"Kenape kau tiba² tanya ni." kata Qayyum. "Aku gaduh dengan Sya. Celake mane tah yang hantar gambar ni dekat aku." kata Hazriq. "Ooo. Tapi memang betulla tu aku. Aku tak tipu." kata Qayyum.
Selepas berborak, Hazriq dan Qayyum pulang ke rumah masing². Hazriq masuk ke dalam rumah dan pergi ke bilik tetamu dimana tempat Irsya duduki. Terbit rasa bersalah di dalam hati Hazriq selepas menuduh Irsya.
Dia membuka pintu dan melihat Irsya tidur di atas katil dengan kesan lebam di mukanya. Dia membiarkan Irsya tidur kerana dia tahu Irsya masih 'sakit'. Tiba di malam hari pula Hazriq memasak untuk isteri tercinta.
Irsya bangun apabila dia terbau akan sesuatau yang wangi. Dia turun dan lihat Hazriq sedang masak sesuatu di dapur. "Sayang dah bangun?" kata Hazriq. "Taklah. Tengah tidur." kata Irsya. Hazriq tersenyum mendengar kata² isterinya.
Irsya memeluk Hazriq dari belakang. "Biyy. Sayang mintak maaf tau sebab merajuk dengan biy. And sebab tak bagitahu biy yang sayang keluar dengan abang Qayyum." kata Irsya. "Biy dah lama maafkan sayang. Janji sayang tak keluar dengan lelaki lain." kata Hazriq.
Irsya tersenyum manis. "Biy nak sayang tolong ape² tak." kata Irsya. "Tolong panggilkan Hazreen tu. Dia tu bukannya pandai masak. Kerja dia makan makanan segera je." kata Hazriq. Irsya keluar dan memanggil Hazreen.
Selepas 5 minit, Irsya muncul bersama dengan Hazreen. Mereka menjamah makanan itu. "Reen nak. Start kerja bila. Reen kan ambil cuti." kata Hazriq. "lagi dua hari." kata Hazreen.
SKIP
"Bang. Jomler pergi rumah Sya. Rindu dah ni." kata Puan Syarifah. "Nantila." kata Encik Syahid. "Ifah nak harini jugak." kata Puan Syarifah. "Yerlah. Lepas Maghrib kita pergi." kata Encik Syahid.
Selepas maghrib mereka bergerak ke rumah Irsya dan Hazriq. Mereka tiba di situ dan memberi salam. "Waalaikumsalam." kata Irsya. Irsya membuka pintu dan menjerit kuat. "Mama. Lama tak jumpa mama." kata Irsya.
"Tak nak jemput mama masuk ke." kata Puan Syarifah. "Hhmm jomlah masuk mama, papa. Hazreen pun ade dekat dalam tu. Hazriq tengah mandi. Jap lagi dia turun." kata Irsya. "Hhmm yerlah." kata Encik Syahid.
Hazriq turun dan menyalami tangan Encik Syahid dan Puan Syarifah. Hazriq duduk di sebelah Irsya. "Sya tak jenguk mama pun. Mama jugak yang kena jenguk Sya." kata Puan Syarifah memerli.
"Abang Hazriq sibuk. Jadi sya tak sempat nak pergi rumah mama. Nanti bila cuti ni Sya pergi." kata Irsya. Irsya memegang mulutnya dan pergi ke bilik air. Hazriq berlari mengikuti Irsya dari belakang.
"Sayang okey tak ni." kata Hazriq. "Okey. Cuma rasa loya tekak la pulak." kata Irsya. "Sayang rehat dulu. Nanti biy suruh Reen bawak Sya masuk bilik." kata Hazriq. "Reen hantar Sya masuk bilik." kata Hazriq.
"Okey bang." kata Hazreen. Dia pergi mendapatkan Irsya dan membawanya pergi ke dalam bilik. "Kau sakit ke. Ke ade anak buah aku dalam ni." kata Hazreen sebaik tiba di bilik. Irsya berbaring.
"Isshh kau ni. Lambat lagi lah." kata Irsya. "Tapi kalau betul, kau nak gugurkan ke." kata Hazreen. "Kau ni aku bukannya jahat sangat sampai macam tu." kata Irsya. "Esok kau check dengan aku." kata Hazreen.
"Okey." kata Irsya. Keesokkan harinya. "Biy." panggil Irsya. "Ye." kata Hazriq. "Sayang nak teman Reen pergi beli barang jap." kata Irsya. "okey. Tapi Jangan lama sangat." kata Hazriq. Irsya berkata 'ok'.
Semasa di hospital, Irsya dan Hazreen menunggu di kerusi. Akhirnya nama Irsya dipanggil. Irsya dan Hazreen masuk ke dalam bilik itu. "Tahniah Puan Irsya. Puan mengandung 3 minggu 6 hari." kata Doktor itu.
Irsya tersenyum kegembiraan. Begitu juga Hazreen. "Puan boleh ambil ubat dekat farmasi di luar ye." kata Doktor. Irsya mengangguk dan keluar. "Tahniah Sya." kata Hazreen. Mereka mengambil ubat lalu keluar.
Semasa di dalam kereta. "Reen. Kau rasa aku kene bagitahu Abang Haz tak." kata Irsya. "Kena la bagitahu. Nanti buatnya dia tertumbuk perut kau kan naya. Aku cadang kau bagitahu dia masa birthday dia nanti." kata Hazreen.
"Betul jugak kan. Lagipun birthday dia lagi 2 hari je." kata Irsya.
SKIP (2 HARI KEMUDIAN)
"Happy birthday to my lovely hubby." kata Irsya. "Thank you sayang." kata Hazriq. Irsya dan Hazreen membuat parti hari jadi untuk Hazriq. Mereka memanggil jiran terdekat dan keluarga mereka.
Skip
Selepas semua tetamu pulang, Irsya dan Hazreen mengumpulkan semua ahli keluarga mereka. "Ada apa sayang kumpul kitorang ni." kata Hazriq. "Semua. Sya ada berita baik nak disampaikan ni." kata Irsya.
Semua tertunggu apa yang mahu dikatakan oleh Irsya. "Sya mengandung 4 minggu." kata Irsya. Semua orang terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Irsya. "Betul ke ni Sayang." kata Hazriq.
Irsya mengangguk. Mereka tersenyum gembira.
Skip
Sudah 6 bulan berlalu dan perut Irsya sudah semakin membesar. Hazriq pula semakin lama semakin manja dengan Irsya. Itu membuatkan Syira berang. Syira bersiap dan pergi ke suatu tempat.
"Saye nak jumpe dengan Hafiz Zaquan." kata Syira. Rupa rupanya Syira pergi ke penjara. Terbitlah seorang lelaki yang cuba merogol Irsya dahulu. "Aku ingatkan Irsya yang datang lawat aku.
"Bukan Irsya tapi Syira." kata Syira sebaik sahaja Hafiz duduk. "Kau nak ape." kata Hafiz. "Kau nak keluar tak." kata Syira. "Nak la. Aku pun tak nak duduk dekat tempat puaka ni." kata Hafiz bengang.
"Kau kena ikut plan aku. Tu pun kalau kau nak keluar la." kata Syira. "Bagitahula cepat." kata Hafiz. "aku nak bagitahula ni. Sabar boleh tak." kata Syira.
Skip
"biy. Sayang nak pergi beli barang baby dengan Reen boleh tak." kata Irsya. "Taknak pergi dengan biy ke." kata Hazriq. "Memang nak pergi dengan biy, tapi biy sibuk sangat. Lagipun nak beli barang tu sikit je." kata Irsya.
"Hhmm pergilah. Nanti kita beli barang baby yang lain pulak. Lagipun biy pun nak kena keluar jumpa kawan jugak ni. Tapi jangan lama sangat tau." kata Hazriq. "Ok. Sayang biy." kata Irsya.
"love you to." kata Hazriq. (Skip). "kau dah tahu ke baby tu girl ke boy." kata Hazreen. "Dua dua." kata Irsya. "Hah. Dua dua kau kata. Maksudnya aku ada anak buah kembar la nanti." kata Hazreen teruja.
"Yup." kata Irsya. "Asal kau macam tak excited je." kata Hazreen. "Aku rasa macam tak sedap hati. Aku pun tak tahu kenape." kata Irsya. Irsya dan Hazreen ditegur oleh seorang perempuan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Done 1000 words. Please vote and comment. 😋🤩

YOU ARE READING
Psycho Husband💖
FantasyIrsya seorang yang masih mencari pekerjaan yang disukainya. CEO di tempat kerjanya pula berminat dengannya dan di sinilah bermulanya pengembaraan hidup dia. UNTUK CERITA YANG SELANJUTNYA, BACALAH CERITA INI. HAPPY READING Min baru...