Ianya hari yang sangat indah di dunia 6 dimensi. Himeno sudah berada di hadapan pintu rumahnya.
Himeno : "Haa.... Segarnya udara di sini."
"Himeno...."
Suara garau yang sangat dikenali Himeno menyapanya. Sejurus itu, Himeno berpaling untuk melihat wajah lelaki yang sentiasa setia kepadanya.
Himeno : "L...?"
Tidak tersebut nama Lie sebaik sahaja Himeno melihat perubahan pada diri Lie. Lie bukan lagi Lie yang biasa Himeno lihat. Bahkan dia jauh berbeza dengan Lie yang biasa dilihatnya.
Pipi Himeno memerah melihat wajah tampan Lie. Bagaimana Lie yang pada asalnya dipenuhi dengan calar balar kini bertukar menjadi jejaka tampan rebutan ramai?
Bertambah mengejutkan, Lie sama seperti makhluk 6 dimensi lain. Tiada bezanya dia dengan manusia biasa.
Himeno : "L... Lie! M... m... mana te... telinga kucing kau? Kau nampak sangat lain!"
Lie : "Diri aku sudah di format semula."
Himeno : "F... format?"
Lie : "Makhluk 9 dimensi hanya sekadar data. Kami boleh diubahsuai dan di format semula. Kenapa reaksi kau begitu? Aku nampak teruk sangat ke?"
Himeno : "T... tak.... Kau nampak sangat segak. Aku ingatkan aku silap orang tadi."
Tersenyum nipis Lie mendengar respon Himeno.
Lie : "Aku sudah tidak sekuat dahulu. Jadi aku lebih kurang sama sahaja dengan makhluk 6 dimensi yang lain. Souma tolong ubah penampilan dan fizikal aku sama seperti makhluk 6 dimensi lain tanpa berbeza sedikit pun."
Himeno : "J... jadi kau tak boleh bertukar jadi kucing lagi?"
Lie : "Semestinya tak. Hahahh...."
Sudah semestinya mempunyai wajah yang tampan, wajah ketawa Lie juga semakin tampan kelihatan. Tidak senang jantung Himeno memerhatikan Lie.
Himeno : "B... begitu...."
Secara rawak, Lie menghulurkan Himeno sekeping kad hitam.
Himeno : "Apa ini?"
Lie : "Ini kad peribadi diri aku. Dengan kad ini aku sah sebagai warganegara di sini."
Pantas Himeno membelek kad peribadi Lie dari atas sampai bawah. Himeno tertarik pada tarikh lahir Lie. Namun lebih mengejutkan apabila dia menghitung usia Lie yang tertakluk pada tahun kelahirannya dalam kad.
Himeno : "Umur kau... 27 tahun?"
Lie : "Ya. Aku minta Souma untuk jadikan aku lebih tua berbanding usia sebenar kau memandangkan kau nak sangat jadi muda. Jadi sudah rasa muda semula, Cik Himeno?"
YOU ARE READING
Unknown Cat : The Final Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 3] 🌸🌸🌸 "Himeno? Kamu dah nak pergi kerja dah ke?" Seorang wanita berusia 40-an menyapa anak daranya, Mizuno Himeno yang kini bekerja sebagai seorang juru animasi di bandar. Segala memorinya berkaitan de...