MEMES ALLERT!
Shin Ah pun memilih tempat yang berdekatan dengan tingkap. Dia sengaja memilih tempat itu supaya terkena sunkiss. Dia lebih tenang melihat suasana petang dari tingkat 2 perpustakaan itu. Dia terlihat seorang pelajar lelaki tengah scroll phone Samsung Galaxy Z Flip di hadapannya tidak jauh darinya, selang dua meja darinya sahaja. Dia pernah nampak pelajar lelaki tersebut di sekolah kerana pelajar lelaki tersebut salah seorang ahli golden child yang femes di sekolahnya.
" Dia bukan ke kawan Jaehyun, Jibeom, Donghyun dengan Jangjun? Kenapa dia sorang-sorang je? " omel Shin Ah sendiri.
Kemudian dia terlihat Jaehyun dan Haerin berjalan bersama ke arah pelajar lelaki yang duduk di hadapannya tadi. Dia mula terasa hairan mengapa Haerin dan Jaehyun bersama. Bukankah Haerin tidak menyukai perangai Jaehyun yang kuat menyakatnya di dalam kelas? Mengapa mereka bersama? Lebih menambahkan kehairannya apabila terlihat Yeora bersama salah seorang pelajar lelaki yang digelar golden child.
»»————- ♡ ————-««
Joochan dan Yeora pergi ke arah Daeyeol, Jaehyun dan Haerin.
" Woi Rin kau pahal duduk dengan Jaehyun pulak ni? Kenapa dah terfall in love ke? " kata Yeora sambil memukul bahu Haerin.
" Kan betul saya cakap tadi mesti Haerin akan tersuka Jaehyun ni. " kata Joochan sambil tergelak kecil.
" Mana ada la, kitorang ni berlakon jadi couple je. Bukan ape ada ex si Jaehyun ni takleh move on, lepastu kacau-kacau dia. " kata Haerin.
" Iyeke tak percaya la aku sebabkan setahu aku kau biasanya tak kesah dan malas ambik port masalah orang. " kata Yeora.
" Takdela aku tolong si Jaehyun sebab perempuan yang kacau dia tu cari pasal dengan aku tadi dekat kedai buku. Perempuan tu siap panggil aku biadap lagi tau. Dia yang biadap dengan aku dulu, so aku pun layan la dia dengan biadap. " kata Haerin.
" Iyelah Haerin. Dah pergi la duduk sebelah Bong Jaehyun favourite kau tu. " kata Yeora.
" Ei tak nak la, kau la duduk situ. " kata Haerin.
" Takde-takde bla, pergi duduk sebelah mamat Bong tu. " kata Yeora sambil menarik tangan Haerin dia pun merampas tempat duduk Haerin.
" Jahat la kau ni sama macam si Bong Jae ni. " kata Haerin lalu mengambil tempat di hujung dan sebelahnya pula Jaehyun. Joochan pula mengambil tempat duduk disebelah Jaehyun. Yeora pula duduk di hadapan Joochan.
Sebaik sahaja Yeora duduk dia terlihat Shin Ah yang sedang membaca buku. Dia pun memanggil Shin Ah untuk duduk bersama mereka berlima.
" Shin Ah! Sini la join kitorang. " kata Yeora dengan perlahan kerana mereka berada di perpustakaan, kalau bukan perpustakaan ni dah lama dia jerit macam tarzan.
Shin Ah pun membalas dengan gelengan. Dia takut kehadirannya akan membuatkan mereka berlima tidak selesa.
" Ala sini jelah, kau ni pun Kino takdenya nak marah kau pun kalau kau duduk dengan diorang ni. " kata Yeora.
" Bila masa pulak aku dengan Kino bercinta pulak ni? " tanya Shin Ah.
" Sini jelah! " kata Yeora dengan nada yang tegas.
Shin Ah pun terus mengemas barangnya dan menuju ke meja mereka berlima.
" Kenapa aku kena join pulak ni? " tanya Shin Ah.
" Join jelah banyak bunyi pulak dia ni. " kata Haerin.
Daeyeol pun berganjak ke tengah untuk memberikan tempat duduknya kepada Shin Ah. Shin Ah pun mengucapkan terima kasih kepada Daeyeol.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐎𝐍 𝐘𝐎𝐔 ! | 𝐆𝐎𝐋𝐃𝐄𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐋𝐃 𝐀𝐅
Fiksi Penggemar[Closed] Macam mana nak jadikan crush tu yeochin? Perlu ke suruh dia berlakon jadi yeochin? Or rapat dengan dia? Ke bagi dia hadiah secara rahsia dengan ayat-ayat sweet? Kalau berkawan dengan abang dia, okay tak? Entah la. Kisah 10 orang jejaka dal...
