"Marry me."
Dua perkataan. Diluahkan tanpa perasaan. Terdesak namanya kalau Haira menerima lamaran Leon Dean Ismail. Apatah lagi dia tak pernah tahu kewujudan Leon sebagai rakan kongsi Abang Amran.
"Abang awak dibunuh. Saya perlu awak sebagai iste...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HAIRA pulang ke rumah dengan malu yang tidak tertanggung. Sehingga sekarang, dia belum lupa dengan raut muka terkesima dan terkejut Abang El. Disebabkan itu juga, dia terus pulang ke rumah. Semua panggilan telefon daripada Auntie Marianah dan Abang El dibiarkan sepi. Dia hanya mahu bertenang dan mengumpul kekuatan dirinya semula untuk berdepan dengan Abang El di pejabat.
"Baru balik, Cik Haira."
Haira menoleh dan segaris senyuman tipis diberikan pada Ihsan, pemandu peribadi sementara ayah. Ihsan yang menggantikan Pak Mat sepanjang Pak Mat menunaikan haji di Mekah.
"Ya," jawabnya sepatah sebelum memasuki rumah. Bukan dia sombong, cuma dia tidak selesa dengan cara Ihsan memandangnya. Mujurlah hari ini merupakan hari terakhir Ihsan bekerja di sini. Esok Pak Mat akan memulakan tugasnya seperti biasa.
Tubuhnya dihempaskan di atas tilam. Tidak sampai sepuluh saat, telefon bimbitnya kembali berbunyi. Namun diabaikan, sehinggalan dia menerima panggilan video daripada abang kandungnya. Lekas-lekas dia menekan butang jawab.
"Hi, baby girl."
Sedepa muncungnya. Dia tidak suka Abang Amran memanggilnya baby girl.
"Berapa kali Haira nak beritahu jangan panggil Haira baby girl. Haira dah besar panjang."
"Di mata abang, Haira tetap baby girl. Selalu dan selamanya."
"Mengada!" tempelak Haira. Dan dalam sekelip mata juga, tawa Abang Amran bergema menghiasi suasana.
"Abang call dari tadi tak jawab. Hantar pesanan WhatsApp pun Haira tak balas. Abang dah tak penting ke dalam hidup Haira?" Abang Amran memulakan perbualan adik dan abang setelah puas ketawa.
Dipaksakan bibirnya mengorak senyuman. Haira fikir, yang cuba menghubunginya adalah Abang El dan Auntie Marianah. Dia tidak terfikir pula Abang Amran akan turut menghubunginya.
"Abang selalu fikir yang bukan-bukan. Kalau abang risau sangat Haira lupakan abang, balik Malaysia semula. Abang dah lama sangat merantau."
Dia tahu, kalau isu ini dibangkitkan, Abang Amran yang terkenal banyak mulut itu akan membisu.
"Abang, dah tiga tahun abang bawa diri. Tak cukup lagi ke tiga tahun tu?"