Siang sudah larut, malam kian menjelang. Lie dan rakan-rakannya kini sedang berkumpul di hadapan televisyen bagi menyambung perbincangan dalam misi mencari permata claws.
Jun : "Kita masih belum temui apa-apa petunjuk berkenaan dengan permata claws itu."
Himeno : "Kau tak ada apa-apa maklumat tentang permata claws itukah, Logan?"
Logan : "Permata claws di sini ada begitu banyak. Akan tetapi ianya di kawal ketat oleh pihak kerajaan. Hanya sang raja sahaja yang tahu di mana terletaknya permata itu."
Seraya kesemua mereka diam membisu tidak bersuara. Hampir mereka menemui jalan buntu namun begitu satu iklan di kaca televisyen bakal mengubah masa hadapan mereka.
"Summer wrestling terbuka kepada semua orang! Hadiahnya sangat lumayan yakni permata claws yang berjumlah 1 000 000!"
Tercengang setiap daripada mereka yang mendengarkan pengumuman terbabit. Bersinar anak mata kesemuanya.
Nami : "Itu permata claws!"
'Pak!'
Pintu bilik mandi terbuka dengan luasnya menampakkan susuk tubuh Lie yang baru sahaja selesai mandi.
Lie : "Apa dia?"
Lie yang dari dalam bilik air terus keluar dengan bertuala. Apa yang mengganggu pemikiran mereka semua ialah Lie hanya memakai tuala mandinya tanpa seutas pakaian selainnya.
Nami : "Apa hal kau keluar macam itu, kucing tak tahu malu?"
Lie : "Apa yang kau orang semua jerit permata claws itu?"
Himeno : "Pakai baju dulu, Lie!"
Logan : "Biarkanlah dia. Dia nak goda aku itu. Hehehh...."
Babak Logan tidak pernah tak meremangkan bulu roma mereka. Aura yang tidak enak kian terasa seraya memaksa Lie untuk mengurung Logan di dalam bilik mandi.
Lie : "Kau tidur dalam jamban malam ini!"
Logan : "Le-chan!"
Doku : "Geez, kau orang berdua ini menakutkanlah."
Nami : "Still, kau tetap kena pakai baju, Lie."
Lie : "Haa.... Aku tahulah."
Lantaran itu, Lie menjelmakan perisai silent buat seketika.
Lie : "Haa, sambung. Apa dia?"
Nami : "Senangnya kerja kau."
Lie : "Tadi aku pakai tuala kau bising. Kau nak apa sebenarnya?"
Doku : "Dah, dah.... Duduk dulu ye?"
Perlahan Lie menyertai mereka yang lain. Nami menceritakan tentang berita baik yang baru sahaja mereka tahu.
Lie : "Perlawanan wrestling dan hadiahnya permata claws?"
Nami : "Yes."
Lie : "Hmm...."
Doku : "Dengar sini, aku ini tak hebat bergusti."
Nami : "Kalau macam itu, kau tak payah jadi lelakilah."
Doku : "Eh!"
Nami : "Dengar sini, aku akan buat apa sahaja untuk selamatkan Jun."
Tegas Nami menyatakan prinsipnya.
YOU ARE READING
Unknown Cat : The Final Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 3] 🌸🌸🌸 "Himeno? Kamu dah nak pergi kerja dah ke?" Seorang wanita berusia 40-an menyapa anak daranya, Mizuno Himeno yang kini bekerja sebagai seorang juru animasi di bandar. Segala memorinya berkaitan de...