3.21 : "This Is War!"

37 11 0
                                    

Keesokannya, pasukan Lie bersedia ke pekan timur sepertimana yang telah di sebut oleh Chikau. Mereka memasuki sebuah mahligai besar yang di bina oleh makhluk bayang.

Sebelum Lie boleh memasuki pintu mahligai, dia perlu melepasi pengawal terlebih dahulu. Nescaya pengawal itu terus menyarungkan kolar anti kuasa kepada semua crop di situ.

Belitan yang ketat diperkenakan Lie bagi menyukarkan sebarang tindakan untuk melarikan diri.

Lie : "Ketatnya.... Aku rasa tercekik."

Himeno : "Kau okey, Lie?"

Lie : "I'm fine."

Setelah selesai kesemua mereka dipakainya rantai anti kuasa, mereka di iring masuk ke dalam mahligai yang cukup besar itu. Lorong legar tempat mereka berjalan memandu terus ke arah Chikau yang terduduk megah di atas kerusinya.

Chikau : "Bagus.... Kau datang juga kepada aku. Sekarang ini, di mana batunya?"

Tidak banyak suara, Lie menghulurkan seguni batu permata claws ke arah Chikau. Akan tetapi Chikau peka tidak mahu termasuk ke dalam perangkap Lie.

Chikau : "Keluarkannya. Aku mahu lihat sendiri permata itu."

Sebaik sahaja Chikau berkata sedemikian, senyuman sinis terukir pada bibir Lie. Serba sedikit mendatangkan rasa keraguan kepada Chikau terhadap reaksinya.

Chikau : "A... apa yang kau sengihkan itu?"

Sepantas kilat, Lie melemparkan seguni permata itu menghentam kuat ke wajah Chikau. Tidak disangkakan serangan yang bakal dilaksanakan oleh Lie.

Chikau : "Tak guna!"

Pandangan Chikau agak mengabur akibat serangan yang telah dilakukan Lie. Lebih memedihkan apabila dirinya mendapati isi di dalam guni tersebut adalah palsu.

Sekilas Chikau ternampak Lie dengan salah satu perisai meriamnya. Terkejut besar dirinya melihatkan Lie mampu menjelmakan sebuah baju perisai walaupun dengan kolar anti kuasa.

Chikau : "A... apa? T... tapi bagaimana?"

Baru Chikau perasan, Lie sudah memutuskan rantai anti kuasa dengan tangannya. Kuasa apa yang dimiliki Lie sehingga dia mampu menjadi sebegitu kuat?

Chikau : "B... bagaimana?"

Lie : "Jikalau kau nak kesemua permata claws itu, tangkaplah aku kerana kesemuanya ada di dalam perut aku!"

Tersengih kejam Lie di hadapan Chikau yang tidak menyangka dirinya akan bertindak sedemikian.

Chikau : "Kau memang mencabar aku, Lie!"

Lie : "Aku jamin akan tamatkan peperangan yang telah kau mulakan ini buat selamanya, Chikau!"

'Bom!'

Satu serangan besar-besaran dilancarkan oleh pasukan tentera 9 dimensi. Inilah dia peperangan terakhir yang bakal menentukan masa hadapan Himeno dan manusia lain.

🌸🌸🌸

12 jam sebelum hari kejadian, Lie mengatur rancangan bersama tiga barisan terkuat 9 dimensi.

Lie : "Aku sudah makan permata claws tersebut. Nampaknya, ianya telah menaiktaraf sistem dalam badan aku, Ava."

Lie kini berhadapan dengan seorang gadis yang digelarkan sebagai Ava. Seorang crop berkelas S yang memegang kunci maya.

Ava : "How come you can swallow those stone?"

Lie : "It just... by accident."

Unknown Cat : The Final Wave©Where stories live. Discover now