3.03 : "Being A Leader"

47 14 0
                                    

Mereka kini sudah bergerak ke dunia lapan dimensi. Ianya sebuah tempat yang sangat suram dan menakutkan sepertimana yang dikatakan oleh Nami. Dipenuhi dengan asap debu yang tebal. Bahkan tiada sebarang cahaya menyinari kawasan tersebut.

Doku : "Seramnya...."

Sheila membuat muka geram apabila Doku menyorok dibelakangnya.

Lie : "Jom jalan. Tak ada masa untuk kita berlengah."

Icchi : "P... papa...."

Menggigil suara Icchi tika itu. Siapa sahaja yang tidak takut dengan suasana seram sejuk di dimensi lapan itu?

Pantas Lie memimpin tangan Icchi dengan erat. Lalu meneruskan perjalanan. Mereka berjalan sehingga terjumpa sebuah rumah agam usang yang begitu luas.

Nami : "Rumah apa ini?"

Doku : "Nami...! Jangan di tegur."

Lantas kedengaran suara menyapa mereka dari dalam rumah agam terbabit.

"Hello. Selamat datang ke Spooky Hotel."

Adanya pelayan tanpa kepala menyambut mereka di depan pagar rumah terbabit. Peluh dingin mula membasahi pipi mereka.

Souji : "Kau pergi bercakap dengan dia. Semua ini idea kau kan?"

Seraya Souji menolak Lie ke hadapan pelayan tersebut. Muka Lie sudah pucat tidak berdarah tika itu.

"Mari ikut saya, encik."

Tanpa berlengah, pelayan tersebut mengheret Lie ke dalam bangunan tersebut.

Lie : "Eh? N... Nanti!"

Terkesima mereka apabila ketua mereka di heret masuk ke dalam rumah usang itu

Nami : "Kita nak ikut ke?"

Souji : "Ikutkan, aku nak sahaja tinggalkan dia. Tapi macam tak patut pula. Dia datang jauh-jauh semata-mata nak selamatkan kita."

Sheila : "Jadi jomlah. Tunggu apa lagi?"

🌸🌸🌸

"Seperti yang encik lihat, kami merupakan syarikat hotel termewah di sini."

Lie : "T... tapi... saya cuma lalu sahaja di sini tadi."

Lelaki tidak berkepala itu tidak mempedulikan kenyataan Lie. Lantas dia membawanya bertemu dengan seekor katak bersaiz gergasi dihadapannya.

"Wah, barang baik ini."

Lie terkaku mendengar apa yang katak gergasi itu perkatakan.

Lie : "Apa yang kau nak dengan aku?"

Tiba-tiba daripada belakang Lie, pelayan tidak berkepala lekas menekup mukanya.

🌸🌸🌸

Lie : "Nggh...."

Lie perlahan-lahan sedar daripada pengsan. Alangkah terkejutnya dia mendapati bahawa dirinya sudah berada di dalam sebuah kandang yang kini menjadi tontonan oleh kesemua pelanggan hotel.

Leher dan kaki Lie di gari dengan rantai besi. Kesemua hantu dan raksasa yang menyaksikannya berbisik dengan sangat kuat.

Lie : "Tolonglah. Ingat aku ini nak buat show ke? Argh-!"

Lie baru sahaja bergerak lalu dirasakan kulitnya terhiris setiap kali bergesel dengan rantai besi yang di kalung pada leher dan kakinya.

Lie : "Damn.... Apa bendanya ini? Sakitnya...."

Unknown Cat : The Final Wave©Where stories live. Discover now