Cahaya mentari sudah menceroboh masuk ke dalam bilik hotel Himeno. Sungguh terang cahaya mentari sehingga mampu mengejutkan Himeno.
Himeno : "Nggh.... Terangnya."
Namun begitu, kedengaran satu suara dengkuran halus begitu dekat pada telinga Himeno. Sebaik sahaja matanya terbuka keseluruhannya, betapa terkejutnya dia melihat Lie masih tidur nyenyak disisinya. Tangannya Lie elok sahaja bersandar di atas pinggang Himeno.
Himeno : "Eh?"
Belum sempat untuk Himeno mengejutkan Lie, Icchi sudah menerpanya.
Icchi : "Shh.... Kesian papa penat. Biarkan papa rehat. Hihihh...."
Seraya terbantut niat Himeno untuk mengejutkan Lie dari tidurnya. Sangat jarang untuk dia melihat Lie yang bangun lebih lewat berbanding dirinya. Jelas Lie tersangat penat semalam.
Icchi : "Hehehh.... Morning, mama!"
Himeno : "Eh, mama?"
Terkesima Himeno apabila dirinya digelarkan sebagai mama oleh Icchi. Berselang-seli dia memandang ke arah Lie yang masih nyenyak tidur. Perlahan-lahan Himeno tersenyum.
Himeno : "Good morning, princess mama~"
Dengan lembut Himeno mengusap kepala Icchi. Setelah itu, baru Himeno sedar hanya mereka bertiga sahaja yang masih berada di dalam bilik hotel terbabit.
Himeno : "Eh? Mana pergi yang lain-lain?"
Lie : "Mereka pergi tengok-tengok sekeliling."
Terkesima Himeno apabila Lie secara rawak menjawab persoalannya itu
Himeno : "Lie? Kau tak tidur ke?"
Lie : "Aku sudah terjaga awal pagi tadi. Akan tetapi kau masih belum bangun lagi. Jadi aku ingat nak bangun selepas kau terjaga."
Selamba Lie mengeratkan lagi pelukan tangannya pada pinggang Himeno.
Himeno : "Eh, Lie? Hmm...."
Lie : "Tempat ini sangat berbeza pada waktu siang jikalau kau nak tahu. Kalau kau tak keberatan, marilah kita lihat bersama-sama."
Mendengar sahaja keterangan Lie, pantas Himeno melepaskan diri untuk menjenguk ke luar tingkap. Ianya suatu pemandangan yang sangat cantik dari dalam bilik hotel. Sangat jauh berbeza pada waktu malam.
Himeno : "Cantiknya...."
Lie : "Aku dah cakap. Nak jalan-jalan tak?"
Lalu Himeno mengangguk tanda mengiyakan pelawaan Lie. Tanpa membuang masa, mereka membuat keputusan untuk berjalan mengambil angin di dimensi lapan.
🌸🌸🌸
Himeno : "Sangat menakjubkan. Kenapa tempat ini nampak sangat menakutkan pada waktu malam?"
Lie : "The curse."
Membutang anak mata Himeno mendengar kenyataan Lie.
Himeno : "Curse? Maksudnya sumpahan?"
Lie : "Ya. Dimensi ini adalah dimensi sumpahan. Semua yang ada di sini bertukar menjadi hantu di waktu malam."
Himeno : "Macam mana boleh jadi macam itu?"
Lie : "Aku tak tahu cerita sebenarnya. Sebab itulah ramai yang takut dunia lapan dimensi."
Secara tiba-tiba Icchi memotong perbualan mereka berdua tika itu.
YOU ARE READING
Unknown Cat : The Final Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 3] 🌸🌸🌸 "Himeno? Kamu dah nak pergi kerja dah ke?" Seorang wanita berusia 40-an menyapa anak daranya, Mizuno Himeno yang kini bekerja sebagai seorang juru animasi di bandar. Segala memorinya berkaitan de...