Miss Luna tidak berhenti menerangkan pembelajaran subjek Ekonomi di hadapan kelas. Semua murid sungguh tekun mendengar kecuali Kwon Minie yang tidak kisah langsung dengan pembelajaran itu.
Dia asyik terlena dek kerana terlalu bosan dan ngantuk. Sudahlah malam tadi dia tidur lambat semata-mata ingin naikkan rank PUBG.
"Kwon Minie, sila jawab soalan di depan" arah Miss Luna secara mengejut. Minie terus sedar dari mamainya. Semua pelajar merenung Minie menambahkan rasa gemuruhnya. "Erkk..." dia langsung tidak tahu apa yang Miss Luna ajar sebentar tadi
"Cepat Minie" Miss Luna bersuara. Minie masih terkial-kial. Buku teks ekonomi di selaknya tetapi dia tak tahu nak buka muka surat berapa.
"Awak tak berikan tumpuan ke semasa saya mengajar tadi?" Soal Miss Luna sedikit kecewa. Minie menayangkan riak wajah gelisah. Tak menjawab soalan Miss Luna, sebaliknya menunduk ke bawah
"Pergi keluar kelas dan angkat beg atas kepala" Miss Luna memberi hukuman padanya. "Nae"Dia akur seraya menganggkat begnya keluar kelas. Beg di julang ke atas dan di letakkan di atas kepala.
Beberapa pelajar menggeleng kepala dengan perangai Minie yang malas itu. Dialah pelajar yang sering mendapat markah tercorot di dalam kelas sesuailah dengan kemalasannya itu.
Minie hanya menebalkan muka walau dipandang hina oleh pelajar sekelasnya.
"Minie tak dapat jawab. Bagaimaa pula dengan Choi San? Kamu boleh jawab? " Soal Miss Luna kepada San yang sedang tekun belajar tanpa menghiraukan Minie yang menjadi tumpuan utama semua murid disitu
San mengangguk tanda dia boleh menjawab soalan yang ditujukan sebentar tadi. Dia mula berbicara menjawab soalan ekonomi di hadapan dengan betul dan tepat.
Minie agak terpana dengan cara San menjawab soalan, sangat rilek di tambah lagi dengan suaranya yang perlahan namun jelas di telinga. Dia tersenyum kecil "Dengar tu Minie?" lamunannya langsung terhenti
"Haa dengar"
"Lepasni kalau kamu tidur lagi dalam kelas saya, saya suruh awak angkat meja pula. Faham?"
"Faham cikgu" Minie mengangguk malu dan kecewa dengan sikap sendiri
Setibanya waktu rehat, dia asyiklah muncungkan bibirnya "Teruk betul lah." Dia bersuara geram setelah mengunyah biskut "Ni mesti sebab ekonomi tadi kan?" Ryujin meneka
"Ya, buat malu je kena angkat beg dekat luar kelas. Haishh depan San pula tu" Minie mencebik. "Hahahah, itu lah kau. Siapa suruh tidur? Kan dah kena denda." Dita hanya tertawa dan menyalahkan Minie
"Bosanlah cara cikgu Luna mengajar. Mengantuk!" Minie menyalahkan Miss Luna pula. "Aku okey je tak ngantuk" sampuk Ryujin selamba
"Tadi San yang jawabkan soalan ekonomi. Mesti hati kau berbunga-bunga kan?" Soal Dita dengan senyuman nakal. Minie sudahpun tersenyum "Gila tak berbunga-bunga? Mestilah! Dahla hensem. Bijak pulatu. Siapa tak cair" terus teruja dia apabila teringatkan hal tadi
"Amboi-amboi.." sahabatnya berbising. "untunglah siapa yang dapat dia" sambung Minie sebelum menyuap biskut ke dalam mulutnya
"kau tak nak try dia?" Soalan Dita mengakibatkan Minie tersedak secara tiba-tiba. Try Choi San? Umpama try robot yang hanya fokus dengan pelajaran.
"Cubalah. Mana tahu dia suka kau" Ryujin turut menyokong. Sengaja bahunya dilanggarkan dengan bahu milik Ryujin
Minie menggeleng "Aku tak adalah suka dia sampai nak couple, jadi jodoh bagai. Aku cuma minat dan suka puji-puji dia.. macamtu je. Tak terfikir pun nak bercinta. Tak nak aku couple dengan budak pandai. Nanti dia tak bagi attention. Asyik fokus nak belajar je HAHAH" Minie tertawa besar setelah menyuarakan apa yang difikirkan
"Attention sikit tapi kaya. Okey juga tu" Ryujin mengangkat kening memberi isyarat yang Minie sendiri faham akan maksudnya. San memang antara pelajar yang terkaya di sekolah jadi tak hairanlah kenapa dia terlalu bijak. Selain sekolah, dia juga tuisyen bersama guru yang lebih bagus.
"I am not for sale! " Minie bernada sinis.
"kringgg!!!"
Mereka bertiga terus gelabah setelah mendengar bunyi loceng "Weh! Waktu rehat dah habislah. Cepat jom nanti cikgu marah sebab lambat!" jerit Dita gelabah.
"siapa sampai kelas dulu, dia menang and kena belanja dia McDonald"ujar Minie lalu mereka bertiga segera berlari menuju ke kelas. Mereka tak kisah langsung berlanggar dengan pelajar lain meskipun di hadiahkan kutukan.
Namun nasib tak menyebelahi Minie. Dia terlanggar San, lelaki yang diminatinya sehingga terjatuh di atas dada bidang lelaki itu. Suasana menyepi lantas adengan itu menarik perhatian orang ramai untuk datang dekat.
San dan Minie saling bertatapan dengan wajah bingung.
Choi San
Kwon Minie (Y/n)
Happy Atiny Day
17.11.2020
❤️Aku ambil Chaeyoung sebagai wajah y/n sebab dia comel macam y/n. Tibe sangat.
YOU ARE READING
-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺ
FanfictionSuka dan Minat ialah perkara berbeza jadi kau perlu tahu. "Jadi selama ni kau tak sukakan aku? Jadi kenapa kau selalu sebut nama aku?"-Choi San Cinta itu dekat tapi kau selalu silap namun kesilapan itu yang terbaik buat kau.