Go tOgaTheR

51 11 43
                                    

Comel en budak dekat atas tu? Cuba teka tu siapa?


" Omma, Daedae dah balik ! " kata Daeyeol terus duduk di ruang tamu rumahnya. 

Daeyeol pelik kerana ommanya tidak menyahut seperti selalu. Dia pun memasuki bilik ommanya. Malangnya tiada sesiapa di dalam bilik itu. Dia pun terus ke biliknya dan terjun ke atas katilnya.

" Tik Tok dulu lah.. " kata Daeyeol.

Tiba-tiba dia disergah oleh ommanya yang muncul entah dari mana dia pun tak tahu.

" Omak kau meletup ! " latah Daeyeol.

" Daedae gi sine? " tanya Puan Lee dalam loghat Sarawak. 

" Omma ni terkejutlah Daedae. " kata Daeyeol.

" Beloya kinek tok. " kata Puan Lee.

" Daedae pegi hospital je. " balas Daeyeol.

" Aok ajak la. " kata Puan Lee.

" Betullah, suka la tak percaya Daedae. " kata Daeyeol.

" Sine bukti ? " tanya Puan Lee.

" Dah la omma tak yah la cakap Sarawak dah, penat la. Lagi pun readers tak faham pun. " kata Daeyeol kepada Puan Lee.

" Oh yeke readers tak faham eh? Ha okaylah cakap macam biasa jelah. " kata Puan Lee.

" Betul omma Daedae pergi hospital je. Kalau tak percaya sudah tanyalah omma Donghyun. " kata Daeyeol.

" Okay nanti omma call Puan Kim. Kamu tunggu jelah Daedae. " kata Puan Lee.

" Nanti omma jangan tercyduk pulak ye. " kata Daeyeol.

Ommanya pun keluar dari biliknya.

" Omma ni pun nak tuduh orang tu siasatlah dulu, ni tak main serang je. Dahla serang orang dengan loghat Sarawaknya. " kata Daeyeol lalu pergi ke bilik air untuk mandi. 


»»————- ♡ ————-««


" Omma, Jungmin nak luah something la dekat omma. " kata Jungmin lalu duduk di sebelah ommanya dan meletakkan kepalanya di atas bahu Puan Jeon.

" Nak luah pasal crush Jungmin lagi ke? " tanya Puan Jeon sambil mengusap kepala anak perempuannya.

" Tak tapi ada kena mengena dengan dia jugak la. Tadi kan Seungmin kan teman Jungmin masa rehat.. Dia siap belanja aiskrim lagi tau omma. " cerita Jungmin dengan gembiranya.

" Wah baiknya Seungmin tu, dia tahu ke kamu suka aiskrim? " tanya Puan Jeon.

" Entah lah tak kot. Tapi kan masa balik dia tiba-tiba je tanya pasal Yeoreum. Dia tanya Yeoreum suka apa sebab minggu depan birthday Yeoreum. Jungmin tahu Jungmin tak patut jealous dengan Yeoreum tapi Jungmin asyik-asyik dipergunakan untuk orang lain rapat dengan Yeoreum. Jungmin sedihlah Seungmin pun minat dekat Yeoreum. " luah Jungmin.

" Alah Jungmin janganlah fikir macam tu pulak. Omma tak rasa Seungmin minat dekat Yeoreum. Mana tahu dia anggap Yeoreum sebagai kawan je. Jangan cepat menilai seseorang hanya dengan satu peristiwa. " kata Puan Jeon.

" Tapi kan omma cara dia tanya tu macam dia betul-betul minat dekat Yeoreum. " kata Jungmin.

" Okay kalau betul dia minat dekat Yeoreum biar jelah, Jungmin jangan pulak marah dia sebab dia minat dekat Yeoreum. Lagi pun omma tak nak anak omma ni sedih sebab crush dia. " kata Puan Jeon.

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐎𝐍 𝐘𝐎𝐔 ! | 𝐆𝐎𝐋𝐃𝐄𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐋𝐃 𝐀𝐅Where stories live. Discover now