3.09 : "Chikau's Truth"

46 13 0
                                    

Sesi rawatan Lie sudah pun selesai. Boleh dikatakan 85% badan Lie berbalut. Malahan kepalanya pun ada balutan dan tampalan luka.

Souma : "Kita kena ambil kerusi roda."

Lie : "Eh? Aku bukannya orang cacatlah, tak guna!"

Tanpa mempedulikan kehendak Lie, dia di paksa untuk menggunakan kerusi roda bagi mengelakkannya daripada banyak bergerak.

Lie : "Aku nak muka aku di balut sekali boleh tak?"

Souma : "Eh? Kenapa?"

Dengan selambanya Souma menyorong Lie menuju ke ruang utama.

Lie : "Aku rasa macam orang tua. Aku nak berdiri dan berjalan sendiri!"

Lie hendak terus bangkit daripada kerusi roda. Akan tetapi dia baru sahaja nak berdiri lantas dia terasa nak tumbang semula. Melihatkan Lie yang kehabisan stamina, Souma pantas menarik Lie duduk di atas kerusi roda kembali.

Souma : "Jangan degillah."

Lie : "S... sakit...."

Souma : "Salah kau sendiri. Siapa suruh tak nak dengar cakap?"

Souma kembali menyorong Lie ke ruang tamu. Keadaan Lie telah membuatkan kesemua mereka sangat terkejut melihatnya.

Himeno : "Lie. Kau okey ke?"

Lie : "Aku okey sahaja. Betul ini. Entah kenapa orang tua Souma suruh aku naik kerusi roda."

Souma : "Eleh, tadi pun kau sudah melayang. Elok kau duduk sahaja di situ."

Marie : "Hmm, boleh dikatakan juga luka Lie sangat dalam. Tetapi jangan risau, dia akan kembali stabil nanti."

Himeno : "Leganya saya mendengarnya."

Nousagi : "Ianya kecederaan yang sangat teruk bukan?"

Sheila : "Setuju."

Kuo : "Mahu taknya? Selepas satu, satu yang datang. Luka yang lepas pun tak sempat sembuh lagi."

Doku : "Kau kerja kuat sangatlah, Lie."

Souma : "Ianya bagus untuk bekerja keras. Namun bekerja terlalu keras juga tidak elok untuk kau."

Souji : "Ahahah! Mana dia orang yang semua orang kata comel sangat itu? Ahahah.... Selepas ini, semua orang akan meminati aku pula."

Sedang semua sibuk mengambil berat terhadap Lie, Souji mula membuat andaian sendiri. Entah dari mana dia dapat keyakinan setinggi itu?

Lie : "Kalau orang minat kau, kiamat dunia ini."

Semua orang ketawa terbahak-bahak dengan jenaka Lie.

Souji : "Hoi, kau dah sakit-sakit pun masih nak kenakan orang lagi kan?"

Lie : "Kau nak orang minat kau, kau kena buang bau burung kau itu dulu. Kuatnya baunya...."

Souji : "Gragh! Bagaimana aku nak hilangkan bau itu sedangkan aku ini sememangnya seekor burung?"

Berdekah-dekah mereka semua ketawa dengan gelagat Lie dan Souji. Semestinya dua ekor kucing dan burung itu tidak pernah nak sekepala.

🌸🌸🌸

Malam berikutnya, semua orang sedang menikmati mandian kolam air panas kecuali Lie. Lie hanya menghabiskan masa merenung langit yang gelap tanpa sebarang bintang.

Unknown Cat : The Final Wave©Where stories live. Discover now