Perjalanan Lie dan rakan seperjuangan bermula di dimensi langit yakni dunia 7 dimensi. Agak terkesima Himeno menyaksikan dunia dimensi yang seindah alam fantasi.
Himeno : "Wau.... Cantiknya tempat ini. Berawan. Tidak ubah seperti dalam filem fantasi."
Ke kanan ke kiri mereka mencari kelibat makhluk berdekatan mereka.
Nami : "Di mana kawan kau itu, Lie?"
Lie : "Dia bagitahu yang dia berada berdekatan sini. Jangan berani bagitahu yang ianya hanya sekadar helah."
Semakin lama semakin berubah air muka Lie. Bila-bila masa sahaja dia boleh meletup di situ. Namun, belum sempat untuk Lie meletup, susuk tubuh seseorang hadir menyapa mereka.
"Hei, Le-chan!"
Mereka semua serentak berpaling ke arah empunya suara itu. Ianya seorang lelaki berambut perang dengan sayap putih dibelakangnya. Sekali pandang ibarat sang bidadara jatuh dari langit. Namu Lie tidak begitu teruja hendak bertemu dengan sang bidadara itu.
Lie : "Berhenti panggil aku dengan nama itulah, Logan."
Mereka sangat kagum melihat sahabat Lie yang begitu menawan. Bukannya selalu mereka dapat melihat makhluk yang begitu cantik. Putihnya sama cerah dengan putih kulit Lie.
Doku : "Aku macam tengah tengok seorang idolalah."
Lie : "Hmmm, kenalkan ini, Logan. Dialah orang yang aku katakan itu."
Dengan selamba Logan meletakkan sebelah tangannya pada bahu Lie.
Logan : "Selamat berkenalan semua. Akulah Logan. Aku dengan Lie kawan baik."
Lie : "Kawan baik? Aku tak mengaku kau kawan baik aku. Ke tepilah, tangan kau ini berat!"
Seraya Lie menepis kasar tangan Logan.
Himeno : "Hai, Logan. Saya Himeno. Selamat berkenalan."
Sejurus itu, Logan mengambil telapak tangan Himeno dan terus menciumnya ala-ala jejaka idaman melaya. Tidak senang duduk Lie melihat Logan yang bebas membuat apa sahaja yang dikehendakinya. Akan tetapi dia langsung tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap Logan. Berkemungkinan besar betul bahawa Logan itu kawan baiknya?
Logan : "Selamat berkenalan, tuan puteri...."
Tindakan Logan itu membuatkan Himeno tergumam sendiri. Wajahnya kian memerah. Tidak mampu menahan lagi, serta merta Lie membelasah Logan di situ.
Lie : "Kau memang tak pernah nak berubah kan? Berhenti menyakat budak perempuan boleh tak?"
Logan : "Argh! Sakit, Le-chan! Mana ada aku menyakat budak perempuan."
Lie : "Dia perempuan aku. Jangan berani-berani kau nak menyakatnya."
Gelagat kedua-dua orang sahabat itu hanya diperhatikan oleh Nami dan selebihnya. Nampak gayanya drama pukul 6.00 petang itu tidak akan habis dalam tempoh terdekat.
Logan : "Dia perempuan kau? Seingat aku, kau milik aku seorang. Kitakan dalam hubungan istimewa sekarang ini."
Terkedu kesemua mereka mendengar kata-kata Logan. Agak merisaukan dengan kenyataan Logan walaupun mustahil perkara itu berlaku. Mujur Lie tidak meletupkan Logan di situ.
Lie : "Apa yang kau mengarutkan ini?"
Nami : "Oh, wau.... Terkejutnya. Himeno, jangan dekat dengan Lie dah lepas ini."
Nami melarikan Himeno jauh daripada Lie. Berang dia apabila Nami sengaja menyakatnya.
Lie : "Ada apa-apa yang tak kena dengan kau ke, Nami?"
YOU ARE READING
Unknown Cat : The Final Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 3] 🌸🌸🌸 "Himeno? Kamu dah nak pergi kerja dah ke?" Seorang wanita berusia 40-an menyapa anak daranya, Mizuno Himeno yang kini bekerja sebagai seorang juru animasi di bandar. Segala memorinya berkaitan de...