghyun.

Ingatkan nak buat-buat tak tahu, tapi si budak Donghyun ni pergi tunjuk-tunjuk si Jangjun tu.

" Ha haah kawan saya. Tak payah lah guna 'saya awak' , awkward la. Cakap je 'kau aku'. " balas aku sambil garu-garu kepala aku yang tak gatal.

" Ouh okay. " balas Donghyun.

Aku pun pergi ke arah Jangjun yang tak jauh dari kitorang. 

" Joochan ahhhh... Lama tak jumpa kau bhaii.. Aku rindu siut kau. " kata Jangjun sambil memeluk-meluk dan mencium-cium aku. Aku pun paksa dia lepaskan aku sebab ramai orang tengah tengok kot. Malu aku. Macam biasalah ada je makcik pakcik bawang yang berbisik-bisik.

" Eiii, korang ni gay ke? " tanya Donghyun. Okay dia dah macam selesa sikit dengan aku.

" Eii memang tak la, dia ni je suka dekat budak sekolah lama kitorang, sapa nama dia Jang apetah nama dia tu, aku pun dah tak ingat. " kata Jangjun yang hampir mengkantoikan ex-crush aku.

" Aku dah tak minat kat budak tu la dia dah ada namchin. Aku dah delete dia dari hidup aku. Nasib baik dia sekolah dekat SOPA. " aku dah move on okay readers, nasib mak aku masukkan aku dekat Hanlim kalau tak menangis la aku tak dapat jumpa dengan si Jangjun ni.

" Eleh kau Joochan, kau sebenarnya tipukan kau still tak move on lagi kan? " kata Jangjun lagi. Haish si mamat ni memang suka la kacau orang. Memang bikin panas betul.

" KAU NI EN. AKU DAH MOVE ON KAN. " marah aku dekat si Jangjun.

" Wui sabar sabar. " kata Donghyun sambil usap-usap belakang aku.

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐎𝐍 𝐘𝐎𝐔 ! | 𝐆𝐎𝐋𝐃𝐄𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐋𝐃 𝐀𝐅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang