Di Perpustakaan
" Daeyeol kau bawak tak buku nota untuk tulis nota? " tanya Joochan.
" Bawak, kenapa kau tak bawak ke? " tanya Daeyeol kepada Joochan pula.
" Tak, aku tak bawak aa.. Macam mana ni? " kata Joochan.
" Masa kita datang tadi aku nampak kedai buku, kau pergi la tengok kat sana ada ke tak. " kata Daeyeol.
" Ha okay la aku pergi beli kejap kau cakap Jaehyun tau aku pergi beli buku. " pesan Joochan.
" Okay. " jawab Daeyeol.
Joochan pun terus pergi ke kedai buku yang terletak berdekatan dengan perpustakaan.
»»————- ♡ ————-««
" Rin kau dah nak bayar ke? " tanya Yeora.
" Belum aku tengah cari buku rujukan Fizik ni. " balas Haerin.
" Ouh okay kalau macam tu aku nak pergi ambik pen untuk nota aku nanti. " kata Yeora kepada Haerin.
Haerin melihat buku yang ingin dibelinya, hanya sebuah buku sahaja, tiba-tiba ada seorang pelajar menegurnya.
" Wei aku nak buku tu boleh tak? " kata seorang pelajar yang bernama Haeyong.
" Maaf tapi saya yang dapat dulu. " kata Haerin.
" Aku boleh belanja buku rujukan yang lain untuk kau kalau kau bagi buku tu dekat aku. Nak ambik banyak-banyak buku pun aku tak kesah. " kata Haeyong.
" Maaf tapi aku perlukan buku ni and jangan gunakan duit untuk dapat apa yang kau nak sebab tak semua boleh dibeli dengan duit. " kata Haerin sambil beredar dari situ.
" Wah biadap betul eh perempuan tu. " kata Haeyong kepada kawan-kawannya.
»»————- ♡ ————-««
Joochan pun mencari kedai buku yang dikatakan oleh Daeyeol.
" Mana kedai bukunya tak jumpa pun. " kata Joochan kebingungan.
Joochan pun meng'google' kedai buku yang berdekatan. Dia melihat diseberang jalan dan terlihat sebuah kedai buku yang bernama kedai buku 'FEMES'.
" Apalah kau ni Joochan bukan main besar lagi papannya tulis kedai buku tu pun buta, nak nak pulak kedai bukunya warna merah. " kata Joochan kepada dirinya.
Joochan pun pergi ke seberang jalan dan memasuki kedai buku FEMES.
" Tumpang tanya mana saya boleh cari buku nota? " tanya Joochan kepada cashier.
" Muka hensem tapi malas. Ada papan tandakan baca la sendiri. " kata cashier tersebut.
" Kalau aku cakap aku ada dyslexia nak cakap ape? " tanya Joochan.
" Ada dyslexia ke? Ala kesiannya. " kata cashier tersebut.
" Cethon betul. Nasib aku baik kalau tak dah lama aku tampar muka kau. " kata Joochan kepada cashier tersebut lalu pergi ke bahagian stationery.
Dia memilih buku nota dan ingin beredar, tiba-tiba seorang gadis terjatuh dan menyepahkan pen-pen yang berada di rak. Joochan pun terus mendapatkan gadis tersebut.
YOU ARE READING
𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐎𝐍 𝐘𝐎𝐔 ! | 𝐆𝐎𝐋𝐃𝐄𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐋𝐃 𝐀𝐅
Fanfiction[Closed] Macam mana nak jadikan crush tu yeochin? Perlu ke suruh dia berlakon jadi yeochin? Or rapat dengan dia? Ke bagi dia hadiah secara rahsia dengan ayat-ayat sweet? Kalau berkawan dengan abang dia, okay tak? Entah la. Kisah 10 orang jejaka dal...