Golcha masing-masing berkumpul di stesen kereta api untuk ke hospital bersama-sama. Setelah cukup sahaja ahli mereka pun menaiki bas untuk ke hospital di mana Donghyun ditahan untuk pemerhatian rapi oleh doktor-doktor.
" Weyh, korang tak bawak buah tangan ke? " tanya Jibeom.
" Tak tho, kena ke? " tanya Daeyeol.
" Kenalah bawak, dia kan sakit so kita kenalah gembirakan hati dia untuk buat dia rasa lebih baik. " kata Y.
" Kau ah ni Daeyeol, tadi je aku kena marah dengan omma aku sebab omma kau wacep dia cakap kau tak bawak buah tangan and diorang meragui kita tau sekarang ni. " kata Jibeom.
" Lah yeke? Haduh aku manalah tau nak bawak apa untuk Donghyun. " kata Daeyeol.
" Korang ni bengap sangat kenapa? Bawak jelah buah ke bunga ke apa ke. Takkan tu pun nak kena ajar kot haduhh.. Kalau tak tahu sangat google jelah bukannya susah pun. " kata Jangjun.
" Entah ko. " sokong Joochan.
" Takpe ah nanti aku belanja kau beli something sebelum pergi hospital. " kata Jaehyun.
" Thank you weyh, nanti aku bayar balik eh. " kata Jibeom.
" Nanti aku pun bayar balik tau. Terima kasih Jaehyun aye. " kata Daeyeol.
" Tak payah la ganti, susah-susah je. Lagi pun kitakan member. " kata Jaehyun.
" Aww so sweet of you, dear. " kata Daeyeol.
" Gomawo saranghae ! " balas Jibeom.
" Haish, janganlah nak bersweet-sweet pulak, geli aku. " kata Jaehyun.
Seungmin dari tadi masih lagi memikirkan Jungmin. Dia berasa sungguh pelik dengan sikap Jungmin yang agak dingin dengannya. Bukan apa tiba-tiba sahaja dia dimarahi Jungmin tanpa sebab. Dia hanya bertanya sahaja. Tiada salah yang dia lakukan kepada Jungmin seingatnya.
" Seungmin kau okay ke tak ni? " tanya TAG.
" Okay je. " balas Seungmin.
" Kau tak okaykan sebenarnya? Cakap jelah dekat aku apa masalah dan persoalan yang berlegar-legar di fikiran kau, aku kan ada. " kata TAG.
" Sebenarnyakan, tadi aku tanya dekat Jungmin apa yang Yeoreum suka sebab si Jibeom nak bagi hadiah dekat dia. Lepastu Jungmin cakap dengan nada kasar. So aku terkecik hati la sikit. Yelah apa salah yang aku dah buat dekat dia sampai aku kena marah pulak. Tu yang aku asyik termenung tu. " kata Seungmin.
" Entahlah tapikan dia memang pelik sikit. Dahlah suka gelak tiba-tiba. " kata TAG.
" Kau rasa salah ke aku tanya dekat dia macam tu? " tanya Seungmin untuk mendapatkan pandangan TAG.
" Tak dan ya. Tak sebab yelah kau tanya je. Ya sebab mungkin ramai lelaki yang dah tanya soalan tu dekat dia. Yelah Yeoreum tu kan ramai peminat tapi aku peliknya budak perempuan sekolah kita banyak yang tak suka dia. " kata TAG.
" Entah la aku pelik betullah dengan perempuan ni, sukar difahami. " kata Seungmin.
" Betullah tu. Diorang ni kadang okay, kadang tak. Aku perhati je si Chaerin kalau mood dia okay, okay lah dia tu. Kalau mood dia tak okay, hmm aku yang tak buat pape pun kena marah weyh. Pernah sekali tu dia pukul tangan aku sebab dia lupa nak beli gula-gula. Gula-gula weyh gula-gula je. So kau biar jelah Jungmin tu dulu. Jangan risau dia mesti akan okay punyalah. " kata TAG.
" Terima kasih weyh selalu ada di sisi aku dari dulu sampai sekarang. Kau memang sentiasa menjadi penyelesai masalah aku. " kata Seungmin kepada TAG.
YOU ARE READING
𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐎𝐍 𝐘𝐎𝐔 ! | 𝐆𝐎𝐋𝐃𝐄𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐋𝐃 𝐀𝐅
Fanfiction[Closed] Macam mana nak jadikan crush tu yeochin? Perlu ke suruh dia berlakon jadi yeochin? Or rapat dengan dia? Ke bagi dia hadiah secara rahsia dengan ayat-ayat sweet? Kalau berkawan dengan abang dia, okay tak? Entah la. Kisah 10 orang jejaka dal...