Di sebuah perkampungan kecil, kanak-kanak sedang bermain dengan girangnya di taman bunga. Lie kini sedang berdiri memerhatikan mereka. Sungguh tenang pemandangan yang ditatapnya itu.
Lie : "Rindunya suasana ini."
Secara tiba-tiba suasana yang cukup tenang itu terbakar dengan maraknya. Lie sangat terkejut menyaksikan perubahan suasana itu. Semuanya berubah menjadi sebuah peperangan yang tidak berpenghujung.
"Perang bukan sekadar membakar nyawa. Malahan membakar memori manis seseorang, Lie."
Suara itu datang dari arah belakang Lie. Sejurus dia berpaling ke belakang. Susuk Shifu Giel sedang berdiri dibelakangnya tika itu. Membutang anak mata Lie melihat wajah Shifu Giel yang sudah begitu lama tidak kelihatan.
Lie : "Shifu...."
Disangkakan Shifu Giel akan mengalu-alukan kedatangannya. Akan tetapi Shifu Giel pantas memukul kepala Lie dengan tongkatnya.
Lie : "Adoi! *Sore wa doiu imidesu ka?"
*Apa maksud semua itu?*
Shifu Giel : "Kau sudah lepaskan rupa sebenar kau itu lagi, lembap!"
Tergumam Lie mendengar kata-kata Shifu Giel. Maka sebebal bebanan mula dirasai Lie.
Lie : "A... aku minta maaf. Aku terlalu terdesak. Apa yang aku sudah buat ini? Bagaimana aku hendak jadi bagus seperti Shifu? I'm a looser."
Lie merayu dengan teruk kepada Shifu Giel. Melepaskan rupa sebenarnya merupakan satu bala bencana yang sangat dahsyat. Raksasa yang tidak terkawal, ganas serta makhluk perosak bumi. Itulah definisi sebenar untuk raksasa di sebalik jiwa Lie.
Shifu Giel : "Kamu tak boleh jadi bagus macam saya. Tapi kamu boleh jadi lebih bagus lagi...."
Lie terkaku apabila mendengar kata-kata Shifu Giel. Serba sedikit beban didadanya kian berkurang.
Shifu Giel : "Sekarang, pergi tutup pintu raksasa itu."
Lie hanya mengangguk mengiakan arahan Shifu Giel.
Shifu Giel : "Lepas itu, kamu sudah tahu yang dimensi lapan sangat berbahaya kan? Kenapa masih mahu ke sini?"
Lie : "Maaf. Saya cuma ingat yang itu sahaja tempat yang paling selamat untuk berlindung. Pintu dimensi dalam proses penambahbaikan. Hanya di sini sahaja yang termampu saya bawa mereka berlindung buat sementara waktu."
Shifu Giel : "Hmm.... Kalau kamu nak berlindung, pergi ke timur. Saya ada di sana untuk membantu. Berehatlah secukupnya dan rancanglah strategi kamu dengan bijak, Lie."
Tergumam sendiri Lie apabila Shifu Giel menyatakan dirinya berada di dimensi lapan itu. Namun tidak mampu untuk dirinya bertanya dengan lebih lanjut.
Lie : "T... terima kasih, Shifu."
Shifu Giel kian tersenyum melihat reaksi Lie.
Shifu Giel : "Kamu sudah banyak berubah sekarang. Ianya normal untuk seseorang itu mengalami perubahan."
Lie hanya memandang wajah Shifu Giel. Tiada kata-kata lagi yang mampu diucapkan Lie.
Shifu Giel : "Apa yang kamu tunggu lagi?"
Lie : "Saya nak tengok wajah orang yang penting dalam hidup saya buat kali terakhir."
Sejurus Shifu Giel terus memukul kepala Lie setelah mendengar kata-katanya.
YOU ARE READING
Unknown Cat : The Final Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 3] 🌸🌸🌸 "Himeno? Kamu dah nak pergi kerja dah ke?" Seorang wanita berusia 40-an menyapa anak daranya, Mizuno Himeno yang kini bekerja sebagai seorang juru animasi di bandar. Segala memorinya berkaitan de...