BAB 03

625 9 1
                                    

PINTU biliknya diketuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU biliknya diketuk. Kemudian terdengar suara Mak Mah memanggil namanya. Awalnya dia abaikan. Namun setelah mendengar suara Mak Mah mulai seperti orang terdesak, dia bangun membuka pintu. Pintu biliknya dibuka dengan luas.

"Ada apa Mak Mah?"

"El datang. Mak Mah dah jemput dia masuk. Tadi Mak Mah dah beritahu Haira penat dan mungkin dah tidur, tapi El berkeras juga nak jumpa Haira. Dia kata penting sangat."

Panjang lebar penjelasan Mak Mah. Sayangnya yang masuk ke dalam kepala Haira cuma Abang El ada di rumahnya sekarang. Serta-merta insiden pengakuan terbukanya ketika di rumah Abang El berlegar-legar di dalam kepalanya. Rasanya, dia belum bersedia untuk bersemuka dengan abang El.

"Mak Mah tolong beritahu Abang El yang saya dah tidur."

Mak Mah tidak sempat menyahut. Ada suara lain yang menghalang Mak Mah bersuara. Suara milik Abang El sendiri.

"Kalau Haira tak nak jumpa abang, cakap terus-terang. Jangan ajar Mak Mah menipu."

Dia tidak berani mengangkat muka. Abang El memang selalu ke sini untuk menemui ayah. Jadi dia sudah tahu selok-belok rumah ini. Dia tahu lokasi bilik tidur Haira.

"Mak Mah turunlah. Saya akan jumpa Abang El."

Mak Mah nampak serba-salah. Sementara Haira telah pun menghampiri Abang El. Diberanikan dirinya untuk membalas sorotan mata Abang El. Meletup-letup perasaannya.

"Kita bincang dekat ruang tamu," sebutnya sewaktu berpapasan dengan Abang El. Kemudian dia memberi ruang untuk Abang El melangkah terlebih dahulu.

Sepanjang menuruni anak tangga, tidak ada perbualan yang tercipta. Mungkin begitu lebih baik, sebab Haira sendiri kehilangan kata untuk bersuara.

Sewaktu mereka sampai di ruang tamu, Haira tetap juga membisu. Ketika Mak Mah bertanyakan mahu minum apa, Abang El yang bersuara.

"Tak perlu susah-susah, Mak Mah. Saya sekejap saja."

Ya, Abang El takkan lama. Abang El cuma mahu memberi kejujuran pada Haira. Kejujuran betapa Haira selama ini bertepuk sebelah tangan. Haira cuma seorang adik di mata Abang El.

"Abang El, Haira minta maaf kalau cara Haira bergurau melampau." Tidak tahu bagaimana bibirnya lancar menuturkan pembohongan.

Berkerut dahi Abang El. Abang El sempat menggelengkan kepalanya.

"Haira bergurau? Kenapa abang rasa Haira tak macam bergurau?"

Bibirnya digigit. Kuat sehingga terasa sakit. Mahu apa lagi Abang El menyusulnya sehingga ke sini? Pipinya sudah cukup tebal menanggung malu.

"Abang anggap Haira macam adik abang sendiri."

Dia telah diperdengarkan sekali lagi dengan fakta yang memberikan luka pada jiwa dan raganya. Demi Allah, dia tidak mahu mendengar ayat tersebut.

"Kalau uncle tahu, abang percaya uncle pun takkan setuju abang jadi suami Haira. Abang cuma pekerja di syarikat ayah Haira, bukan calon menantu pilihan ayah Haira. Abang tak layak untuk Haira."

Jadi ini alasan yang Abang El pilih untuk merawat luka hati Haira?

"Dan abang percaya, Amran pun takkan setuju kalau Haira bersama dengan abang."

Dia sudah faham. Malam ini dia akan meracun semua perasaan sukanya pada Abang El. Biar mati semuanya!

"Abang harap, Haira faham."

Ya, dia sudah sangat faham dengan isi hati Abang El. Tidak perlu diulang-ulang!

"Dah malam sangat ni, Abang El. Abang El baliklah." Dia memutuskan untuk menamatkan perbualan yang melukakan jiwa dan raga ini.

"Abang takkan balik selagi salah faham Haira tak hilang. Abang tak nak Haira fikir ini semua alasan abang untuk menolak Haira."

Entahlah, Haira sudah tidak tahu mana betul mana salah. Yang Haira tahu, luka hatinya semakin memburuk.

"Abang selesa dengan Haira. Abang jadi diri abang sendiri bila dengan Haira. Tapi ada batasnya semua ni."

"Sebab Abang El ada Mimie?"

Diam terus suasana. Abang El memberinya sorotan yang sulit untuk dibaca.

"Haira tahu hati Abang El dengan siapa. Mata Haira nampak sendiri layanan Abang El pada Mimie lain." Senyuman diukir. Sehabis tenang senyumannya. Dia takkan menangis apa lagi menunjukkan dia terluka.

"Haira okey, Abang El tak perlu risau. Haira pun suka tengok Abang El dengan Mimie. Sepadan. Macam pinang di belah dua."

"Abang dengan Mimie tak bercinta."

Dia tak tahu pula Abang El telah bertukar menjadi lelaki buaya darat. Dia bangun, Abang El juga bangun.

"Haira nak ke mana?"

"Dah lewat malam, Abang El."

"Tapi perbincangan kita belum selesai."

"Dah selesai. Haira dah faham semuanya."

"Haira marah pada abang." Mendatar suara Abang El. Namun belum cukup untuk menghapus niat Haira untuk naik ke tingkat atas semula.

"Abang sayang Haira." Abang El menyebut ayat keramat tersebut ketika Haira telah bersedia untuk mendaki anak tangga.

"Abang serius sayangkan Haira."

Ya, sayang Abang El padanya hanyalah seperti rasa sayang seorang abang kepada adiknya. Ini pun Haira sudah sangat jelas.

"Abang cuma pekerja ayah Haira. Abang tak nak disebabkan hal ni, hubungan kita kekok."

Haira memusingkan tubuhnya untuk berdepan dengan Abang El semula. Segaris senyuman tipis dihadiahkan pada Abang El.

"Selamat menjadi pekerja cemerlang ayah. Haira doakan Abang El dinaikkan pangkat dan dinaikkan gaji atas semua jasa-saja abang pada syarikat. Amin."

"Bukan itu maksud abang, Haira. Abang tak pandang semua tu. Abang risaukan Haira."

Cukuplah. Dia tak mahu terjebak dengan permainan tarik tali Abang El. Langkah kakinya diteruskan. Dia tidak menoleh lagi. Biarpun berkali-kali Abang El menyebut namanya.

Segalanya telah tamat. Dia telah sampai ke garisan penamat dan dia tidak menemukan Abang El di sisinya. Abang El tidak sudi menerima rasa sayangnya. Dia cuma seorang adik di mata coklat jernih milik Abang El. Diulangi, adik.

WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH 🖤♥️
➡️ 6010 449 7835

WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH 🖤♥️➡️ 6010 449 7835

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KONSPIRASI 365 | Best SellerWhere stories live. Discover now