"Hai. Lama tak jumpakan, perampas." kata Syira. "ooppss. Aku tak jumpalah mana perampas tu." kata Irsya. "Kau tu butala kot. Cuba cari betul²." kata Syira. Irsya mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu.
"Anyway. Baru aku perasan perut kau ni dah besar. Ni anak Hazriq ke anak haram?" kata Syira. Irsya menampar Syira. Orang yang berada di sekeliling hanya melihat dan merakam. Syira memegang pipinya.
"Kalau kau nak mengumpat aku pun, janganlah kata anak aku ni haram. Dia tak ade kena mengena pun dengan keadaan ni." kata Irsya. Seorang perempuan sedang membuat video live merakam babak itu.
Hazriq pov,
Hazriq melihat kejadian itu. "Kenape pulak bini aku gaduh dengan Syira ni." kata Hazriq. Hazriq mengambil kunci keretanya lalu menghidupkan kereta dan pergi ke shopping mall.
Author pov,
"Dasar perampas. Berani kau tampar muka aku." kata Syira lalu menolak Irsya jatuh. Darah mula keluar dari celah kangkang Irsya dek kerana tolakkan yang kuat. Irsya mula menangis kerana sangat sakit.
Hazriq tiba di situ dan melihat Hazreen sedang menenangkan Irsya. Hazriq berlari dan melihat darah di celah kangkang Irsya. Hazriq mengangkat Irsya dan membawanya pergi ke kereta.
Hazreen mengambil beg tangan Irsya dan ikut di belakang Hazriq. Hazriq memandu dan Hazreen meletakkan kepala Irsya diribanya. Hazriq membawa Irsya ke hospital.
Skip
Hazriq dan Hazreen menunggu di hadapan bilik ICU. Hazriq tidak menelefon ahli keluarga mereka kerana tidak mahu mereka bimbang. Hazreen mula duduk di atas kerusi. Hazriq pula hanya ke hulu ke hilir di hadapan bilik itu.
Akhirnya seorang doktor india keluar. Hazriq dan Hazreen pergi berdekatan doktor itu. "Puan Irsya okey. Dia sempat dibawa ke hospital sebelum darahnya mula keluar dengan banyak. Cuma biarkan dia berehat dahulu." kata Doktor India itu.
Hazriq berkata 'Alhamdulillah' selepas doktor itu pergi. Hazriq dan Hazreen pergi ke depan bilik Irsya. Hazriq membuka sedikit pintu itu dan melihat Irsya masih tidur. Hazreen menghalang Hazriq dari masuk ke dalam.
"Macam mane Sya boleh berdarah macam tu." kata Hazriq. "Syira tulah. Dia cakap anak dalam perut Sya tu, anak haram dan bukan anak abang." kata Hazreen. "Makin lama makin melampau Syira ni." kata Hazriq.
Hazriq menarik tangan Hazreen. "Abang nak pergi mane ni. Lepasla bang sakit tahu tak." kata Hazreen. "Kita pergi rumah Syira." kata Hazriq. Hazriq melepaskan genggaman dan menyuruh Hazreen mengikutinya.
Mereka sampai di rumah Syira. "Assalamualaikum." Hazriq memberi salam sambil mengetuk pintu rumah itu. Seorang wanita pertengahan usia menjawab salam dan membuka pintu.
"Ouh Haz. Haz datang ni kenape. Masuklah dulu." kata Datin Siti. "Tak apelah Makcik. Kami cuma nak cari Syira." kata Hazreen lembut. "Syira tak ade. Dia keluar dengan kawan dia tadi." kata Datin Siti.
"Makcik tahu tak anak Makcik tu hampir bunuh anak dengan bini saya." kata Hazriq geram. "Astaghfirullah. Makcik tak tahu menahu pulak pasal ni. Macam mana dengan isteri kamu." kata Datin Siti.
"Dia okey tapi saye nak bagi warning dekat anak makcik ye. Kalau dia kacau isteri saye lagi, siaplah die." kata Hazriq. Hazriq dan Hazreen pergi meninggalkan Datin Siti yang masih keliru.
Hazriq sampai di hospital selepas menghantar Hazreen ke rumahnya. Hazriq membuka pintu perlahan² supaya tidak mengganggu Irsya. Hazriq terkejut melihat Irsya sudah bangun dan sedang makan.
"Sayang makan ape tu." kata Hazriq. "Sayang makan nasi goreng kampung." kata Irsya. "Sape yang buat tu." kata Hazriq. Tiba² Puan Syarifah keluar dari tandas. "Ouh Haz. Bila datang." kata Puan Syarifah.
"Baru je. Ni mama yang bawak ke." kata Hazriq. "Ye. Irsya telefon mama kata dia teringin nak makan nasi goreng kampung yang mama buat. Lepastu dia bagitahu yang dia duduk hospital. Mama terkejutlah." kata Puan Syarifah.
"Haz mintak maaf sebab tak jaga Irsya elok². Haz tak tahu pulak boleh jadi macam ni." kata Hazriq. "Tak pe. Mama faham dan Irsya dah ceritakan semua dekat mama. Lepasni jaga Irsya elok²." kata Puan Syarifah.
"Errrmm mama, sya nak makan ni. Janganlah sedih² nanti sya tak lalu nak makan pulak." kata Irsya. Hazriq duduk di sebelah Irsya dan mengambil nasi goreng itu lalu menyuapkan kepada mulut Irsya.
Irsya makan dengan berselera. Puan Syarifah tersenyum gembira.
Skip
Selepas 6 hari berada di situ, Irsya keluar. Irsya hanya berbaring di atas katil selepas pulang. Hazriq menyuruh Hazreen mengambil cuti untuk menjaga Irsya. Hazriq pula bekerja untuk mencari nafkah.
"Reen. Aku tak menyusahkan kau ke." kata Irsya. "Menyusahkan apenye. Kau tu kak ipar aku. So aku kenelah jaga kau." kata Hazreen. "Thanks sebab kau sanggup ambik cuti then jaga aku." kata Irsya.
"So kay. Kau nak mengidam ape ape tak. Aku boleh belikan." kata Hazreen. "Takpelah." kata Irsya pendek. Hazreen pergi ke dapur untuk mengambil air suam dan naik ke atas untuk memberikan Irsya air dan ubat.
Irsya makan ubat dan tidur. Hazreen turun ke bawah. Dia membuka tv dan duduk di sofa berdekatan. Hazriq pulang ke rumah. Dia melihat Hazreen sedang menonton Running Man dengan khusyuk.
Hazriq pergi berdekatan Hazreen dan menyentuh bahunya. Hazreen terkejut. "Issh abang ni terkejut Reen." kata Hazreen. "Sya mana." kata Hazriq. "Tidur dekat atas lepas makan ubat tadi." kata Hazreen.
"Abang naik atas dulu. Nak jenguk Sya lepastu nak mandi." kata Hazriq. "Tak tanya pun." kata Hazreen. Hazriq tidak menghiraukan Hazreen dan terus naik ke atas. Dia membuka pintu perlahan².
Dia masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Dia jalan perlahan² dan duduk di atas katil. Muka Irsya ditatap lama. Tiba² Irsya terbangun dan melihat Hazriq sedang menatapnya.
"Biy nak ape² ke." kata Irsya. "Nothing. Cuma tengok sayang comel sangat harini." kata Hazriq. "Biaselah. Isteri siapa?" kata Irsya lalu tergelak kecil. Hazriq tersenyum nipis. "Biy nak mandi kejap." kata Hazriq.
"Ok." balas Irsya pendek. Hazriq mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air. Irsya tidur kembali kerana terlalu mengantuk.
Skip
Hazriq keluar dari bilik air dan menuju ke bilik persalinan. Selepas siap semua, dia keluar dan tidur di sebelah isterinya. Dia menatap muka Irsya sekali lagi dan tidur dengan nyenyak.
Keesokan harinya, Irsya, Hazriq dan Hazreen bersarapan. Hazriq mula bersuara untuk memecahkan kesunyian. "Biy tak ade tau dalam seminggu ni. Biy outstation dekat Korea." kata Hazriq.
"Lamanya. Nanti takut sayang rindu." kata Irsya. "Issh korang ni kalau nak bersweet pun janganla depan aku. Meluat pulak aku tengok." kata Hazreen. "Biasalah. Kitorangkan dah kahwin." kata Irsya.
"Ha. Kau tolong jagakan Sya mase abang tak ade nanti tau." kata Hazriq. "Okey boss." kata Hazreen. Mereka makan dengan berselera.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Done 1037 words. Please vote. Sorry tak best. Hope enjoy dengan story ni. 😋😊
![](https://img.wattpad.com/cover/229494175-288-k352802.jpg)
YOU ARE READING
Psycho Husband💖
FantasíaIrsya seorang yang masih mencari pekerjaan yang disukainya. CEO di tempat kerjanya pula berminat dengannya dan di sinilah bermulanya pengembaraan hidup dia. UNTUK CERITA YANG SELANJUTNYA, BACALAH CERITA INI. HAPPY READING Min baru...