Malam tersebut, semua tidur awal melepaskan penat pagi tadi. Akan tetapi berbeza pula dengan Himeno yang ada tabiat mandi lewat malam.
Himeno : "Haa, mandi kolam air panas pada waktu malam memang menenangkan."
'Splash!'
Kedengaran bunyi percikan air di kolam sebelahnya. Kolam tersebut dibahagikan dengan sebiji batu besar untuk kawasan lelaki dan perempuan. Kedengaran bunyi tersebut datang dari bahagian lelaki.
Himeno : "L... Lie?"
Lie : "Ye."
Bergema suara Lie menyahut seruan Himeno. Jelas sekali tidak lain hanya Lie sahaja yang berada di kolam sebelah.
Himeno : "Haah, aku dah agak dah. Mesti kau yang ada sebelah. Kenapa kau mandi waktu macam ini?"
Lie : "Soalan yang sama untuk kau. Kenapa kau mandi lewat malam begini?"
Himeno : "Hmm.... Aku sebab memang sudah jadi habbit. Kau pula?"
Lie : "Aku pun lebih kurang begitu."
Keadaan kembali senyap secara tiba-tiba. Mulalah suasana kekok mempengaruhi.
Himeno : "Rasa awkward pula waktu-waktu macam ini. Sudah lama kita tidak duduk berduaan begini."
Lie : "Okeylah. Sekurang-kurangnya tenang sedikit kepala otak aku ini. Kalau dia orang ada, bising. Aku tak suka."
Himeno : "Ahahahh.... Kau akhir-akhir ini suka suasana yang senyap kan?"
Lie : "Tak selalu. Waktu aku serabut sahaja. Tak suka dengar bunyi bising-bising waktu aku serabut."
Himeno : "Serabut? Fasal dunia enam dimensi ke?"
Lie : "Bukan. Ianya fasal Chikau."
Himeno : "Chikau? Kenapa dengan dia?"
Lie : "Haa, *Nanimonai."
*Tiada apa-apa*
Himeno : "Bagaimana dengan pencarian kau siang tadi?"
Lie : "Aku tak jumpa apa-apa pun. Terasa macam buang masa sahaja."
Himeno : "Hmm.... Aku rasa nak mengimbau masa dulu yang aku tak pasti betul ke tak aku pernah alaminya."
Lie : "Hmm."
Himeno : "Jadi adakah semua itu betul? Bagaimana pula dengan nenek yang selalu bermain di dalam kepala aku itu?"
Lie : "Siapa? Monika? Dia ada. Kalau kita berkesempatan lagi nanti aku akan bawa kau jumpa dia. Kalau dia masih hiduplah. Aku tidak rasa yang dia masih hidup lagi."
Himeno : "Oh. Bagaimana pula fasal lelaki bertanduk itu?"
Lie : "Yang itu cuma bayangan kau. Selama ini kita tak ada jumpa mana-mana lelaki bertanduk kecuali Souji."
Himeno : "*Hontoni?"
*Biar betul?*
Lie : "*Hai'."
*Ya.*
Lie membisu seketika sebelum dia menyambung bicaranya.
Lie : "Dunia sudah banyak berubah sejak aku kunci pintu dimensi. Dahulunya, makhluk sembilan dimensi pernah berkongsi dunia dengan makhluk enam dimensi. Sekarang, dunia kita sangat jauh terasing."
YOU ARE READING
Unknown Cat : The Final Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 3] 🌸🌸🌸 "Himeno? Kamu dah nak pergi kerja dah ke?" Seorang wanita berusia 40-an menyapa anak daranya, Mizuno Himeno yang kini bekerja sebagai seorang juru animasi di bandar. Segala memorinya berkaitan de...