~18😚

262 9 0
                                    

"Jemputlah minum." kata Irsya. "Mama. Kami nak naik atas boleh tak. Nak tengok tv." kata Ariz. "Boleh tapi kerja sekolah siap tak lagi." kata Irsya. "Siap dah semua." kata Arisya. "Bagus anak² mama nih. Pergilah." kata Irsya.

Ariz dan Arisya naik ke atas untuk menonton televisyen. Beralih kepada Irsya, Hazreen dan Hazriq. "Disebabkan dah nak pukul 12, korang berdua tidur sini dulu. Tapi ingat syarat saye." kata Irsya.

"awak masih sayangkan saye lagikan? Saye tahu." kata Hazriq. "perasaan tu dah lenyap dalam kamus hidup saye. Sekarang ni saye cuma pentingkan anak² saye dan bukan benda lain." kata Irsya.

"Okey." Kata Hazriq perlahan seperti orang yang sedang kecewa. "Dalam rumah ni ade berape bilik sebenarnya." kata Hazreen. "7 bilik semuanya." kata Irsya.

"Patutlah besar rumah ni." kata Hazreen. Irsya tersenyum nipis. "Jom aku tunjukkan bilik dekat korang." kata Irsya. Hazreen dan Hazriq ikut sahaja kemana Irsya pergi. Akhirnya Irsya dan yang lain berhenti.

"Ni bilik awak dan sebelah tu bilik Hazreen. Nanti saye bagi baju spare. Tapi ingat esok korang kena pergi dari sini lepas makan sarapan pagi." kata Irsya. Mereka berdua mengangguk tanda faham.

***
Skip.

Keesokannya Hazriq dan Hazreen bangun dan bersiap. Mereka turun dan melihat Irsya, Ariz dan Arisya sudah berada di meja makan. "pakcik Haz dengan Cik Reen jomlah makan sekali." Ujar Arisya.

"okey." Ujar Hazriq dan Hazreen. Mereka berdua duduk di atas kerusi di hadapan Ariz dan Arisya. "pakcik  Haz, Asya nak tanya sikit boleh tak." kata Arisya. "Boleh. Tanya banyak pun boleh." kata Hazriq.

"Isteri pakcik Haz muka dia same ke dengan mama kitorang." kata Arisya. "Same sangat. Sebijik. Kalau Ariz dengan Arisya nak tengok gambar isteri pakcik pun boleh." kata Hazriq. "Nakkkkk."kata Ariz dan Arisya serentak .

"Ariz, Arisya, dah lambat pergi sekolah kan?" kata Irsya mengalih perhatian mereka. "Haah la. Abang, kita dah lambat ni. Nanti cikgu Suzaifa marah." kata Arisya. "Yelah. Mama jom." kata Ariz selepas melihat jam tangannya.

"Jom. Pergi ambil beg. Mama hidupkan enjin ye." kata Irsya. "Okey!" kata Ariz dan Arisya serentak. Ariz dan Arisya pergi mengambil beg dan turun ke bawah. Mereka menyalami Hazriq dan Hazreen.

Hazriq dan Hazreen tersenyum manis melihat mereka berdua. Ariz dan Arisya naik kereta dan bergerak ke sekolah. Selepas menghantar Ariz dan Arisya ke sekolah terus Irsya pulang ke rumah.

Dia masuk ke dalam rumah dan melihat Hazriq sudah tidur di sofa didepan televisyen manakala Hazreen baru sahaja keluar dari bilik air. Irsya pergi ke dapur diikuti oleh Hazreen dari belakang.

Hazreen menepuk bahu Irsya sehinggakan Irsya terlambung beg di tangannya. "Issh kau ni. Apehal." kata Irsya. Hazreen hanya tergelak melihat Irsya terbaling beg tangannya dan hampir terjatuh.

Skip

Irsya memasak makan tengah hari. "Sya. Bagilah kitorang duduk sini sampai malam. Aku tak puas lagilah tengok budak² tu. Lagipun Haz pun nak duduk sini lama sikit. Sebab dia rindu dengan kau and anak² dia." kata Hazreen.

"tak boleh. Sebab tadi dia hampir² tunjuk gambar aku dekat anak² aku. Nasib diorang tak syak something." kata Irsya. "Aku janji akan nasihat abang aku supaya tak terlepas lagi." kata Hazreen.

"Yelah² tapi jangan cuai macam tadi tau!" kata Irsya tegas. Hazreen pergi berdekatan Hazriq yang sedang menonton televisyen. "Abang. Kaksya bagi kita duduk sini sampai malam. Tapi abang janji jangan cuai lagi." kata Hazreen.

"Alhamdulillah ye abang janji." kata Hazriq lalu menonton kembali televisyen. Hazreen pergi menolong Irsya di dapur. "Kau nak aku tolong kau ape² tak." kata Hazreen. Irsya melihat muka Hazreen.

"Of course la. Aku dah bagi korang main dengan budak² tu kan?" kata Irsya. "Yela. Kau nak suruh aku buat ape." kata Hazreen. "Tolong sambung kejap apa yang aku nak masak ni. Aku nak pergi ambik diorang sekolah kejap. Ingat jangan hanguskan pulak." kata Irsya lalu tertawa.

Irsya membuka pintu utama. "Awak." panggil Hazriq. Irsya menoleh mukanya ke arah Hazriq. "Biar saye ambil diorang." kata Hazriq. "Tak payah. Nanti awak cuai lagi." kata Irsya lalu masuk ke dalam keretanya.

Irsya sempat melihat wajah Hazriq yang kecewa dibuat begitu namun. Irsya menjadi serba salah tetapi dia tidak mahu Hazriq membuat perkara yang lepas kembali. Irsya hidupkan enjin kereta dan pergi.

Selepas mengambil Ariz dan Arisya, Irsya pulang ke rumah. "Assalamualaikum kami dah balik." kata Ariz dan Arisya. "Waalaikumsalam."Jawab Hazreen seraya membuka pintu.

"Ariz dengan Arisya pergi mandi dulu. Lepastu turun bawah makan, okey?" kata Irsya dan menunjukkan👌kepada Ariz dan Arisya. "Okey." kata Ariz dan Arisya serentak. Irsya mengambil pinggan dan cawan kerana yang lain sudah disediakan oleh Hazriq dan Hazreen.

Selelas Ariz dan Arisya mandi, mereka berdua turun untuk makan. Semasa sedang makan, "Pakcik Haz, Kenape muka kami berdua nak same dengan muka pakcik Haz." kata Arisya.

'Sebab korang anak kandung aku. Aku menyesal cakap korang tu anak haram.' getus hati Hazriq. "Pakcik dengar tak ni. Ke ape termenung je." kata Ariz. Hazreen menepuk bahu Hazriq membuatkan Hazriq tersedar.

"Entah. Mane papa Ariz dengan Asya." kata Hazriq. "mama cakap papa kitorang kerja jauh tapi bila kami tidur je papa balik." kata Ariz. "ooooo. Kalau Ariz dengan Asya nak panggil pakcik papa, panggilah." kata Hazriq.

"Betul ke ni." kata Ariz dengan teruja. "Betul. Panggil je. Papa tak kisah." kata Hazriq. "Kalau macam tu boleh tak papa bawak kami pergi pasar malam." kata Arisya. "boleh. Nak bawak pergi korea pun boleh." kata Hazriq.

Selepas selesai makan, mereka duduk di ruang tamu. "Ariz, Asya, buat kerja sekolah ke belum." kata Irsya. "Belum, mama. Lupe pulak. Kami pergi buat ye mama." kata Ariz. Mereka berdua naik ke atas.

"Comel je diorang." kata Hazreen. "Kenape awak biarkan diirang panggil awak papa. Saye dah cakap, saye taknak diorang keliru." kata Irsya. "Kenape awak tak bagi saye buat macam tu. Saye ade hak." kata Hazriq.

"Ape hak awak, kalau awak tak mengaku diorang tu anak awak, awak tinggalkan saye bersalin sorang², awak biarkan saye besarkan diorang sendiri. Mane awak mase saye tengah susah jage diorang." kata Irsya.

"Irsya kenape dengan kau ni." kata Hazreen. "Awak tinggalkan saye sorang², awak tak check betul² pun sama ade saye curang atau tak." kata Irsya. "Aaa... awak saye mintak maaf sebab tinggalkan awak sorang²." kata Hazriq.

"Lepas ape yang awak dah buat, awak nak gelarkan diri awak tu, papa?" kata Irsya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Done 1018 words. Please vote, comment and follow me. Hope enjoy. 😋😜

Psycho Husband💖Where stories live. Discover now