"Marry me."
Dua perkataan. Diluahkan tanpa perasaan. Terdesak namanya kalau Haira menerima lamaran Leon Dean Ismail. Apatah lagi dia tak pernah tahu kewujudan Leon sebagai rakan kongsi Abang Amran.
"Abang awak dibunuh. Saya perlu awak sebagai iste...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Awak dah selesai?"
Haira kurang faham. Apa yang selesai?
"Atau ada lagi jurus kungfu yang awak belum keluarkan? Awak boleh keluarkan sekarang. Kita lawan. Sebab saya belum keluarkan satu pun jurus kungfu saya."
Tercengang-cengang Haira dibuatnya. Dia cuba merentap tangannya, namun gagal. Dia cuba menendang lelaki itu, pun gagal juga. Sudahnya dia membalas renungan mata lelaki itu.
"Ada lagi, Haira? Kata nak lawan sampai mati. Tapi dari tadi saya cuma dapat jurus sotong kering gred C."
Membuak-buak perasaan marahnya. Bukan dia tidak tahu lelaki itu sedang menahan ketawa.
"Awak gila!" tempelak Haira.
Dia dihadiahkan senyuman separuh lelaki itu. Senyuman separuh yang membuatnya kelu seribu bahasa.
"Saya mengaku saya senang bertemu dengan awak, Haira... but to be honest, this..." Lelaki itu menyorongkan pipinya yang jelas nampak berdarah ke arah Haira. Hampir-hampir sahaja mengenai hidung Haira.
"... was a little off-putting," sambung lelaki itu. Suaranya seperti menahan diri daripada menjerit di depan muka Haira.
Sepatutnya lelaki itu bersyukur cuma pipi kirinya yang bergores. Kalau diikutkan hati, Haira mahu memberikan luka pada apa sahaja bahagian tubuh lelaki yang sempat sampai pada capaiannya.
"Awak nak apa? Lepaskan saya sekarang!"
Dia mendengar lelaki itu mengeluh. Dan sialnya, haruman sandalwood bercampur musky mula mengganggu fokus Haira.
"Relaks, okey? I just want to talk."
Rontaan Haira terhenti. Bukan kerana namanya disebut dengan sangat lembut, tetapi kerana lelaki itu menyebut mahu berbincang.
"Awak dah kejutkan saya dengan muncul secara tiba-tiba dalam rumah ni. Kemudian awak kejar saya sampai saya nyaris tergolek dari tangga tu. Tak cukup dengan semua tu, awak pun tangkap saya macam saya ni penjenayah berat. Sekarang baru awak cakap nak berbincang? Forgive mewhatever-your-name-is, but we're going to have to establish some trust first."
"It's Leon."
Berkerut seribu dahi Haira. Nama itu terlalu asing. Terlalu baru pada pendengaran telinganya. Terlalu tidak mesra dengan jiwanya
"Leon Dean Ismail."
"Leon. Fine. Whatever. Awak menceroboh rumah abang saya. Awak nak bincang apa lagi? Kalau ada perbincangan pun, cuma di balai polis."
Tidak semena-mena lelaki itu ketawa. Sopan caranya ketawa. Tidak berdekah-dekah. Haruslah Haira mengaku, dia senang mendengar tawa lelaki itu.
"Haira. Haira. Haira."
Namanya disebut tiga kali. Tiga kali juga dia lupa bagaimana untuk bernafas.
Kemudian, pergelangan tangannya yang sejak tadi berada dalam genggaman kemas lelaki itu dilepaskan. Setelah itu, tubuh Haira ditolak supaya menjauh.
"Amran kawan saya. Dia rakan kongsi saya."
WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH ➡️ 6010 449 7835
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.