Jangjun menunggu Chaeyoung di hadapan pagar sekolah kerana mereka berdua telah menyertai kelab bola tampar bersama-sama.
" Chaeyoung! Chaeyoung! " jerit Jangjun.
Chaeyoung pun berlari anak ke arah Jangjun.
" Awak balik rumah ke? " tanya Jangjun.
" Haah, awak ni lupa ke yang saya baru je masuk tadi. Mana la saya tahu petang ni ada latihan. " kata Chaeyoung.
" Ouh haah la, lupa pulak. Dah la jom pergi kiosk sekolah beli something untuk alas perut dulu. Bukan apa takut takde energy je nanti. " kata Jangjun. Padahal energy dia tahap maksimum.
" Okay. " balas Chaeyoung pendek sahaja.
Mereka pun menuju ke kiosk sekolah. Tiba-tiba mereka terserempak dengan Jibeom dan Donghyun. Jibeom buat muka 'ha.. crush eh?' ala macam member-member korang pernah buat la dekat korang bila terserempak dengan korang dan crush tersayang, ecehh.
" Pahal? Nak gaduh ke? Bantai kau satgi tau la. " kata Jangjun kepada Jibeom.
" Amboi, me-ghela na. " kata Jibeom kepada Jangjun.
" Ape seyyot? Kitorang kawan jelah. " kata Jangjun kepada Jibeom.
" Yelah tu. Macam la boleh percaya. " kata Donghyun pula.
" Betul la, tak percaya sudah nama mu dollah. " kata Jangjun.
" Ya ya ya dah basi dah lawak tu, cuba lagi ye di lain hari, babai. " kata Jibeom sambil melangkah pergi.
" Sumpah biadap budak-budak ni. Dah la jom Chaeyoung. " kata Jangjun apabila kata-katanya tidak diendahkan oleh mereka berdua.
" Bestnya ada kawan macam tu. " kata Chaeyoung.
" Best? Srsla ni, Chaeyoung? " tanya Jangjun.
" Bukan apa diorang tu lawak la, seronoknya la ada kawan. Awak kena bersyukur tau yang awak ada kawan. " kata Chaeyoung lalu melangkah ke kiosk sekolah. Jangjun pula masih lagi menghadam ayat tersebut.
" Eh, Chaeyoung tunggu la. " kata Jangjun sambil mengejar Chaeyoung yang sudah jauh di hadapan.
»»————- ♡ ————-««
Di dewan badminton sekolah
" Weyh Donghyun kau tak rasa ke yang Chaeyoung dengan Jangjun tu macam.. " kata Jibeom dengan ragu-ragu.
" Macam? " tanya Donghyun.
" Macam semacam. Tak la bukan bukan, diorang macam emm secocok giteww. " kata Jibeom.
" Sikit la. " kata Donghyun. Ni jenis tak support member ni.
" Hmm kau ni tak sokong aku pulak eh. " kata Jibeom.
" Yelah secocok la jugak. " kata Donghyun.
" Pelajar-pelajar harini saya nak kamu panaskan badan lepas tu saya nak awak practice servis bulu tangkis ni dulu eh, saya ada urusan sikit, Dongheon, kamu tengok-tengokkan semua pelajar ye. " kata En. Kwon kepada ketua kelab badminton Dongheon.
" Waw, senior Dongheon la. " kata Jibeom dengan teruja.
" Dia ke senior Dongheon yang debut dengan kumpulan BIRIBERI tu? " tanya Donghyun.
" Haah lagu baru diorang best woo. " kata Jibeom sambil menunjukkan isyarat bagus.
" Ye tho ye tho. " kata Donghyun.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐎𝐍 𝐘𝐎𝐔 ! | 𝐆𝐎𝐋𝐃𝐄𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐋𝐃 𝐀𝐅
Fanfic[Closed] Macam mana nak jadikan crush tu yeochin? Perlu ke suruh dia berlakon jadi yeochin? Or rapat dengan dia? Ke bagi dia hadiah secara rahsia dengan ayat-ayat sweet? Kalau berkawan dengan abang dia, okay tak? Entah la. Kisah 10 orang jejaka dal...