Nak Fikir Apa Lagi?

520 10 0
                                    


“Amran  dah  tak  ada,  Haira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Amran  dah  tak  ada,  Haira.  Ayah  tak  ada  anak lelaki  yang  boleh  mewarisi  syarikat  ayah  nanti. Sekurang-kurangnya  kalau  Haira  berkahwin  dengan  El, ayah  akan  serahkan  syarikat  ni  pada  menantu  ayah sendiri.”

Jadi, ayah  cuma  mementingkan  pewaris syarikatnya?  Atau  ayah  lupa?  Yang  dia  juga  boleh mewarisi  syarikat  ayah?  Oh,  mungkin  kerana  dia  seorang perempuan.  Ayah  tidak  mempercayai  kemampuan seorang  perempuan  untuk  mengurus  syarikat. Membengkak  hati  Haira  memikirkan  perkara tersebut.

“Ayah  tak  nak  Haira  fikir  bukan-bukan.  Haira masih  muda.  Syarikat  ni  tetap  milik  Haira.  Ayah  cuma mahukan  jaminan.  Ayah  nak  El  ada  di  sisi  Haira  sebagai suami.  Dia  akan  menyokong  Haira.”

“Ayah  beri  saya  masa  berfikir,”  ujarnya  setelah menimbang  baik  semua  perkara.  Dia  sudah  bangun  dari kerusi.   Kalau  dahulu,  menjadi  isteri  Abang  El  memang menjadi  impiannya.  Namun  setelah  Abang  El  menolak hasratnya  dengan  alasan  yang  tidak  boleh  akalnya terima,  keinginan  itu  jadi  hambar.  Dan  sekarang,  Abang El  sendiri  yang  menawarkan  diri?

“Haira  nak  fikir  apa  lagi?”

“Banyak.  Salah  satu,  kekasih  Abang  El.  Kalau  dia terpaksa  kahwin  dengan  Haira,  kekasih  dia  macam mana?” Dia  menyebut  tentang  Mimie.  Walaupun  Abang El  menafikan,  gerak  hatinya  selalu  menyebut  Abang  El dan  Mimie  ada  hubungan  istimewa.  Dia  tidak  mahu menjadi  orang  ketiga.

Ayah  kelihatan  menarik  nafas  panjang. Kemudian  ayah  mengetuk-ngetuk  mejanya.

“Ayah  tak  tahu  Haira  dapat  dari  mana  berita  tak benar  tu.  Tapi  yang  pasti,  El  masih  bujang.  Masih available.  Ayah  nak,  Haira  ikat  hati  El  sebelum perempuan  lain  bertindak  potong  jalan  Haira.”

Tidak  ada  jawapan  balas.  Haira  masih  tidak percaya  kata-kata  itu  yang  lahir  dari  mulut  ayah.

"Itu  saja  ayah  nak  cakap.  Haira  boleh  keluar sekarang.”

Haira  terus  pusingkan  tubuh.  Kepalanya  sarat dengan  fikiran  kenapa  Abang  El  mengubah  pendiriannya.

“Ayah  tak  nak  Haira  buat  hal  yang  bukan-bukan. Kahwin  dengan  El.  Bangun  keluarga  dengan  dia.  Ada anak  dengan  dia.  Ayah  nak  lihat  Haira  bahagia.  Jangan jadi  macam  Amran.  Lari  dari  keluarga.  Lupakan  keluarga sendiri.  Dan akhirnya,  dia  mati  pun bersendirian.”

WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH.
➡️ 6010 449 7835

 ➡️ 6010 449 7835

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KONSPIRASI 365 | Best SellerWhere stories live. Discover now