Tiba malam hari, Irsya masuk tidur dahulu kerana terlalu penat. Dia tidak menunggu Hazriq kerana suaminya sudah beritahu kepadanya dia takkan pulang ke rumah. Irsya tidur di tempat yang disuruh Hazriq.
Irsya masuk dan melihat terlalu banyak kotak yang berada di situ dan dia melihat bantal dan selimut yang diberikan oleh bibik². Irsya hanya tinggal sendirian kerana kesemua bibik sudah pulang.
Dia mula membuka kotak² itu untuk membuat alas tidur. Selepas selesai, dia mengambil selimut dan bantal untuk tidur. Di situ sangat panas kerana tiada kipas mahupun penghawa dingin.
Irsya dapat merasakan anak di dalam perutnya sudah mulai bergerak. "Sabar ye baby. Nanti mama bagi ape je yang baby nakkan." kata Irsya. Dia mengambil telefonnya dan mengunci jam pukul 6.
Dia tidur walaupun panas dan alasnya tidurnya keras. Keesokkan paginya, dia bangun setelah terdengar jam berbunyi. Dia bangun dan mengambil wuduk lalu bersolat. Selepas solat dia pergi ke dapur untuk memasak.
Dia tidak menunggu bibik² itu kerana Hazriq sudah memberikan mereka cuti bergaji selama sebulan. Hazriq tidak mahu bibik² itu membuka mulut tentang dia mendera Irsya. Irsya terdengar bunyi kereta Hazriq lalu bergegas membuka pintu.
Dia melihat seorang wanita memapah Hazriq keluar dari kereta. Mereka berdua sampai di hadapan pintu. "Baby tahu tak perempuan ni lah curang dengan I." kata Hazriq dengan gaya orang mabuk. "Ouh nilah perempuan yang mengandungkan anak haram tu." kata perempuan itu.
Air mata Irsya keluar setitik demi setitik. "Jom naik atas. I ngantuklah." kata Hazriq. Irsya memegang tangan Hazriq untuk memapahnya ke atas. Hazriq menampar pipi Irsya. "Tangan kau tu tak layak nak pegang akulah betina." kata Hazriq.
Perempuan itu tergelak kecil lalu memapah Hazriq masuk ke dalam bilik dan tidak keluar lagi. Irsya sudah mengagak apa yang mereka buat di dalam bilik itu. Dia masuk ke dalam bilik yang dia tidur semalam lalu menangis sepuasnya.
Apabila sudah lama dia berada di dalam bilik, dia keluar dari bilik itu dan terlihat Hazriq sudah duduk di meja makan dan sedang makan nasi yang di masak oleh Irsya. "Dah puas nangis?" tanya Hazriq tenang.
Irsya hanya mendiamkan diri kerana dia terlihat bekas bibir yang bewarna merah jambu berada di tengkuk Hazriq. Dia terperasan juga itu ialah warna gincu yang dipakai oleh perempuan semalam.
Irsya menahan air matanya daripada terkeluar. "Aku tanya ni. Dah puas ke nangis." kata Hazriq lalu mula berdiri. "Dah² puas." kata Irsya tergagap. Hazriq mula duduk kembali.
"Awak pun mesti puas berasamara dengan perempuan tu kan? Kalau awak betul nakkan perempuan tu, saya benarkan tapi awak kena ceraikan saye dulu. Saye tak sanggup hidup bermadu." kata Irsya.
Hazriq tersentak dengan ayat yang diberikan oleh Irsya. Kerana dia tahu Irsya bukannya perempuan yang sebegitu. "Kau nak aku ceraikan kau kan? Okey tapi kau kene tunggu lagi 5 hari. Then lepas aku ceraikan kau, aku akan kahwin dengan perempuan tu." kata Hazriq.
Jantung Irsya berdebar² apabila Hazriq mula mendekatinya. "Oopps lupa pulak nama dia bukan perempuan tapi nama dia lagi indah daripada nama kau. Kau nka tahu tak? Mestilah kau nak tahu kan? Okey nama dia Farah Nabila. Cantik kan?" kata Hazriq lalu masuk ke dalam biliknya untuk tidur.
Irsya menangis tetapi masih dapat dikawal.
Skip (3 hari kemudian)
Irsya terjaga apabila dia terasa kakinya disepak. Dia melihat Hazriq yang menyepak kakinya lalu bergegas bangun. "Asal kau tak bangun lagi. Aku ni dah lapar sangat ni." kata Hazriq. Irsya melihat jam dan sudah pukul 8.
Dia bergegas bangun lalu mandi dan bersiap, lalu dia masakkan makanan untuk Hazriq. Selepas siap, dia pergi untuk mengemas bilik. Hazriq berhenti makan lalu mengikuti Irsya dari belakang kerana dia tidak sedap hati.
Dia melihat Irsya mahu mengemas biliknya tetapi Irsya pengsan. Hazriq sempat menyambut Irsya dan meletakkan Irsya di atas katil. Hazriq menelefon seseorang.
Skip(selepas setengah jam)
Hazriq membuka pintu selepas seseorang memberi salam. "Asal kau lambat sangat." kata Hazriq. "Jalan jem." kata seorang doktor yang bernama Rizdwan. Rizdwan bekerja sebagai doktor dan kawan baik kepada Hazriq sejak sekolah menengah lagi.
Hazriq mengajak Rizdwan naik ke atasuntuk memeriksa Irsya. Selepas selesai memeriksa, Rizdwan keluar dari bilik bersama Hazriq. "Dia okey je. Nothing serious. Just penat. Tapi aku terperasan muka dia penuh lebam. Kau ade dera dia ke." kata Rizdwan.
"Jom turun bawah and aku akan ceritakan segalanya." kata Hazriq. Mereka duduk di sofa di hadapan televisyen. "Ha ceritalah." kata Rizdwan. "Yes memang aku yang dera dia." kata Hazriq.
"Kau dah gila ke. Dia tu perempuan dahlah mengandung. Kau ni dah Kenape." kata Rizdwan. "Issh kau dengar lah dulu." kata Hazriq. Rizdwan tenang kebali selepas memarahi Rizdwan.
Hazriq menceritakan tentang Irsya curang sehinggalah dia membawa perempuan datang ke rumah. "Aku tak rasa isteri kau yang buat semua tu. Aku kenal dia." kata Rizdwan. "Macam mane kau kenal die." kata Hazriq keliru.
"Aku pernah satu kolej dengan dia." kata Rizdwan. "Dia tak bagitahu ape² pun?" kata Hazriq. "Aku kenal dia pun sebab kita kena buat assignments sekali. Then lepas buat tu kitorang dah tak rapat dah."kata rizdwan.
"okey. " kata Hazriq. Hazriq menghantar Rizdwan hingga ke pintu lalu naik ke atas untuk menjenguk Irsya. Sejujurnya dia masih sayang terhadap Irsya kerana Irsya telah merawat hatinya.
Tetapi dia tak boleh menunjukkan sayangnya kepada Irsya kerana perbuatan Irsya telah membuatkan hatinya berdarah kembali. Telefon Hazriq berbunyi lalu dia mengangkatnya. "Hello Haz." kata Datin Marziah.
"Ye mummy." kata Hazriq. "Esok datang rumah ye. Mummy nak buat makan² sikit." kata Datin Marziah. "okey mama." kata Hazriq lalu dia menutup telefon.
Skip(keesokkan harinya.)
Hazriq dan Irsya tiba di rumah Daddy dan Mummy. Semasa di dalam kereta, "Kau ingat eehh. Jangan berani pun nak bgitahu dekat diorang yang aku pukul kau." kata Hazriq. "okey." kata Irsya dalam keadaan gagap.
Mereka keluar dari kereta. "Kau pakai makeup tak nak tutup lebam tu." kata Hazriq lalu memeluk Irsya kerana mummy dan mama sedang memandang mereka di pintu. "dah." kata Irsya. Hazriq dan Irsya menyalami tangan mummy dan mama.
Mereka masuk ke dalam rumah untuk melihat jamuan yang telah diadakan di rumah itu. Selepas Irsya makan, dia memberitahu bahawa dia mahu masuk ke dalam bilik untuk berehat. Mereka membiarkan sahaja kerana mereka tahu Irsya sangat penat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Done 1007 words. Please vote and comment. Happy reading😋😍
![](https://img.wattpad.com/cover/229494175-288-k352802.jpg)
YOU ARE READING
Psycho Husband💖
FantasyIrsya seorang yang masih mencari pekerjaan yang disukainya. CEO di tempat kerjanya pula berminat dengannya dan di sinilah bermulanya pengembaraan hidup dia. UNTUK CERITA YANG SELANJUTNYA, BACALAH CERITA INI. HAPPY READING Min baru...