3.19 : "Declaration of War"

30 11 0
                                    

Perlawanan yang begitu berat sebelah kini berlangsung. Tenaga yang di serap daripada permata claws itu tidak dinafikan begitu berkuasa. Segala serangan Lie mahupun Doku tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada robot tersebut.

Situasi itu menggusarkan Himeno dan Sheila. Tambahan pula, Lie dan Doku sudah mula bermandi peluh di medan yang tiada sinar kemenangan buat mereka.

Himeno : "Kita kena buat sesuatu.... Mereka tidak boleh selamanya untuk meneruskan perlawanan ini."

Sheila : "Apa yang kita boleh lakukan sekarang?"

Lantaran Sheila memandang ke arah Doku yang kini tercungap-cungap mengelak serangan robot gergasi di hadapan mereka.

Roger : "Tuan, ada apa-apa rancangan ke sekarang?"

Lie : "Huh.... Huh.... Tak ada."

Doku : "Kau gila ke? Kau kata kita perlukan rancangan dengan segera. Akan tetapi kau tak ada rancangan pun!"

Lie : "Kau senyap boleh tak? Kau ingat senang ke nak fikirkan rancangan dengan ahli pasukan yang kuat complain macam kau ini?"

Membisu kesemua mereka dengan rungutan Lie. Panas hatinya dirasakan apabila di desak sedemikian. Diikutkan hati, mahu sahaja dia memancung kepala Doku di situ.

Namun tindakan yang sewajarnya dilakukan Lie pada ketika itu adalah bertenang dan memikirkan rancangan yang bernas.

Lie : "Aku tidak pasti ada ke tidak perisai yang cukup kuat untuk menandingi robot berteraskan permata claws itu."

Himeno : "Kalaulah, kita ada permata claws itu. Sudah semestinya kerja kita lebih mudah."

Sebaik sahaja Himeno berkata sedemikian, satu buah fikiran muncul di dalam kepala Lie. Perlahan dia mengeluarkan permata claws dari dunia 7 dimensi yang baru sahaja diperolehinya.

Lie : "Aku rasa aku ada harapan untuk menewaskan robot ini."

Doku : "Permata claws menentang permata claws!"

Himeno : "Tapi bagaimana kau nak menggunakan permata claws itu?"

Lie : "Dengan menggunakan satu perisai aku ini. Perisai yang aku jarang sekali guna. Apa yang pasti, perisai itu mungkin berguna untuk mengaktifkan kuasa permata claws ini."

Sheila : "Harapnya apa yang kau katakan itu berjalan lancar. Kita tiada masa untuk memikirkan rancangan B."

Lie : "Aku tahu apa yang aku lakukan. Aku akan menggunakan sedikit serpihan daripada permata claws dari dunia 7 dan 8 dimensi. Itu dah cukup memadai untuk melancarkan serangan yang sangat kuat."

Lie kemudian melihat ke arah robot tersebut. Seraya sebuah lagi perisai dijelmakannya. Kali ini perisai tersebut lengkap dengan meriam gergasi yang bersedia untuk memuntahkan pelurunya.

Jun : "Wau...."

Lie : "Ke belakang sedikit. Jikalau kita terlalu dekat, dikhuatiri serangannya akan terlalu kuat dan mungkin akan menjejaskan bandar atau tak pun dia dapat mengelaknya dengan mudah."

Daripada perisai meriam, kini Lie bertukar kembali kepada perisai neon dengan motornya. Tercengang Doku dengan tindakan Lie.

Doku : "Kau tak bergurau kan? Sejauh mana kita nak pergi ini?"

Lie : "Ke hujung bandar. Aku perlukan kau untuk lengahkan raksasa itu sementara aku ambil jarak."

Doku : "B... baik, kapten,"

Unknown Cat : The Final Wave©Where stories live. Discover now