" Woi Daeyeol! " jerit Jangjun setelah melihat Daeyeol berjalan sendirian. Biasa la alone.
" Kau ni Jangjun tak penat ke menjerit hari-hari. " kata Daeyeol.
" Tak pun. " kata Jangjun.
" Hish budak ni, aku harap satu hari nanti kau sakit tekak tak boleh bercakap seharian. " kata Daeyeol kepada Jangjun.
" Hish dia ni, weyh nanti kau nak masuk acara apa masa sukan tahunan nanti? " tanya Jangjun.
" Entah la tak masuk pape kot, bukan apa aku malas la. Lagi pun kan aku ni bukannya atlet pun. " kata Daeyeol.
" Kalau macam tu kau masuk jelah kumpulan penyorak, tak gentlemen langsung. Macam Aliff Syukri. Lembut-lembut gituw. " kata Jangjun kepada Daeyeol.
" Ada gue kesah? Baik gue jaga kulit gue. " kata Daeyeol.
" Gubluks. " kata Jangjun kepada Daeyeol.
Daeyeol pun menjelirkan lidah. Mereka pun ke kelas mereka. Jangjun menyapa Chaeyoung yang sudah berada di kelas.
" Annyeong Chaeyoung! " kata Jangjun separa jerit. Macam biasa la Jangjun.
" Annyeong, Jangjunssi " kata Chaeyoung.
Jangjun pun meletakkan begnya dan pergi ke kelas sebelah iaitu kelas Daeyeol.
" Yoww Joochan, kau dah makan ke belum? Kalau belum boleh la aku belanja kau makan pagi ni. " tanya Jangjun.
" Dia dah makan dah weyh, Yeora letak biskut tiger dengan susu starwberi atas meja dia dengan siap bersticky note lagi tau. " kata Seungmin yang berada di hadapan Joochan.
" Wah biskut Jibeom eh. Jap Yeora, Yeora mana ni? Yeora budak kelas aku tu ke? " tanya Jangjun.
" Haah, Yeora budak kelas kau. Kau tahu tak Joochan, ka.. " belum sempat Daeyeol berkata-kata Joochan sudah memotong cakapnya.
" Tak tahu. " kata Joochan.
" Kau ni aku tak habis cakap lagi. Kau tahu tak kalau perempuan bagi something kat kau enn maknanya dia suka kat kau. " kata Daeyeol.
" Yelah tu kau. Jangan nak mengarut sangat eh. " kata Y yang baru sahaja sampai ke sekolah.
" Tak baik la menyampuk kau ni pun. " kata Daeyeol.
" Mostly kalau orang bagi something tu kan dia nak tunjukkan feeling dia, mungkin la dia nak tunjukkan yang dia perihatin dengan kau? Aku cakap mungkin eh, mungkin. " kata Seungmin.
" Tapi takkan la sebabkan aku baru je kenal dia semalam takkan la dia boleh suka aku secepat itu. " kata Joochan.
" Boleh jadi jugak, kau tahu apa kalau si dia tu jatuh cinta pandang pertama ke apa. " kata Daeyeol.
" Haah boleh jadi gak. " sokong Y.
" Dah la mengarut jelah korang ni. " kata Joochan.
" Jangjun mana si Jibeom tu bukan ke dia selalu datang awal. " tanya Seungmin.
" Entah, dia dengan Jaehyun pergi kiosk sekolah kot. Jom la pergi sana mana tahu diorang ada dekat sana. " kata Jangjun.
" Awal pulak si Jaehyun tu datang sekolah. " kata Y.
" Entah la dia tu, dah la cepat la. " kata Daeyeol.
" Jap nak pesan something kat TAG mana tahu nanti bila dia datang tengok kita semua takde nangis pulak dia tu nanti. " kata Seungmin lalu menulis sesuatu di atas sticky note.
YOU ARE READING
𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐎𝐍 𝐘𝐎𝐔 ! | 𝐆𝐎𝐋𝐃𝐄𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐋𝐃 𝐀𝐅
Fanfiction[Closed] Macam mana nak jadikan crush tu yeochin? Perlu ke suruh dia berlakon jadi yeochin? Or rapat dengan dia? Ke bagi dia hadiah secara rahsia dengan ayat-ayat sweet? Kalau berkawan dengan abang dia, okay tak? Entah la. Kisah 10 orang jejaka dal...