"Marry me."
Dua perkataan. Diluahkan tanpa perasaan. Terdesak namanya kalau Haira menerima lamaran Leon Dean Ismail. Apatah lagi dia tak pernah tahu kewujudan Leon sebagai rakan kongsi Abang Amran.
"Abang awak dibunuh. Saya perlu awak sebagai iste...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Ayah takkan jadi wali Haira!" Ayah melontarkan ugutan, sedangkan di sisinya, Abang El diam tanpa suara. Sejak dia menjatuhkan bom tadi, lelaki itu masih mengunci mulut. Sedangkan Haira terlalu mahu mendengar suara lelaki itu.
"Mana Haira kenal lelaki tak guna tu? Dia dah cakap apa sampai Haira belakangkan ayah? Atau Haira dah mengandungkan anak dia?"
Sampai hati ayah menuduhnya dengan tuduhan melulu.
"Haira tak mengandung. Haira anak dara lagi."
"Jadi kenapa Haira buat keputusan gila ni? Selama ni, ayah nampak sendiri Haira sayangkan El. Kenapa Haira pilih lelaki yang ayah langsung tak kenal?"
"Ayah kenal," sebutnya tenang.
"Ayah kenal? Siapa nama dia?"
"Leon."
"Lion?"
Ah ayah, sempat lagi membuat lawak sepagi ini. Kalau tidak mengenangkan keadaan sekarang terlalu serius dan tegang, pasti sudah berhamburan tawa Haira.
"Leon Dean Ismail, ayah."
Ayah terduduk di kerusinya. Ayah terkesima tanpa kata. Rasanya itu sudah jelas memberi gambaran ayah kenal siapa Leon Dean Ismail.
WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH ➡️ +6010 449 7835
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.