Haru menunggu Bomin yang sudah berjanji dengannya untuk study bersama.
" Mana si Bomin ni, lambat betullah. Dasar melayu. " kata Haru.
" Bomin is here~~~ " kata Bomin.
" Lambat la Bomin ni. " kata Haru.
" Alaa sabar sikit pun tak boleh ke? Sabar tu separuh daripada iman tau. " kata Bomin.
" Tapi tak baik tau buat orang tertunggu-tunggu. Kita ni kenalah amanah bila dah berjanji. " kata Haru.
" Iyelah, Bomin salah. " kata Bomin dengan nada merajuk.
" Tak payah nak merajuk sangatlah buruk tahu tak? Dah jom la study. " kata Haru.
" Harini kita nak study apa? " tanya Bomin.
" Kita study.. Eh kenapa mendung je ni? " tanya Haru.
" Dah nak hujanlah, alamak macam mana ni payung yang Bomin bawak tadi je Bomin bagi dekat si tiga serangkai tu. " kata Bomin.
" Saya pun tak bawak payung ni. Saya bawak baju hujan je. " kata Haru.
' Alaa baru nak dating dah hujan la pulak, kesian aku, huwaa.. ' kata Bomin dalam hatinya.
" Takpe la harini kita takyah la study, esok-esok jelah. Bukan apa kalau nak study dekat library takut hujan tak berhenti sampai petang pulak. Sebelum kita berdua basah kuyup baik kita balik. " kata Haru.
" Okay.. " kata Bomin dengan hampanya.
" Alaa nanti kita adjust-adjust la study date lagi, ceh takde la mana ada date kita study jelah. " kata Haru.
" Haru dah gerimis ni, baik kita cepat-cepat gerak. " kata Bomin lalu mengambil baju hujan Haru yang dipegangnya untuk membumbungi mereka berdua.
Dalam ketika Bomin sibuk membetulkan baju hujan yang membumbungi mereka, Haru berasa malu kerana ini kali pertama seorang lelaki berada dekat dengannya kurang satu meter. Kantoi ah tak patuh SOP.
Jantungnya berdegup dengan kelajuan maksimum apabila melihat wajah Bomin yang dekat dengannya. Nodus sinoatrium dan nodus atrioventrikelnya seakan-akan berfungsi dengan baik sekali. Tidak mungkin dia akan mati kerana jantung terhenti.
Hujan gerimis tadi kini bertambah lebat dari tadi. Ia membuatkan mereka ingin bergegas pulang ke rumah masing-masing.
" Awak ready eh, bila saya kira awak lari tau. " kata Bomin.
" Okay, lari je eh? " tanya Haru.
" Haah lari je. Okay 1, 2, 3, lari ! " kata Bomin.
" Lari ! " kata Haru serentak dengan Bomin.
Bomin hanya membiarkan Haru berlari sendirian. Apabila menyedari yang Bomin mengenakannya dia terus berpatah balik ke arah Bomin untuk mengelakkan dirinya dibasahi hujan lebat.
Secara tidak sengaja Haru kini berada dalam dakapan Bomin. Apa lagi makin malulah gadis itu. Dia pun menolak Bomin menjauhi dirinya dan menyebabkan baju hujan miliknya jatuh ke atas lantai. Kini mereka berdua dibasahi hujan yang semakin lama semakin lebat.
" Awak ni jahat la Bomin. " kata Haru.
" Alaa bukan selalu awak basah dengan cinta saya. Chia chia chia.. " usik Bomin.
" Awak ni sukalah mengarut. Habistu sekarang ni macam mana? " tanya Haru.
" Apa lagi, jom lah main hujan ! " kata Bomin dengan riangnya.
Bomin memijak lopak air dan terpercik ke arah Haru. Haru membuat muka tidak puas hatinya dan membalas kembali malangnya percikan itu kembali ke dirinya sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐎𝐍 𝐘𝐎𝐔 ! | 𝐆𝐎𝐋𝐃𝐄𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐋𝐃 𝐀𝐅
Fanfiction[Closed] Macam mana nak jadikan crush tu yeochin? Perlu ke suruh dia berlakon jadi yeochin? Or rapat dengan dia? Ke bagi dia hadiah secara rahsia dengan ayat-ayat sweet? Kalau berkawan dengan abang dia, okay tak? Entah la. Kisah 10 orang jejaka dal...