3.20 : "The Survivor"

39 11 0
                                    

Malam tersebut, Suasana di pengkalan No Names tersangat sibuk.

Lie : "Okey. Kita kena bergerak segera."

Himeno : "L... Lie? Apa yang sedang berlaku?"

Lie : "Kita akan bertolak ke dunia 6 dimensi."

Terkejut besar Himeno mendengarkan keterangan daripada Lie. Baru sahaja sebentar tadi Lie rebah namun sekarang, Lie tidak dapat dihentikan.

Himeno : "Ke dunia 6 dimensi? Lie, kau bergurau ke? Kau belum sihat lagi."

Lie : "Aku sudah okey, Himeno. Lagipun dunia kau keutamaan kami sekarang. Aku tak akan biarkan tempat tinggal kau musnah."

Tersentuh hati Himeno mendengarkan betapa prihatinnya Lie terhadap dirinya.

Himeno : "Cumanya, jangan terlalu memaksa diri itu tau. Jikalau kau sudah tidak mampu, berehat seketika. Janji?"

Lie : "Baiklah. Aku janji"

Seraya Lie meneruskan mempersiapkan bala tentera untuk bertolak ke dunia 6 dimensi.

Lie : "Semua di minta untuk memakai baju anti peluru ini. Aku tak akan bertanggungjawab sekiranya kamu semua cedera disebabkan kecuaian sendiri."

Seraya menghulurkan helaian pakaian kalis peluru. Akan tetapi, pakaian tersebut tidak setebal yang disangkakan penghuni dunia 6 dimensi.

Sheila : "Nipisnya baju ini? Kau pasti ke yang ianya kalis peluru?"

Sepantas kilat, Lie merembat selaras senapang berdekatannya. Lantas dengan selambanya Lie menembak Kuo yang sudah sedia memakai pakaian kalis peluru terbabit.

'Bang!'

Betapa terkejutnya mereka semua kerana Lie menembak Kuo yang telah memakai baju kalis peluru itu daripada jarak dekat.

Jin : "A... apa yang kau sudah buat?"

Himeno : "Lie...."

Namun begitu, Kuo masih dalam keadaan yang stabil. Bahkan tiada sebarang kecederaan yang dialaminya. Dapat dibuktikan peluru senapang itu langsung tidak menembusi pakaian anti peluru tersebut.

Lie : "Positif."

Kuo : "Aku okey. Jangan risau. Cumanya rasa senak sedikit. Betul-betul kau tembak ya, Lie?"

Terlopong mulut mereka menyaksikan aksi lagak ngeri yang ditayangkan oleh Lie dan Kuo. Malas untuk Lie menjelaskan lagi, terus Kuo menjadi mangsa demonstrasi.

Sheila : "Wau...."

Kuo : "Aku nak bagitahu yang itu pistol kritikal tinggi. Serangannya sama kuat dengan bazooka sebesar sedepa itu."

Jin : "H... hebatnya...."

Lie : "Jangan pandang rendah dengan ketebalan kain itu. Material yang digunakan sangat berkualiti tinggi. Jadi jangan banyak tanya dan pakai sahaja baju itu."

Tanpa berlengah, Nami menghulurkan kesemua perkakas untuk mereka pakai. Setelah selesai memakainya, mereka sudah bersedia untuk bergerak ke dunia dimensi 6.

🌸🌸🌸

Setibanya mereka di dunia 6 dimensi, alangkah terkejutnya mereka melihat keadaan di sana hanya tinggal tanah yang tandus sahaja. Segala jenis bangunan telah habis hancur musnah. Makhluk bayang itu telah memusnahkan segala hidupan bumi.

Sheila : "T... tak...."

Kuo : "Keadaan di sini lagi teruk daripada sangkaan aku."

Himeno : "Mana semua orang dah pergi? Adakah kita sudah terlambat?"

Unknown Cat : The Final Wave©Where stories live. Discover now