Perlawanan kelayakan kini bermula. Tidak disangkakan Lie dan Nami lepas ke peringkat yang seterusnya dengan mudah. Akan tetapi Doku terpaksa akur akan kekalahannya pada peringkat kelayakan terbabit.
Doku : "Now what?"
Lie : "Itu baru pemilihan. Sekarang ini, sudah tiba masanya untuk perlawanan yang sebenar."
Kini perlawanan sebenar yang dimaksudkan Lie baru sahaja bermula. Masing-masing menonjolkan kegagahan masing-masing. Lie yang ligat bak seekor kucing liar menyukarkan pihak lawan untuk meramal corak perlawanannya.
Dengan mudahnya Lie menempah tempat ke pusingan separuh akhir. Lie sekarang akan berlawan dengan seorang lelaki berkulit gelap dengan tubuh yang cukup sasa. Debaran kian terasa apabila Lie semakin hampir untuk mendapatkan permata claws itu.
Doku : "Lie, kau kena pastikan yang kau menang."
Lie : "Kau diam! Kau itu baru pusingan kelayakan sudah tewas!"
Doku : "Eheh...."
Geram sungguh Lie dengan Doku yang hanya mengharapkan dirinya seorang. Sejurus itu dia berjalan masuk ke gelanggang bagi meneruskan perlawanan separuh akhir Summer Wrestling.
Dari atas ke bawah pihak lawan Lie memerhatikannya. Ibarat dia akan peroleh kemenangan yang mudah menentang Lie.
"Well, tak expect yang makhluk aneh macam kau boleh sampai sejauh ini."
Lie : "Aku nak cakap yang memang makhluk dimensi 7 ini mulut tak ada insurans eh? Just go somewhere else to do so. Aku tak layan makhluk bawahan seperti kau ini."
Lantaran itu, lelaki tersebut hanya ketawa berdekah-dekah dengan amaran Lie. Bukannya dia begitu kisah.
"Muahahahh.... Kau dari mana ye? Berani betul kau menghina aku?"
Lie : "Kami dari dunia 9 dimensi. Aku masuk pertandingan pelik kau orang ini pun sebab aku perlukan permata claws."
"Hmm.... Dimensi 9 sangat moden dan kenapa kau perlukan permata itu? Bukan kau orang sudah cukup kaya ke?"
Lie : "Kau tak akan faham semua yang kami lakukan."
Sekali lagi lelaki berkulit gelap memandang ke arah Lie. Seakan-akan dia kenal dengan diri Lie itu.
"Kenapa aku macam pernah kenal ya dengan dia ini?"
Itulah ayat yang terpahat di dalam hati lelaki itu. Namun setelah lama merenung, akhirnya dia temui jawapan bagi persoalannya itu. Memucat wajah lelaki itu setelah mendapati dengan siapa dia berhadapan tika itu.
"Nanti? T... tak mungkin. Kau ini bukankah Karma?"
Sebaik sahaja nama Karma keluar dari mulut lelaki tersebut, kelopak mata Lie terus terbuka luas. Kaki dia tiba-tiba melemah mendengar nama Karma. Mimpi ngerinya kembali menghantui.
Himeno : "Lie! Kenapa dengan dia?"
Logan : "T... trauma dia...."
Himeno : "Trauma?"
Logam : "Karma adalah nama Lie semasa dia dalam ujikaji. Satu bandar tahu tentang karma dan kesemuanya bencikan nama itu.
Himeno memandang Logan dengan wajah yang sangat mengejutkan. Lelaki yang berlawan dengan Lie tersebut hanya memandangnya dengan sebelah mata. Semakin lebar senyuman pada bibir melihat Lie yang mulai menggigil ketakutan.
"Macam itu rupanya.... Aku tak akan lepaskan kau dengan mudah jikalau begitu. Kau ini haiwan yang berbahaya!"
Lie langsung tidak bertindak apa-apa. Traumanya telah datang kembali. Lelaki tersebut menarik rambut Lie dan membelasahnya dengan teruk. Seluruh penonton mula berbisik tentang Lie. Malahan kebanyakan mereka takut akan Lie.
YOU ARE READING
Unknown Cat : The Final Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 3] 🌸🌸🌸 "Himeno? Kamu dah nak pergi kerja dah ke?" Seorang wanita berusia 40-an menyapa anak daranya, Mizuno Himeno yang kini bekerja sebagai seorang juru animasi di bandar. Segala memorinya berkaitan de...