Perjalanan mereka diteruskan mendaki gunung yang menjadi lokasi permata claws. Semakin lama semakin sejuk terasa.
Souji : "Urm, Lie? Kau pasti ke ini jalannya?"
Lie dengan perisai digitalnya menggodek-godek peta lokasi permata claws.
Lie : "Hmm.... Kalau nak diikutkan...."
Namun benda lain pula yang ditemui Lie apabila imej peta dibesarkan. Pasukan pakaian merah juga turut sama berada di situ.
"Monk, monk!"
Himeno : "Ianya dia oranglah!"
Nami : "Apa yang dia orang buat dekat pergunungan ini?"
Doku : "Dia orang ini apa sebenarnya? Aku tak fahamlah!"
Sheila : "Boleh jadikah mereka juga mencari permata claws juga?"
Lie : "Aku risau jawapannya ya."
Nousagi : "Kalau macam itu, kita kena cepat."
Lie kembali fokus pada hala tuju.
Lie : "Kalau nak diikutkan dalam peta ini, kita sudah semakin dekat."
Souji : "Mana arahnya?"
Agak terkejut kerana Lie menunding jari ke puncak gunung. Jalan yang lebih curam dan berbahaya menambahkan lagi tahap kesukaran pencarian mereka.
Nami : "Kau bergurau ke?"
Doku : "Kita kena mendaki ke?"
Lie : "Ianya betul-betul di puncak."
Nousagi : "Setakat nak ke puncak, saya tiada masalah."
Lantas Nousagi mengeluarkan sayap pelepahnya lalu membawa dirinya terbang ke udara.
Lie : "Nak tak nak, siapa yang mampu ke puncak, terpaksa tinggalkan siapa yang tidak mampu."
Doku : "Apa?"
Terkejut Doku mendengar kenyataan Lie tika itu. Sungguh memanjat bukanlah kelebihan dirinya.
Sejurus itu, Lie menjelmakan perisai sayap bagi mengikut jejak langkah Nousagi.
Lie : "Cepat, Himeno."
Berhati-hati Himeno menaiki belakang Lie. Justeru mereka terbang pergi meninggalkan sebahagian besar daripada mereka. Souji yang mempunyai kemahiran terbang juga tidak jauh ketinggalan di belakang.
Hanya tinggal Kuo, Jin, Doku, Sheila, Nami dan Jun sahaja yang masih berada di atas tanah.
Doku : "Tak adil."
Kuo : "Ayuhlah kita ikut jalan manual sahaja. Lambat laun sampai juga."
Rendah diri Kuo meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat. Perlahan-lahan mereka yang selebihnya mengekori jejak Kuo. Mahu ke tidak, ke puncak itu satu-satunya jalan untuk mereka memperoleh permata claws.
🌸🌸🌸
Nami : "Haa.... Mengah."
Nami dan lain-lain baru sahaja tiba di puncak gunung tersebut.
Souji : "Lewatnya kau orang."
'Splash!'
Tanpa sebarang amaran, Nami memercikkan air pada wajah Souji. Geram sungguh dia dengan mulut puaka Souji itu.
Souji : "Argh!"
Nami : "Jangan sampai aku patahkan sayap kau sekejap lagi!"
Kuo kini memandang ke arah Lie. Dia masih lagi memakai perisai teknologi untuk mencari lokasi permata claws.
YOU ARE READING
Unknown Cat : The Final Wave©
FantasiGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 3] 🌸🌸🌸 "Himeno? Kamu dah nak pergi kerja dah ke?" Seorang wanita berusia 40-an menyapa anak daranya, Mizuno Himeno yang kini bekerja sebagai seorang juru animasi di bandar. Segala memorinya berkaitan de...